"Hey Daniel!" sapa Ryan sebaik sahaja nampak Daniel masuk ke dalam rumahnya.Terus dia pergi ke arah Daniel dan peluk kawan baiknya seorang itu sambil menepuk-nepuk belakang Daniel.Daniel pun tersenyum lebar sambil mata melirik ke arah Ariana yang berdiri di sebalik dinding yang tersengih malu.
'Cakap nak cuci muka lah,apalah,ni...intai kita balik dinding pulak...' kata Daniel dalam hati sambil bibirnya membalas sengihan Ariana.
Lepas saja pelukan,terus Ryan menarik tangan Daniel,ajak sarapan sekali dengan dia dan keluarga dia...dan Ariana juga.Hehe.
Sambil berjalan ke dapur,Ryan mengadu pada Daniel.
"Kau tau tak,Niel,kau punya buah hati kesayangan kau tu tak habis-habis kerja sebut pasal kau.SEHARIAN!Penat aku jaga dia tau.Anna pun penat tengok dia.Asyik-asyik Daniel,asyik-asyik Daniel."
Daniel yang mendengar hanya ketawa kecil.Tak perlulah kot Ryan terang semua tu kat dia sebab memang dia tahu pun yang Ariana rindukan dia seharian kelmarin.
"Kau dengar tak ni?" soal Ryan lepas apa yang diceritanya tadi tak diberi respond oleh Daniel.Bahu Daniel dilagakan dengan bahunya.
Daniel hanya ketawa dan terangguk-angguk kepala.Ryan menjuih bibir.
Sampai sahaja di meja makan,mereka terus duduk sambil senyum ke arah abang dan ayah Ryan tetapi wajah ibu Ryan macam pandang diorang tu as orang asing je.Diorang pun bereaksi macam 'kenapa?'
"Mana Ariana,Daniel?Tak ajak dia sarapan sekali?"
Dengar saja itu,Daniel dan Ryan lepaskan nafas lega.Ingatkan apa lah tadi.Buat cemas je.
"Entah lah aunty,tadi saya datang dia baru je bangun tidur.Kata dia nak gosok gigi,cuci muka.Lama pulak.Kot dia tengah senaman ke,apa ke.Kejap lagi dia datang lah tu." katanya.
Ibu Ryan hanya mengangguk.
"Takut dia sakit je.Risau aunty.Dia asyik rindukan kamu je seharian kelmarin.Makan pun cuma malam tadi.Sikit je." terangnya.
Daniel hanya mengangguk.
"Takpelah aunty,lepas ni pun saya nak bawa dia balik dah.Bukannya apa,semalam saya ada kerja,takde sape nak jaga dia,sebab tu saya suruh si Ryan ni je yang jaga dia.Lagipun....dia dah takde siapa-siapa.Ayah dia...baru meninggal." terang Daniel sambil mulut semakin perlahan mengunyah makanan.
Ibu Aryan dan ahli keluarga yang lain agak terkejut.Lepas tu baru diorang faham kenapa Daniel bertindak macam ni.Sebab dia sayangkan Ariana.Dia taknak apa-apa jadi pada Ariana.
"Kamu jaga dia elok-elok tau,Daniel.Jangan menyesal kemudian kalau jadi apa-apa dekat dia."
Daniel mengangguk sambil menghabiskan makanan.
****
"Jauh termenung?Saya kat sini taknak pandang ke?Kata rindu kat saya,kan...."
Tersentak bahu Ariana.Terus mati lamunan dia tadi.Lepas sarapan tadi,dia datang seorang ke sini dan duduk di dalam hutan ni,tepi sungai jernih yang mengalir dari air terjun jauh di sana.Ariana toleh.Dia tersenyum.Dihenjakkan sikit dirinya,memberi ruang untuk Daniel duduk.
"Duduklah."
Daniel pun duduk.Saja dia rapatkan dirinya dengan Ariana.Rindu sesangat dekat baby dia sorang ni.Masa sarapan tadi,dia dan Ariana takde peluang nak berbual panjang,sebab ada ahli keluarga Ryan yang lain.Dia tersengih.
