Part 20-Loss

1.8K 78 1
                                    


"Ermmmm ahhhhhh!!!!" Ariana bangun dari tidur dan mengeliat serta menguap kuat.

Dia bangun duduk di birai katil sambil menggaru-garu belakang lehernya dengan mata yang masih kuyu.Mamai lagi tu agaknya.

Setelah seketika terduduk di situ,Ariana pun bangun dan mencapai tuala untuk pergi membersihkan dan menyegarkan diri.

Ayah Ariana kini berada di dapur.Siapkan sarapan untuk Ariana sebelum ke tempat kerja.

Selesai sahaja membersihkan diri,Ariana bersiap.Dia memakai pakaian yang sesuai dan mengambil begnya.Kejap lagi Lisa datang menjemputnya untuk ke kelas.

Selepas memastikan semuanya dah kemas,Ariana keluar dari bilik.

"Selamat pagi ayah!" kata Ariana sambil memeluk dan mencium sekejap pipi ayahnya.

"Selamat pagi anak ayah....ni,makan nasi goreng ni.Ayah buatkan special untuk Rian." kata ayahnya sambil menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan.

Ariana dah melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan ayahnya.

"Ceria betul anak ayah hari ni.Tersenyum-senyum je ni." kata ayahnya sambil menghulurkan pinggan berisi nasi goreng itu kepada Ariana.

Ariana menyambutnya.

"Mananya tak ceria,kan Ariana nak keluar makan dengan ayah hari ni?" kata Ariana.Nasi goreng disuapkan ke dalam mulutnya.

"Ada apa-apa ke ni,hurm?" soal ayahnya.

Ariana mengerutkan dahi.Tak faham.

"Saja.Kenapa?Ayah tak sudi ke nak keluar makan dengan Rian?" soal Ariana kembali.

Ayahnya hanya menggeleng perlahan.

"Bukan macam tu...cuma....macam pelik sikit.Apa kata kita makan je dekat restoran yang ayah kerja tu?Okay lah sikit. " kata ayahnya sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Takde yang peliknya lah ayah.Rian cuma ajak keluar makan,spend time sama-sama.Tu je lah.Kenapa nak pelik?Lagipun..ala...tak seronok lah makan kat situ.Kita makan kat restoran lain jelah.Nanti habis bos ayah pun kenal Rian ni siapa.Taknak lah macam tu." kata Ariana sambil membuat badan lemah dan menarik muka.

"Hurm yelah,yelah.Nanti Rian datang kat restoran ayah kerja tu,okay?Dah.Makan nasi tu sampai habis.Nanti lambat nak pergi kelas pulak."

Ceria terus muka Ariana.

Ariana terus melirikkan matanya ke arah jam yang tergantung di dapur itu.Dah jam 8.Lisa mesti akan datang awal.

Ariana cepat-cepat menghabiskan sarapannya sambil mengangguk tanda menjawab soalan ayahnya tadi.

Selepas 15 minit,terdengar seperti bunyi enjin kereta di hadapan rumah.Dah tau dah siapa tu.

"Pon!Pon!"

Terhinjut serentak bahu anak-beranak itu.

"Haih...tak menyempat sungguh la perempuan ni!" Ariana mengomel sendirian sambil bangun dan menggalas begnya.

Ayahnya dah ketawa kecil.Hal remeh macam tu pun dah mampu membuat anaknya jadi marah.

"Ayah.Rian pergi dulu.Elok-elok tau pergi kerja.Dan...jangan lupa tengah hari ni." kata Ariana sambil menyalam dan mencium tangan ayahnya.Sempat juga dia mengingatkan ayahnya itu.

"Yelah Rian sayang...ayah ingat.Elok-elok tau suruh Lisa bawak kereta tu!" Ayah Ariana menjerit sedikit.Yelah,Ariana mendengar sambil berjalan laju ke arah pintu.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now