Ariana cepat-cepat menutup pintu rumahnya apabila dah memastikan yang Daniel dah keluar dari rumahnya.Dia duduk dan sandar pada pintu.Kedua-dua lututnya dipeluk erat.Dia menangis lagi.Sampai tersedu-sedu dibuatnya.'Dengan siapa lagi aku nak bergantung lepas ni?Dengan siapa aku nak luahkan rasa hati lagi lepas ni?' bisik hati Ariana.Dia dah hilang tempat untuk bergantung.Nak cari ibubapa kandung pun,dah tentu-tentu Daniel cakap yang mereka dah lama mati.Yang tinggal sekarang hanyalah ibu angkatnya sahaja.Mahukah dia pergi mencarinya?Apakah reaksi ibu angkatnya itu nanti bila nampak kemunculan dia?
Daniel masih berdiri di hadapan pintu rumah Ariana.Dia tahu yang Ariana masih menangis dan masih ada bersandar di pintu itu.Dia memegang pintu itu seolah-olah dia dapat merasai Ariana yang berada di dalam.
Tak kira apa berlaku,dia tetap akan menjaga Ariana juga.Dia berjanji pada dirinya sendiri.
*****
"Abang,adik rasa adik kesian tau tengok Ariana tu.Abang tak rasa ke nak pergi tolong dia?Dia dalam keadaan susah sangat tu,bang.Pergilah tolong dia." Ashley,adik kepada Adrienne memberi nasihat.
Adrienne yang termenung ke luar tingkap menoleh memandang adiknya yang sedang berdiri menghadapnya itu.Adiknya yang seorang lagi,Adney tidak ada di rumah,keluar ikut ibubapa mereka.
"Setiap benda yang ada permulaan,pasti ada pengakhiran dia jugak,Ash.Abang tau apa abang buat.As you know,Ariana boleh protect diri dia sendiri even Daniel tak selalu dengan dia.Dengan kuasa yang dia ada tu,takkan jadi apa-apa dekat dia.Sebab tu Victoria tak boleh nak bunuh dia.Abang dah tau dah apa rancangan Victoria yang seterusnya.Abang akan bertindak bila masa dia dah tiba." Adrienne menerangkan panjang lebar,membuatkan Ashley yang berdiri di hadapannya hanya menunduk.Dia tahu dah yang abangnya akan jawab macam tu.Dalam masa yang sama,dia takut nak pandang mata abang dia yang jelas-jelas macam nak telan orang bulat-bulat.
"But.. Ariana dah berapa kali dah nak tewas dengan Victoria tu,abang.Kalau jadi apa-apa macam mana?" Ashley berkata dan mendongak semula,memberanikan diri menghadap muka abangnya itu.
"I know what I'm doing..." Adrienne berkata tegas lalu melangkah pergi.Mukanya sahaja nampak garang,tapi hatinya tak pernah ada niat nak sakitkan hati sesiapa bila dia bercakap.
Ashley memandang abangya yang dah berlalu pergi itu dengan wajah suram.Dia kesian sangat dengan Ariana.Dia nak sangat tahu apa yang abangnya nak buat pada Ariana,tapi....bila?Ariana dah banyak menderita.Dia mengeluh berat.
****
"Huh!Kau tunggu lah Victoria!Kau takkan lama!Huh!Walaupun kuasa kau mampu buat kau puas hati,tapi kau tunggulah,tak lama lagi kau akan tewas!" Adrienne berbisik sendirian di dalam biliknya.Dia merengus geram,tersenyum sinis sambil menggempal dua penumbuk menampakkan urat di tangannya.Sesiapa yang tengok mesti berasa gerun.
Sememangnya Adrienne amatlah geram dengan Victoria dan dia dah merancang sesuatu untuk Ariana.Biarlah Ariana susah sekarang,sakit sekarang,tapi nanti dia akan jumpa kebahagiaan dia.Itu janji Adrienne.
YOU ARE READING
I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔
FantasíaDaniel mengekori Ariana atau lebih dikenali dengan nama 'Rian' ke mana sahaja dia pergi.Dia menyukai Rian dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Namun apakan daya,Rian seorang yang pendiam,suka bersendirian dan bersikap dingin apabila bertemu...