Part 9-Seeing You From Afar

2.8K 126 1
                                    


Dah 3 bulan berlalu sejak hari kemalangan yang dialami Ariana.

Ariana keluar awal pagi itu.Langit sedikit gelap.Nak hujan agaknya.Ariana pergi ke tempat biasa yang disukainya itu,duduk di bangku yang sememangnya menjadi tempat tetapnya.Rambutnya diikat sedikit longgar.Sesekali badannya menggigil disebabkan oleh angin yang amat sejuk pagi itu.

'Dah nak masuk hampir 4 bulan sejak aku berjumpa dengan Daniel.Mana dia pergi?Dia langsung tak munculkan diri dah selepas kejadian tu.' desis hati Ariana.Hatinya diselubungi rasa bersalah kerana pernah menghalau Daniel dari hidupnya.

Tapi kenapa masa kemalangan tu,aku nampak dia yang datang?Betul ke dia?Atau cuma bayangan sebab masa tu aku separuh sedar?' desis hatinya lagi.

Terasa dia seperti dihampiri Daniel ketika dia terbaring kaku di atas jalan raya semasa kemalangan itu.Berkerut-kerut dahinya memikirkan tentang itu.

Daniel bersembunyi di sebalik pokok berdekatan sambil memerhati Ariana yang telah termenung jauh entah ke mana.Rasa dirinya ingin pergi menyapa Ariana.Rindu sangat pada Ariana.Rindu nak berbual dengannya walau kekadang dia hanya membalas sepatah perkataan sahaja.Mukanya pun tak dipandang.

'I miss you so much,Rian.' desis hati kecil Daniel.

Matanya tidak lepas daripada memandang Ariana yang hanya kaku di bangku itu.Nampak seperti banyak perkara yang difikirkannya sekarang ini.

Setelah lama memerhati Ariana,tiba-tiba dia terus mengalihkan badannya ke bahagian belakang pokok apabila ternampak Ariana sudah bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arahnya.

Daniel hanya memerhatikan pergerakan Ariana yang semakin lama semakin hilang dari pandangannya.Dia nampak wajah Ariana yang suram,jalan pun seperti orang tidak bermaya sahaja.

'Patutkah aku pergi berjumpa dengan dia?' bisik hati Daniel.Dia merasakan ini masa yang sesuai untuk dia munculkan diri di hadapan Ariana.Lagipun sudah lama mereka berpisah.Ariana pun nampak seperti memerlukan seseorang untuk bercakap.

******
Semasa berjalan,Ariana dengan tidak sengaja terlanggar seorang wanita yang dalam lingkungan 30-an.

"Oh Cik!Maafkan saya!Maafkan saya!" kata Ariana berulang kali sambil melutut,menolong mengambil semula fail-fail milik wanita yang dilanggarnya semasa berjalan tadi.Itulah...kaki berjalan,tapi mata dan fikiran tu dah ke arah lain.

"It's okay,dear."  kata wanita itu,lembut sambil tangannya memegang kedua-dua lengan Ariana yang masih melutut itu,membantunya untuk bangun berdiri semula.

"Nah,fail Cik yang terjatuh tadi.Maafkan saya." kata Ariana sambil menghulurkan fail milik wanita itu semula,kemudian dia membongkokkan badannya sedikit,tanda mohon maaf daripada wanita itu.

"Like I said,it's okay.What's your name?" tanya wanita itu lagi,lembut.

"Ermm...Ar...Ariana." Ariana menjawab dengan gugup sambil tangan kanannya mengurut-urut belakang lehernya.

Wanita itu hanya menghadiahkan senyuman yang manis dan membalas, "Nice name,I'm Victoria,Victoria Wensley." kata wanita itu sambil menghulurkan tangannya kepada Ariana sebagai salam perkenalan.

Ariana berjabat tangan dengan wanita itu.Senyuman nipis dihadiahkan kepada wanita itu.

"Ariana nak pergi mana?Kalau tak sibuk..apa kata,kita pergi minum-minum dulu?Nak?" tanya wanita itu.

"Cik tak sibuk ke?Dengan fail yang banyak ni,mesti banyak kerja,kan?" tanya Ariana sambil matanya melihat ke arah fail-fail yang dipegang wanita itu.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now