Part 25-I Love You

1.7K 72 0
                                    


"Dah,jom keluar." Daniel berkata serius sambil memulakan langkah hendak keluar dari kereta.

Ariana masih kaku di tempat duduk sebelah pemandu,melihat sahaja pergerakan Daniel yang dah berjalan menuju ke arahnya.

"Come.Cepat turun." Ariana tak dengar apa yang Daniel cakapkan di luar,kerana cermin tingkap kereta dah ditutup.Hanya faham dan boleh dibaca melalui pergerakan mulutnya saja.

Ariana mengemaskan semula tali pinggang keledar yang baru dibuka.Perlahan-lahan membuka pintu kereta nak keluar.

Daniel hanya mengundurkan dirinya ke belakang apabila Ariana dah menolak pintu kereta seluasnya,hendak keluar.

"Awak...nak bawak saya pergi mana?" soal Ariana selepas Daniel dah menutup dan mengunci keretanya.Ditarik tangan Ariana supaya mengikutinya.Tempat ni asing sangat bagi Ariana.Dia tahu,yang Daniel tak akan ambil kesempatan ke atasnya.Dia tahu Daniel baik.

Daniel hanya menggenggam erat tangan Ariana.Dia diam sahaja.Dibiarkan soalan Ariana tak berjawab.

Tiba-tiba Daniel memeluk Ariana erat.Daniel menarik kepala Ariana dan didakap erat.Ariana kini tak mampu melihat kerana Daniel dah menarik dan menyembunyikan wajahnya di dada Daniel.

Tak lama kemudian...

"Wah....." mulut Ariana dah terlopong luas.Berasa kagum dengan apa yang dilihatnya sekarang ni.Kakinya perlahan-lahan melangkah,tidak hiraukan Daniel yang berdiri tegak sahaja di belakang.

Daniel dah tersenyum lebar sahaja memerhati keletah comel Ariana yang terlompat-lompat melihat keadaan sekeliling.

Sedar yang Daniel tiada di situ,terus hilang riak wajah gembira di muka Ariana.Dia pusing ke belakang mencari Daniel.Ouh.. Daniel berdiri kat belakang ke...hehe tak perasan.Rasa teruja sangat tadi.

Daniel dah berdiri kaku di situ sambil tersenyum pada Ariana.Tersengih-sengih.

Ariana berpusing dan berjalan menuju ke arah Daniel dengan mukanya yang masam dan mulutnya dimuncungkan.

"Kenapa tadi tu?" soal Ariana,dah berdiri tegak,mendongak memandang Daniel di hadapannya ini sambil memeluk tubuh.

"Tadi apa?" Daniel mengangkat kening,bertanya balik soalan Ariana.

"Hish...awak ni kan,dah la semalam tinggalkan saya terpinga-pinga macam tu je,dah tu pulak pagi ni datang ambik saya dengan muka nak marah lah,serius lah,nak telan orang lah,semua lah!Lepas tu,dah datang sini,sengih-sengih pulak!Tak boleh ke cakap je tempat 'ajaib' ni yang awak nak bawak saya?!Ni tak,buat orang rasa takut je.Geram betul." Ariana berleter panjang berjela.Dia pelik dengan perangai Daniel yang memang boleh buat dia jadi gila ni.

Daniel hanya 'hmm' dan memandang Ariana dengan senyuman senget.Menyampah.

"Then?" soal Daniel.Saja nak mengusik Ariana.Saja nak buat Ariana tambah marah,tambah geram pada dia.

Ariana dah memandang tajam,dia berpeluk tubuh makin kuat,makin geram rasa ditahan di dada.Kalau terlepas,tahu lah dia takkan menang.Sebab Daniel lagi besar,lagi tinggi daripada dia.Jadi,biar je lah.

"Takde apa lah!" Ariana jerkah lalu melangkah pergi.Lebih baik pergi menikmati pemandangan tempat ajaib ni daripada layan lelaki tak guna tu.Dapat faedah apa,kan?

Daniel hanya tersenyum di situ,berdiri tegak,memeluk tubuh sahaja,melihat Ariana yang tersangatlah bahagia sekarang.Dilihatnya Ariana yang dah mencium bunga-bunga di situ,dihidu dalam-dalam,dan lepas tu mendepakan kedua tangan,ditarik nafas sedalam-dalamnya.Fresh air di sini menenangkan Ariana.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now