Part 12-You Again?

2.3K 106 1
                                    


Ariana dan Daniel berjalan beriringan,Daniel ingin menghantar Ariana sehingga ke depan pintu rumahnya.Risau dia,kalau Ariana jalan sorang-sorang nanti,manalah tau ada orang culik dia ke?

Ketika sedang berjalan,mata Ariana tertancap pada seseorang.
Seseorang yang pernah dia lihat sebelum ini.

'Perempuan tu lagi.Apa dia buat kat sini?' getus hati Ariana.Dia ternampak wanita itu,wanita yang melintas jalan dan berselisih bahu dengannya 4 bulan yang lepas.

Masa seakan lambat berlalu.Membuatkan Ariana menoleh kepalanya sehingga ke belakang,memerhati wanita itu yang turut menoleh ke arahnya.Nasib baik wanita itu berdiri di jalan bertentangan,kalau tak,entah apa akan berlaku.

Tetapi...wajahnya sama seperti dahulu,tak nampak langsung.Berjaket hitam dan sebahagian wajah dilindungi selendang hitam.

Tapi dari jauh Ariana ternampak yang mata wanita itu warna kebiruan dan bercahaya.

Mata wanita itu seolah-olah ingin memukau Ariana.Matanya terus-terusan memandang Ariana tanpa berkedip membuatkan langkah Ariana terhenti.

Ariana tak berhenti dari melihatnya,seolah-olah dah terpukau dengan pandangan itu.

Daniel yang berjalan di sebelahnya sambil sebelah tangannya memegang tangan Ariana terus menghentikan langkah.Ariana masih tak menoleh ke hadapan.

Daniel melihat ke arah yang dilihat Ariana dan berkata.

"Ariana,see me,Ariana.Ariana!Don't watch her!" kata Daniel dengan cemas sambil memegang kedua-dua bahu Ariana dan memusingkan badan gadis itu supaya melihatnya.Dia tahu sesuatu sedang berlaku di antara Ariana dan wanita itu.

Ariana masih berada dalam pukauan pandangan itu.Walaupun matanya kini mula memandang tepat wajah Daniel,dia masih dalam keadaan 'blur' dan tak bersuara,tak bergerak.

Daniel menggoncang bahu Ariana untuk menyedarkan Ariana.Ariana tidak memberi sebarang tindak balas.Tidak ada pilihan,Daniel terus memandang tepat ke anak mata Ariana sambil anak matanya mula mengeluarkan sedikit cahaya.

Tidak lama kemudian,Ariana tersedar dari lamunan.

"Apa dah jadi?Kenapa kita still kat sini?Jom balik." balas Ariana dengan wajah yang hairan.

Dia masih tak sedar dengan apa yang dah berlaku.

Daniel tak mempunyai pilihan selain menurut langkah Ariana.Ariana mula menarik tangan Daniel supaya berjalan dengannya.

Wanita itu yang hanya melihat dari jauh mula tersenyum sinis.

Daniel sebenarnya baru sahaja menghapuskan satu kuasa yang dah mula menguasai minda Ariana.Dia tahu niat wanita itu.Ingin menguasai pemikiran Ariana kerana dia tahu yang Ariana mempunyai 'benda' yang amat berharga itu.Cuma Ariana yang tidak pernah tahu.

Apabila tiba di hadapan rumah Ariana,mereka terus menghentikan langkah dan Ariana mula berdiri di hadapan Daniel sambil tangannya memegang tangan Daniel.

"Daniel..." panggil Ariana perlahan apabila mereka telah berhenti di hadapan rumah Ariana.Ariana memandang tepat ke mata Daniel.

Daniel memandangnya dengan wajah simpati.Kalaulah dia tiada bersama Ariana tadi,pastinya dia akan kehilangan Ariana buat selamanya.

Tanpa berkata apa-apa,Ariana terus memeluk Daniel seerat-eratnya sambil menangis.

"Hey kenapa ni?Are you okay?" tanya Daniel perlahan sambil membalas pelukan Ariana.

"I'm scared,Daniel.I'm scared with that woman.She keeps disturbing me whenever I'm with you." balas Ariana sambil matanya terus-terus mengeluarkan air mata.Dia menangis sehingga tersedu-sedan.

Ariana mula mengingati wanita tadi dan apa yang telah berlaku padanya tadi.

Daniel menolak Ariana perlahan dan memegang kedua-dua bahu gadis itu dengan lembut.

Hidung Ariana dah mula kemerahan kerana banyak menangis.

Daniel mengangkat sedikit dagu Ariana supaya mendongak melihatnya.

"I'll be here and there for you,Rian.Always.I promise." balas Daniel sambil mengusap pipi Ariana yang dah dibasahi dengan air mata itu.

"Promise me?" tanya Ariana lagi.

"Yes..I promise you." balas Daniel sambil tangannya kembali memeluk Ariana.Dia menenangkan Ariana dengan mengusap lembut belakang rambut gadis itu.

"Menangislah sebanyak awak nak,saya di sini,ok?" kata Daniel sambil memeluk Ariana dengan lebih erat.

Ariana hanya mengangguk.

*****
Malam itu Daniel hanya berada di rumahnya bersama Delina.
Dia dah memberitahu Ariana supaya hanya duduk di rumah dan jangan keluar pada waktu malam.Risau dia kalau apa-apa berlaku lagi.

"I'm really really proud of you,abang.You just have done the right things." kata Delina,yang baru muncul dari dapur sambil tangannya membawa dua cawan coffee.Satu diserahkan kepada abangnya yang kini kelihatan serius menonton televisyen.

Daniel kini bersuara sambil memandang wajah adiknya itu sekilas.Airnya dihirup sedikit sebelum cawan itu diletakkan di atas meja dihadapannya.

"I admit that...yang abang memang tak pernah nak jaga dia betul-betul sebelum ni,tapi dengan situasi yang agak tegang sekarang membuatkan abang betul-betul nak lindunginya.Tak kira di mana." terang Daniel panjang lebar.

"But now...we're at home,okay.Macam mana abang nak tahu dia dalam keadaan susah ke,senang ke?" tanya Delina pula sebelum airnya diminum.

"I've thought for long and hard,abang dah gunakan kuasa abang and now I could know  whenever dia dalam susah or senang." balas Daniel pula.

"Hmmm...that's good.Adik sokong sangat-sangat!Pandai pun bertindak,ingatkan nak kena ajar lagi." kata Delina sambil menumbuk perlahan lengan abangya itu.

Daniel hanya tersenyum memandang adiknya yang kini asyik tersengih sahaja macam kerang busuk.

"I'll do anything for her." kata Daniel.

"Hmm..yelah...." balas Delina pula.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now