"Mana awak nak pergi?Awak dah tak sayangkan saya?Tak sayangkan anak kita?Biar kita hidup susah,tapi biarlah keluarga kita kaya dengan kasih sayang.Harta,wang semuanya boleh dicari tapi tak dengan kasih sayang!Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya!" kata Ahmad iaitu ayah kepada Ariana.
"Saya tak kira.Daripada kena hidup susah dengan awak,lebih baik saya pergi!Jagalah Ariana tu sorang-sorang!Saya dah tak nak ambil tahu tentang apa-apa.Saya nak keluar,cari duit dan hidup senang." kata Zita iaitu ibu kepada Ariana.
"Tapi anak kita ni,mana boleh saya jaga sorang-sorang.Lagipun dia perlukan kasih sayang ibunya juga.Awak tak boleh nak lepaskan tangan macam tu saja!"
Ahmad tetap menegaskan kata-katanya namun tak mampu untuk menghalang Zita yang cepat-cepat memasukkan pakaiannya ke dalam beg berodanya."Awak nampak muka saya ni macam kisah?Tak!Itu awak punya hal dan tanggungjawab,saya tak nak ambil tahu langsung!" Zita tetap dengan keputusannya untuk meninggalkan rumah tersebut,tinggalkan Ariana bersama ayahnya.Dia siap mengemas pakaian dan menarik beg tersebut keluar daripada bilik dan menuju ke pintu keluar.Ahmad hanya mampu melihatnya,tak mampu menghalangnya untuk keluar lagi.
"Satu perkara lagi.Terima kasih,sebab sudi terima saya jadi isteri awak,tapi sekarang saya tak rasa saya boleh tahan hidup dengan awak lagi.Jagalah dan besarkan Rian tu baik-baik" ujar Zita seketika dia berhenti di muka pintu.Muka Ahmad langsung tak dipandangnya lalu terus pergi.
Ahmad hanya mendengar dan membiarkan Zita berlalu pergi.Dia redha.Dia bertekad untuk menjaga Ariana seorang diri.Dia sanggup.
Tidak lama selepas itu,kedengaran satu jeritan dari jauh memanggil-manggil nama Ariana.
"Ariana!Ariana!Ariana!" jeritan itu semakin menghampiri.Semakin nyaring bunyinya.Suara itu mendekati Ariana dan..
"Hah!" Ariana terjaga dari tidur dan terkejut.Dia bangun terduduk di atas katilnya.Dia mimpikan ibunya yang telah pergi meninggalkannya sejak 15 tahun yang lalu.Peluh membasahi tubuh Ariana yang masih dalam keadaan terkejut.Dia meraup rambutnya ke belakang.Tiba²,air matanya mengalir keluar kerana merindui ibunya.Di dalam kesunyian tengah malam,suara tangisan Ariana kedengaran.Dia menekup mulutnya dan menangis teresak-esak kerana tidak mahu sesiapa terdengar.Tidak mahu mengganggu tidur ayahnya.Setelah puas menangis,dia kembali baring pada waktu yang telah menunjukkan sudah hampir 4 pagi.Selimut ditarik semula sehingga menutupi seluruh tubuhnya kerana kesejukan penghawa dingin.
YOU ARE READING
I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔
FantasyDaniel mengekori Ariana atau lebih dikenali dengan nama 'Rian' ke mana sahaja dia pergi.Dia menyukai Rian dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Namun apakan daya,Rian seorang yang pendiam,suka bersendirian dan bersikap dingin apabila bertemu...