Jungkook melangkah masuk kedalam rumah, melihat Hana yang langsung tidak memandangnya walau sesenti pun. Dia kembali memandang tangga menuju keatas, sambil mengeluh. Langkah menghampiri tangga itu sambil jantungnya berdegup kencang.
"Jungkook."
Jungkook menoleh bila Hana memanggilnya. "Ya?"
"Aku bagi masa 5 minit."
Jungkook pada awalnya bengong, dan kemudian mengangguk perlahan bila dia mula memahami.
Langkah terus diperhati, hinggalah dia betul-betul berhenti di hadapan bilik milik Jimin dan Taehyung. Dia mampu mendengar keriuhan dari dalam membuatkan dia mengeluh. Dia memejam erat matanya, mendengar setiap keriuhan dan jeritan didalam.
Lepas ni aku dah tak dengar keriuhan dorang lagi...
Dia mengetuk perlahan, dan keriuhan dari dalam mula senyap. Jungkook menepis air matanya dan cuba senyum, dan kemudian membuka pintu bilik itu.
Taehyung yang melihat pintu biliknya terbuka mula takut. Dia menggenggam erat patung Tata yang entah dimana dia kutip—
Tak. Pakcik bunga Hoseok yang beli duh.
Matanya membulat bila melihat Jungkook dihadapan pintu. Dia menarik nafas dalam, tak hembus—
"TOKKKKIIIIIIII~~~!!!" jerit Taehyung dan melempar patung Tata yang entah kemana melayang dan terus memeluk kaki Jungkook, lagi.
"Tokki pegi mana?? Kenapa tak tengok tae berlakon? Tokki sakit gigi ke? Ke, tadi tokki jatuh kat dalam parit? Tokki sihat kan? Tokki dah berak kan? Tokki dah—"
"Dah, Taehyung. Tokki dah buat semua dan tokki okay dan tokki tak sakit." Jungkook melepaskan pelukan Taehyung dan melutut dihadapannya. "Dan, tokki minta maaf sebab tokki tak dapat datang tadi sebab... tokki ada hal yang tak disangka." sambungnya lagi, sambil mengusap kepala Taehyung. Taehyung hanya tersengih dan memeluk Jungkook.
"Tae harap tokki okay. Tae sayang tokki. Heheh~" luah Taehyung sambil tersengih. Jungkook hanya senyum, dan matanya teralih kearah Jimin yang duduk termenung ditingkap sambil memeluk patung kuningnya.
Jungkook perasan Taehyung mula meleraikan pelukannya dan memandang Jimin.
"Chim!! Tokki datang!!" jerit Taehyung riang, namun Jimin langsung tidak respon. Taehyung hanya mampu mengetap bibir, dan kemudian memandang Jungkook semula.
"Tokki!! Harini kita nak main apa?" soalnya riang sambil melompat-lompat. Jungkook hanya senyum dan jarinya menyucuk perut Taehyung membuatkan Taehyung geli.
"Ack— t-tokki d-dah— HAHAH GELI SIA—setop!!" gelak Taehyung, dan Jungkook mendukung Taehyung dan diletak diatas katil, bermain dengan Taehyung. Gelak tawa mereka berdua membuatkan Jimin memejam erat matanya, patung kuning miliknya dipeluk erat.
Jungkook menoleh kearah Jimin. Dia tahu, Jimin sedang memarahinya akibat dia tidak berada disisinya disaat dia tekanan. Lamunannya terhenti bila Taehyung menyucuk-nyucuk bontotnya.
"Aish Taehyung tak yah lah nak cucuk kat situ."
"Bontot tokki lembut ah. Tae nak gigit—"
"Eit tak payah! Tak baik buat macam tu!" tegah Jungkook membuatkan Taehyung gumam. Jungkook kembali memandang Jimin.
"Tae, Jimin masih marah kat tokki ke?" soal Jungkook bisik. Taehyung yang duduk ditengah katil merangkak, dan duduk disebelah Jungkook.
"Chim hyung memang macam tu dari tadi lagi. Agaknya... Chim hyung memang marah kat tokki kot.." bisik Taehyung juga.
"Ada cara tak macam mana nak pujuk Jimin?"
Taehyung diam seketika dan kemudian mengeluh, dan menggeleng.
Jimin mampu mendengar bisikan mereka, dan mendengar Jungkook ingin memujuknya membuatkan dia tersenyum sinis. Tapi dia tepis perasaan tu dan terus merenung langit mendung itu.
