"Erm...aunty...saya dan Ariana nak balik dah ni..." kata Daniel sebaik sahaja sampai di rumah Ryan selepas balik daripada hutan tadi.Ariana cuma sengih malu-malu sambil sembunyikan sikit diri dia yang kecil tu di belakang Daniel.Tangan dia memegang lengan Daniel erat macam mohon perlindungan saja padahal dia selamat je di rumah Ryan tu.Haha.
Wanita itu pun mengangguk.Tegak dia berdiri,memandang Daniel dan Ariana silih berganti.Dia tersenyum.
"Yelah...hati-hati balik tu tau!Dan..jagakan Ariana untuk aunty,jangan biarkan apa-apa pun berlaku pada dia,okay?" kata wanita itu dengan yakinnya.
Daniel senyum lebar dan mengangguk juga akhirnya.Jemarinya dah gerak memegang tangan Ariana yang melekat di lengannya sejak tadi.
"Baiklah,aunty...jangan risaulah,saya janji akan jaga dia sepenuh jiwa raga saya." kata Daniel,sambil ditoleh muka pandang Ariana.Ariana senyum.
"Ermm...jomlah aunty,kitorang gerak dulu."
Wanita itu pun angguk dan berjalan beriringan Daniel dan Ariana hingga ke muka pintu.
"Ariana,jangan lupa datang melawat aunty lagi tau..." kata wanita itu,membuatkan Ariana terasa berat hati pula nak tinggalkan dia.Tapi...aunty tu still ada family kan?
"Yelah,aunty...kalau Ariana ada masa lapang,pasti Ariana datang lagi,okay?" katanya sambil memegang kedua tangan wanita itu,kemudian mereka berpelukan.
Daniel di situ cuma 'awhhh'...kalaula dia dapat pelukan seerat itu daripada Ariana....kan?Then dia tersenyum apabila melihat aunty tu dah cup cup di kedua pipi Ariana.Ariana senyum bahagia je.Daniel pun nak jugak cup cup pipi Ariana tu!
Belum sempat nak bertolak balik,datang pulak si Ryan tu haa..kacau betul!
"Hey,dah nak balik ke?" soalnya.
"Ha'ah...ni,kau dari mana?" soal Daniel.
Ryan menggaru belakang lehernya.Takkanlah dia nak beritahu yang dia ekori Ariana dan Daniel ke hutan tadi,kan?
"Takde pergi manalah,erm...okaylah,korang nak balik kan?Pergilah balik.Tapi...jangan lupa,pay us a visit after this." katanya.Aduh...dengan janji kebudak-budakan dia tu.Macamlah dia tak pernah jumpa langsung dengan Daniel tu kan?Padahal setiap hari berjumpa je.
"Eh halau nampak!Takpe...aku pasti akan datang lagi tau..Bye!" kata Daniel,terus dia tarik tangan Ariana.Ariana rasa pelik.Begitu juga dengan Ryan.
"Datang lagi tau!" jerit Ryan dari jauh apabila Daniel dan Ariana dah menjauh hilang dari pandangan.Dia nampak tangan kecil Ariana yang diangkat lambai pada dia dan ibu dia yang dari tadi berdiri di muka pintu tu.
****
Setibanya mereka di rumah...
"Wah....rindunya rumah ni!!!" jerit Ariana sebaik sahaja sampai ke rumah dia,terus dia masuk pergi peluk barang-barang dia.Melompat-lompat dia.Daniel yang tengok tersenyum saja.Patutlah Daniel tarik tangan dia tadi,nak cepat balik rumah rupanya.
'Harap dia tak teringat dengan apa yang dah jadi.' kata Daniel di dalam hati.Dia tahu Ariana mesti menangis lagi kalau dia teringat yang ayah dia dah tiada.Daniel biar je dia dengan kerinduan dia pada rumahnya tu.
Lepas puas peluk barang-barang kesayangan,dia lari peluk Daniel pula.Daniel menunduk memandang Ariana yang pendek.Comelnya..
"Saya rindu sangat rumah ni!" katanya dengan gembira.Lagi dieratkan pelukan di pinggang Daniel.
Daniel terlepas tawa kecil.Diusap kepala Ariana.
"Baru je sehari saya 'culik' awak,takkan dah rindu?Cara awak rindu tu macam dah setahun tak balik rumah.Humm?" soal Daniel.Ariana kecilkan mata dia.Pelukan dileraikan serta-merta.Tangan disilangkan di dada.
"Mestilah!Awak pun tahu kan,yang waktu dekat sana tak sama dengan waktu kat sini?Beza banyak jam kot.. sebab tulah..."
Daniel hanya sengih macam kerang busuk dan terangguk-angguk kepalanya.Saja dia buat main-main dengan apa yang dikata Ariana.Ariana pendek,so nampak cute di mata dia,dengan mulut Ariana yang tak habis-habis meleterinya.
"Okay,okay...dah dah dah.Stop nagging at me,okay?Takpelah...awak rindu rumah awak kan.. pergilah sambung peluk barang-barang awak tu.Saya tunggu sini." katanya.Saja nak usik lagi Ariana tu.Dia perasan yang muka Ariana dah membahang merah menahan marah.
"Eiii,sibuk je.Pergilah sana!Shuh!Shuh!" kata Ariana sambil tangannya memusingkan badan Daniel dan menolak lelaki itu rapat ke pintu depan.Daniel masih buat main-main dengan Ariana.
"Nanti saya pergi lagi baru awak tau.Nanti rindu pulak..."
Dengar saja itu,Ariana menghentikan perbuatannya.Daniel toleh belakang menghadap Ariana.Ariana dah mencebik.Aduiii,makin manja nampak budak ni....
"Ha....tau takut." kata Daniel sambil dirinya semakin melangkah rapat ke Ariana.Ariana semakin mengundurkan dirinya.Makin lama berundur,dia terkunci pada dinding akhirnya.Dia pejam mata rapat sangat.Aduh.. kenapa ada dinding di saat macam ni?
Daniel sengih suka.Dirapatkan diri dia dengan Ariana.Dia memegang kedua bahu Ariana dan kepalanya ditundukkan hinggalah mukanya berhadapan tepat muka Ariana.
Ariana toleh kanan.Tak sanggup dia nak lihat ke dalam anak mata Daniel tu.Aish...macam nak tercabut jantung tu!
"Apa awak buat ni...." soal Ariana sambil muka masih menghadap kanannya.
Hati berasa makin berdegup kencang apabila tangan Daniel mula bergerak memegang dagunya,ditarik perlahan wajah Ariana supaya menghadapnya.
"I just want to..." makin takut Ariana!Terketar-ketar badannya saat ni.Daniel nak kiss aku ke!?
Makin lama makin rapat wajah mereka sampailah....
Oh no!
To be continued...
YOU ARE READING
I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔
FantasyDaniel mengekori Ariana atau lebih dikenali dengan nama 'Rian' ke mana sahaja dia pergi.Dia menyukai Rian dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Namun apakan daya,Rian seorang yang pendiam,suka bersendirian dan bersikap dingin apabila bertemu...