Part 10-Your Smile

2.7K 131 0
                                    


"Saya takut awak halau saya lagi,saya taknak kehilangan awak.Jujur saya cakap,saya sayang awak." jawab Daniel,jujur tentang isi hatinya yang terpendam selama ini.

Ariana yang masih kaku di situ mula bersuara.

"Hmm..saya pun nak jujur jugak...walaupun kita baru jumpa masa tu,saya tak suka awak,buat tak layan je kat awak tapi selama 4 bulan ni,saya selalu teringatkan awak.I admit that I miss you too."  balas Ariana,sambil matanya mula dialihkan ke arah lain.Tak sanggup dia bertentang mata dengan Daniel.

"Betul ke awak rindu saya?Kalau tau dari awal,mesti saya akan muncul lama dah." jawab Daniel dengan yakinnya.

Ariana menjeling ke arah Daniel.

"Macam mana awak tahu saya ada kat sini?Where have you been before?" tanya Ariana.

"Sebenarnya saya ada je kat sini,awak yang tak perasan.Awak pergi kelas dengan kawan awak,awak pergi taman,pergi makan,pergi bersiar-siar,dan saya ternampak awak...erk..." kata Daniel sambil jarinya membuat pengiraan berapa kali dia nampak Ariana tetapi kata-katanya tergantung membuatkan dahi Ariana mula berkerut.

"Awak nampak saya apa?" tanya Ariana,ragu-ragu.Adakah Daniel akan memberitahunya yang dia tak silap nampak Daniel masa dia kemalangan haritu?

Daniel mula mati akal.Tiada idea untuk menjawab.

"Saya nampak awak sarapan dengan kawan awak!Ya!Sarapan dengan kawan awak." kata Daniel dengan yakinnya sambil jari telunjuknya dinaikkan ke atas tanda dia betul-betul nampak Ariana dan Lisa bersarapan masa tu.

Ariana yang tadi berwajah ingin sangat tahu terus berubah menjadi sedikit muram.Meleset sama sekali dari apa yang diharapkannya.

"Awak intip saya ke?Kenapa saya langsung tak perasan yang awak selalu ikut saya?" Ariana mengalihkan topik.

"Yelah..dah saya nampak,saya ada mata,saya ada hidung,mulut dan wajah yang kacak untuk membantu melihat awak tau." jawab Daniel dengan riak wajah yang bangga.Tahulah wajahnya kacak pun,janganlah bangga sangat.Tetapi..takkan dia nak beritahu Ariana yang semua perlakuan Ariana dilihatnya selama ini hanya dengan menggunakan kuasa halimunannya?Tak.Tak boleh.Memang Ariana takkan percaya.

Ariana berdecit.Macam ada yang tak kena je dengan jawapan Daniel tu.Getus hatinya.Tetapi dia tak kisah,taknak panjangkan cerita.

"Susah kan nak tengok awak senyum?Cuba senyum sikit,sebut 'one..two..three..'," kata Daniel sambil jarinya menolak bibirnya sendiri supaya nampak seperti senyum yang amat lebar.

Ariana hanya tersenyum nipis sambil tangannya yang memegang sudu itu digunakan untuk menguis-nguis makanan yang dipesan tadi.Malas dia nak layan karenah Daniel yang seperti budak-budak tu.

"Rian...senyumla..please..." kata Daniel lagi sambil mengulangi 'cara-cara untuk senyum itu' di hadapan Ariana.Kali ini ditambah dengan keningnya diangkat juga.

Ariana masih ralit menghabiskan makanannya itu.

"Apa saya dapat kalau saya senyum?" tanya Ariana.Perbuatan Daniel terhenti.

"Awak dapat...kebahagiaan!" jawab Daniel sambil mendepakan kedua tangannya,nak tunjuk yang senyum itu betul-betul menjanjikan kebahagiaan kepada sesiapa sahaja.Senyuman yang lebar dan comel terukir di wajah Daniel.Nampak giginya yang putih dan tersusun itu.

Pelanggan yang lain hanya menoleh ke arah mereka sekejap sambil tersenyum,entah apa yang dibualkan oleh pasangan ini sampai perlu mendepakan tangan bagai.Mereka yang lain menyambung perbualan dengan pasangan mereka masing-masing.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now