Mata Jungkook melilau, dan ideanya timbul cara untuk buat Jimin kembali senyum. Dia membisik kearah Taehyung dengan cadangannya, dan Taehyung hanya mengangguk sambil tersengih.
Tidak lama kemudian, Jimin mula merasa pelik kerana merasa sunyi didalam bilik itu. Dia menoleh, dan kelibat Jungkook dan Taehyung dah tiada. Dia mula rasa takut, kerana dia tidak suka bila ditinggalkan sorang diri.
"Uhm... T-Tae?" panggil Jimin lembut dan berketar. Dia memeluk erat patung kuningnya, dan turun dari almari pendek itu.
"T-Tae... C-Chim tak s-suka... T-Tae kat m-mana.."
Jimin tidak mampu nak gerak, dan dia duduk ditepi almari itu. Air matanya mula berlinang dan menangis perlahan. Ayat Jungkook dahulu mula terlintas difikirannya.
"Jimin kena kuat dan berani... kalau Jimin tak berani, orang lain senang nak buli Jimin. Jimin kena berani, macam ahjussi. Nae?"
"C-Chim kena kuat.. berani.. macam ahjussi.. a-ahjussi sayang Chim..." katanya sambil mengelap air matanya. Dia kemudian bangun, patung kuningnya masih dipegangnya.
Dia berjalan menuju ke pintu, namun hanya tinggal beberapa langkah sahaja di birai katil—
"HUAAAARGHHHH~!!!"
"AAAHHH~ TOLONG CHIM AHJUSIIIIII~~!!!" jerit Jimin yang dah terjelepok diatas lantai, sambil memeluk patung kuningnya.
"Jimin?"
"A-AHJUSSI KOOK TOLONG CHIMMMM!!!" jerit Jimin lagi. Jungkook hanya senyum, melihat Jimin memeluk dirinya diatas lantai.
"Ahjussi kat sini, Jimin.."
Jimin perlahan-lahan mendongak, dan terkejut bila melihat Jungkook memakai topeng Hulk hijau itu. Dan dia mula kembali kalut.
"AAAHHHH~!!!"
🍃
"Jimin mianhae."
Jimin hanya diam, merenung dinding. Dia membawa dirinya kerana merajuk... lagi.
"Jiminie~ mianhae~" pujuk Jungkook lagi. Dia kemudian merangkak menghampiri Jimin, dan Jimin tidak perasan kelibat Jungkook disitu.
"Jiminie mianhae—"
"Eomma!!" jerit Jimin bila mendengar suara Jungkook garau ditelinganya.
"Aish Ahjussi.. Chim tak suka ah!" dengus Jimin. Jungkook hanya tersengih melihat Jimin marah.
"Jimin masih marah kat ahjussi eh?"
"Marah! Marah sangat!" dengusnya lagi. Jungkook senyum sinis dan menyucuk pinggang Jimin membuatkan Jimin terkejut.
"Aish Ahjussi!!"
"Marah lagi tak? Hm?" Jari Jungkook tak henti menyucuk membuatkan Jimin tergelak.
"Y-Yah a-ahjussi— HAHAH ha-hajim— HAHAH GELI LAH!!" gelak Jimin kerana tidak tahan geli dan menggelupur diatas lantai. Jungkook terus menerus menggeletek Jimin hingga matanya berair.
"D-Dah a-ahjussi— HAHAHA stop ahjussi stopp!!!"
Jungkook memberhetikan tingkahnya. Nafas Jimin turun naik laju, penat gelak.
"Marah kat ahjussi lagi tak?"
Jimin merenung muka Jungkook, nafasnya masih lagi tercungap-cungap.
"Macam tak je. Okay, ahjussi minta maaf." kata Jungkook dan buat muka sedih. Jimin tiba-tiba gelak bila melihat muka Jungkook yang jelek itu.
"Pehal gelak?"
"Muka ahjussi cam beruk lah HAHAHA!!"
Jungkook mencebik, dan tangannya mula menyucuk pinggang Jimin sekali lagi membuatkan gelak Jimin meletus semula.
Taehyung yang tadinya ditandas selepas kencing terus berlari kearah biliknya, dan melihat Jungkook dan Jimin sedang menggeli-geli, mulalah dia join. Dan dia lupa nak pakai seluarnya balik.
"TAE NAK JOIINNNN~!!!!"
"YAH TAEHYUNG SELUAR KAU MANA??!"
🌑🌑🌑
happy birthday to me HAHAHAHA :3
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanfictionJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018