Part 7 -I miss you

3.2K 125 1
                                    

Seminggu telah pun berlalu namun tiada perbezaan pada Ariana.Setiap hari adalah hari yang sama sahaja baginya sejak hari tu.Hari terakhir dia berjumpa dengan Daniel.Sejak hari itu,hidupnya menjadi agak tenang.

"Hoi,Ariana!" Lisa menepuk kuat bahu Ariana dari belakang.Ariana terkejut dan tersedar dari lamunannya.Lisa kini mengambil tempat di hadapan Ariana.

"Ada apa kau sergah aku macam tu je ni?" Ariana membuat muka serius pada Lisa.Lisa adalah satu-satunya rakan Ariana di kolej tersebut.Kawannya yang itu sahajalah yang mampu memahaminya walaupun banyak benda dirahsiakan dari kawannya itu.Di mana Ariana tinggal pun dia tak tahu.Pelik.

"Kau tulah!Termenung jauh je dari tadi.Fikir apa?" tanya Lisa,dahinya berkerut kerana hairan.

"Hmm...takde apalah.Sibuk je." Ariana membuat muka menyampah kepada kawannya itu.

"Ooooookey....orang 'sibuk' ni lah selalu teman kau tau tak?Orang 'sibuk' nilah selalu dengarkan masalah kau.Kenapa?Dah tak suka ke kawan dengan aku ni?" soal Lisa,yang memandang tepat ke Ariana.

"Ahhh,takde apalah...serious!" balas Ariana sambil mengangkat tangan kanan menunjukkan dia tidak tipu.

"Haih apa-apa jelah kau ni.Ni kau nak balik dengan siapa?" Lisa bertanya lagi.

"Aku....naik bas jelah.Kenapa?" balas Ariana,teragak-agak.Dia tidak mahu menumpang kereta rakannya itu,takut nanti dia tahu pula kat mana dia tinggal.

"Betul?Taknak aku tumpangkan?Please lah Rian,aku nak sangat tau rumah kau kat mana.Kau tu.... misteri sangat tau!Even kau kawan aku,tapi aku ni hari-hari umpama orang asing,tak tau tentang hal kawan sendiri.Tak ke pelik kalau orang tau semua tu?" Lisa membebel sambil membuat mimik muka tidak puas hati.Mau tak geram,orang tengah bercakap,dia selamba sahaja menghirup coffee nya.

Ariana berfikir seketika.'Hmmm...minah ni kalau tak berleter tak sah betul.Rian...biar jelah dia tahu.Dah 4 tahun kau kenal dia,kan?Tak salah dia nak tahu pasal kau,kan?' desis hati Ariana,sesekali matanya menjeling melihat Lisa.

'Hmmmmm...yelah....,tapi kau jangan bagitau orang lain!Janji!" Ariana mengeluh pendek.Matanya masih melihat Lisa,menunggu jawapan.

"Apa kau ingat kita baru jumpa hari ni ke?Semua rahsia kau aku tak pernah bocorkan pada sesiapa.Kau tahu semua tu kan?" balas Lisa.

"Yelah,yelah Cik Lisa.Boleh tak berhenti membebel?Saya di sini nak makan tau,bukannya dengar awak membebel." balas Ariana dalam nada menyindir.Lisa yang berada di hadapannya hanya memandangnya sambil menggelengkan kepala.

*******

Setelah lama berbual di dalam kereta,akhirnya Lisa berhenti di hadapan rumah Ariana.

"Oohhh,sini ke rumah kau?Hmmn dekat je ke?Ingatkan jauh tadi." kata Lisa sambil matanya tidak lepas dari melihat rumah Ariana.

"Hmmm sekarang puaslah hati kau kan?Finally kau tau jugak rumah aku ni setelah 4 tahun kenal aku." kata Ariana sambil mengambil beg tangannya dan ingin melangkah keluar dari kereta Lisa.

"Eh!?Taknak jemput aku masuk dulu ke?Haus ni.hehehe" ujar Lisa sambil tersengih.Ariana yang baru melangkah keluar menundukkan kepalanya kembali untuk melihat Lisa.

"Cukuplah kau dah tahu rumah aku.Lain kali jelah aku jemput kau masuk.Aku tak larat.Aku nak tidur.Lagipun bukannya ada orang kat rumah aku ni,ayah aku kerja." terang Ariana panjang lebar.

"Okaylah Princess Ariana.Aku harap kau tak lupa 'lain kali' tu,okay?" kata Lisa sambil tersengih lagi.Ariana tidak membalas lalu menutup pintu keretanya dan melambaikan tangan pada Lisa.Lisa membalas lambaian dan memerhati Ariana sehingga selamat masuk ke dalam rumah.

