Chapter 33: Keluarga

384 39 18
                                    

Seokjin keluar dari satu bilik setelah selesai menderma darah.

"Tch, penakut. Itu pun nak menjerit ke?" perli Namjoon sambil terkekek kat tepi Jungkook yang dah pun tersengih semacam.

Seokjin yang mendengar perlian Namjoon terus menyepaknya.

"Kau diam lah! Kau bukan tengok jarum dia besar gedabak dia macam mana duh."

"Tapi hyung kan dah besar. Satu hospital dengar." perli Namjoon lagi.

"Ish kau kan-"

"Dah dah benda tu pun nak buat gaduh ke?" Jungkook menghalang Seokjin terus menyepak Namjoon.

"Dia tu! Suka sangat cari gaduh huh!" Bentak Seokjin.

"Heh, memang padan pun! Hyung tu dah nak dekat 30 bukan nak dekat 10." kata Namjoon cuba mempertahankan dirinya juga.

"Ergh kau-"

"Woi dahlah—"

"Penderma bernama Kim Seokjin.." Hana memanggil sebaik sahaja selesai dengan proses pembungkusan darah untuk dihantar ke pusat pembedahan.

"Saya, doktor."

Hana senyum dan memberi satu kertas kearahnya.

"Terima kasih kerana sudi menderma darah untuk Encik Min. Saya harap pemindahan ini akan berjaya untuk Encik Min terus hidup.."

Ayat dari Hana itu membuatkan Seokjin terdiam seketika. Dia belum lagi melihat kondisi Yoongi sejak kemarin.

"Saya hanya buat yang saya mampu, doktor. Uhm, boleh tak kalau saya lawat dia?"

"Boleh. Sila ikut saya sebab saya pun nak periksa keadaan dia."

"Terima kasih, doktor."

Hana hanya senyum dan mereka bertiga pun berjalan mengekori Hana dibelakang, hingga lah mereka tiba di tingkat dua.

"Itu ke bakal bini kau?" bisik Namjoon. Mereka berada dibelakang jadi mungkin tidak didengar oleh Hana didepan.

"Jangan cakap. Nanti tak jadi, merana aku." bisik Jungkook balik sambil tersengih.

"Boleh tahan. Doktor wuu~"

"Hebat kan? Jangan jeles~"

"Takde makna duh."

"Apa yang korang bisik ni? Macam nyamuk." kata Seokjin sambil menoleh kearah mereka berdua.

"Takde la. Namjoon hyung kata dia nak kawin nanti." kata Jungkook selamba.

"Oh? Bila?"

"100 tahun akan datang."

"Siot kau." Namjoon meluku kepala Jungkook bila mendengar pengakuan itu.

🍃

Seokjin merenung Yoongi yang masih alami koma diatas katil.

"Saya akan buat pembedahan secepat mungkin untuk pemindahan darah. Lagi cepat kita buat, lagi cepat kondisinya akan stabil. Faham kan maksud saya?" soal Hana membuatkan yang lain hanya mengangguk, kecuali Jungkook.

Dia tak mengangguk sebab sibuk merenung Hana yang gojes itu. Makin sayang dia haih~

"Kami serahkan semuanya pada doktor. Kami nak yang terbaik demi kawan baik kami.." kata Namjoon senyum. Hana hanya mengangguk, pen dia pegang disaluk kepoket kot putihnya.

"Nanti saya aturkan jadual pembedahan beliau. Kami akan buat yang terbaik demi pesakit kami.."

"Terima kasih, doktor.."

[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺Where stories live. Discover now