Ariana memandangnya pelik.
"Kenapa awak sengih?" soalnya dengan muka yang polos.
Daniel terlepas ketawa kecil.
"Takdelah....tak sangka kan?Awak boleh rindukan saya sampai nak gila macam tu.Selalunya awak halau saya,especially baru-baru ni." katanya.Dia taknak sebutkan tentang ayah Ariana yang dah mati tu,takut terasa hati pula Ariana nanti.
Ariana menunduk.Kemudian dia pandang depan.Cuma ada pokok-pokok.
"Saya...mengaku...yang saya memang need someone,selalu.Di sisi saya.Mungkin hari tu saya terlalu ikutkan dan layan rasa hati.Yelah,dah saya tinggal sebatang kara je kan?Takde siapa-siapa dah...sebab tu saya rasa diri saya tak perlukan siapa-siapa pun masa tu." katanya sambil wajah ditundukkan lagi.Bermain dengan jemarinya.Bertautan satu sama lain.Daniel hanya melihat.Terus dia tarik Ariana yang duduk rapat di sebelah kirinya tu ke dalam pelukan dia.
Muka Ariana tersembam di bahu kiri Daniel.Dia agak terkejut dengan perbuatan tiba-tiba Daniel tu namun dia tak pula cuba leraikan pelukan tu.Malah dirapatkan lagi.
Daniel mengusap lembut belakangnya sambil memujuk.
"Awak jangan takut,okay..saya janji,takkan pernah tinggalkan awak walau apa pun yang jadi.Saya janji.Sebab saya sayang awak,sangat-sangat.Walau ada rintangan antara kita sekarang ni,saya tetap akan lindungi awak." katanya sambil mengeratkan lagi pelukan.
Ariana yang mendengar dah mengalirkan air mata di pipi.Dia...terharu.Dia...rasa dihargai.Dia...rasa dilindungi sepenuhnya.Oleh Daniel.Her true guardian.Disembamkan mukanya rapat ke bahu Daniel.Daniel mengusap belakang,menenangkannya.
"Menangis sebanyak mana,selama mana awak mahu.Saya di sini,selalu untuk awak." katanya lagi.Tangisan Ariana di bahunya makin kedengaran.
"Ja...jan....janji.Ja...jangan...ting..galkan saya." kata Ariana dalam esakan tangisnya.
Daniel mengangguk dan Ariana dapat rasakan tu.Dia senyum dalam tangisan.
Dari jauh,Ariana dan Daniel tak sedar yang mereka diperhatikan oleh 'si penyibuk' iaitu Ryan.Tersenyum dia tengok dua orang lovely couple tu.
'Bilalah giliran aku pulak,eah?Anna,Anna,kau tak pernah nak terima cinta aku,kan?Dah lama aku tunggu kau...' kata Ryan dalam hati sambil tersenyum bahagia.Bahagia untuk Daniel dan Ariana.
"Jom.Kita balik.Taknak lah sedih-sedih macam ni.Jom?" kata Daniel,sambil dia lap air mata Ariana,sambil dia tersenyum dan Ariana juga senyum simpul dan mengangguk.
"Thanks.." kata Ariana perlahan.
Daniel senyum.
"You most welcome,sweetheart." balas Daniel sambil tangan kanan besarnya mengusap lembut pipi kiri Ariana.
Ryan yang nampak Daniel dan Ariana dah bangun,hendak beredar,terus dia sembunyikan diri di sebalik pokok yang besar.Kalau dia lari,mesti diorang tu perasan akan kehadiran dia kat situ.
Selepas tu,Ryan nampak Daniel dan Ariana yang berjalan bersama sambil berpegangan tangan.
To be continued...
YOU ARE READING
I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔
FantasyDaniel mengekori Ariana atau lebih dikenali dengan nama 'Rian' ke mana sahaja dia pergi.Dia menyukai Rian dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Namun apakan daya,Rian seorang yang pendiam,suka bersendirian dan bersikap dingin apabila bertemu...