'Ariana,Ariana,kenapalah kau ni misteri sangat?Keliru aku dibuatnya.' omel Lisa sendirian sambil memandu meninggalkan perkarangan rumah Ariana.

******
Malam itu Ariana keluar untuk menenangkan fikiran.Setelah tidur hampir 3 jam tengah hari tadi dan hujan yang lebat,dia berasa ingin keluar pada waktu malam pula.

'Dia ni memang berpegang pada janji kan?Aku cakap taknak tengok muka dia,langsung tak nampak lepas daripada hari hujan tu.Mana dia pergi?Dah pindah ke?Merajuk?' pelbagai soalan berlegar-legar di fikiran Ariana.Walaupun dia agak berasa tenang selepas Daniel pergi,namun terkadang teringat juga dia pada lelaki itu.

Ariana menghirup air yang dipesannya sambil mata memerhati ke luar dinding kaca Retro Cafe itu.Dia mengambil tempat duduk di tepi dinding kaca itu supaya mudah untuk dia melihat ke luar.Taklah rasa bosan sangat.Kedengaran bunyi air di jalan raya disebabkan oleh kenderaan yang lalu-lalang di jalan basah disebabkan hujan petang tadi.

Ariana mengeluh kecil sambil termenung ke luar.Dia bosan.Nak ajak Lisa keluar dengannya,semestinya dia tidak akan berhenti membebel kepada Ariana.Ariana lebih suka bersendirian.

Tiba-tiba dia ternampak seperti kelibat orang yang baru difikirkannya tadi.Terus dia melangkah laju keluar daripada cafe itu.

'Daniel?Bukankah dia lalu tadi?'
desis hati Ariana sambil mata meliar ke segenap kawasan mencari Daniel.

Dia melangkah masuk semula selepas beberapa minit berada di luar itu.Dia melabuhkan punggung di tempat duduknya itu semula sambil mengeluh berat.Rasa kesal di hati kerana menyangka bahawa Daniel baru sahaja lalu di situ.

Ariana mengaku dia mula merindui Daniel walau baru kenal dalam masa agak-agak 3 hari seminggu yang lepas.

Hoodie yang dipakainya dibetulkan sedikit.Dia kembali termenung semula.

*******

"Just...what is wrong with you,abang?Kenapa tak jumpa dia saja?" kata Delina yang sedang membaca novel di ruang tamu itu.Terkejut dia mendengar penjelasan daripada abangnya yang seorang itu.

"I'm afraid.Dia memang dah cakap,dia taknak tengok muka abang lagi.You know how much I love her,right?Susah nak rapat dengan dia,abang takut kalau abang terus-terus muncul depan dia,makin dia benci abang pulak.I don't want that happen" terang Daniel,panjang lebar sambil memegang secawan kopi dan melabuhkan punggung di sebelah adiknya.

"But for how long?Kalau abang selalu buat macam ni,takkan ada perubahan apa langsung,abang tau tak?Takkanlah sampai rambut abang beruban baru nak munculkan diri depan dia?Please lah abang...fikir panjang sikit" terang Delina,sambil tangannya mula menutup novel dan diletakkan di atas meja.Taulah dia hendak menasihatinya abangnya panjang lebar lagi.

"Biarlah dia cool dulu,abang taknak terburu-buru,lagipun abang perhatikan dia tak bermakna abang tak buat apa-apa tau?Abang jaga dia,that's why sekarang hidup dia dah tak dibelenggu masalah lagi." balas Daniel,memandang tepat pada wajah adiknya itu.

"Baguslah.Jaga dia.Kalau nanti ada orang rampas dia,nak juga ke abang 'jaga dia'?Hah?Answer me!" Delina tidak mahu mengalah lagi.

"Abang takkan biarkan itu terjadi.Abang janji yang abang akan munculkan diri jugak depan dia nanti.I promise that but not now" balas Daniel dalam nada suara lemah.Tiada idea mahu menjawab kata-kata adiknya itu.

"Hmmm whatever lah abang.It's up to you,okay?Jangan menyesal kemudian hari sudah.Jangan cakap yang adik tak bagi nasihat pulak.Dah berbuih mulut ni bagi nasihat,harap-harap ada jugalah yang 'melekat' dalam otak tu,okay?" kata Delina sambil tangannya mengambil kembali novel dan membuka untuk sambung membaca lagi.

Daniel yang berada di sebelah adiknya itu hanya mengeluh lemah.Ada betulnya juga kata-kata adiknya itu.Dia perlukan masa untuk berfikir lagi.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now