Part 28

1.4K 68 0
                                    


"Ha,kau duduk sini dulu,okay?Esok...Daniel datang jumpa kau." Ryan menyuruh Ariana tinggal buat sementara waktu di rumahnya.

Ariana takut-takut je nak duduk atas sofa besar kat rumah Ryan tu.Anna dah balik dah tadi.Tapi...Ariana tak tahu yang ada orang lain lagi dalam rumah tu.

"Jangan takutlah,bukannya aku sorang dalam rumah ni.Ada mak,ayah dan abang aku.Jangan risaulah.Mak aku ada dalam bilik tu hah,kejap lagi dia keluar la tu." Ryan tersenyum hendak tawa.Sebab muka Ariana dah mula cuak,takut.Takut kalau Ryan apa-apakan dia.Dahla Ryan tu asyik main-main,tak serius.

Ariana menghembus nafas lega.Itupun selepas Ryan cakap ada mak dia dalam rumah tu.Kalau ikutkan,nak je dia lari kalau Ryan tu masuk mandi ke,apa ke.

"Taulah takut.Kan?" Ryan bertanya dalam nada mengusik.

Ariana menjeling.Ryan dah tahu jawapan melalui pandangan tajam tu.Tak payah jawab dengan mulut,dengan mata tu je pun dah boleh jawab soalan dia tu.

Beberapa ketika,muncul seorang wanita yang berusia dalam 40-an dengan senyuman di bibir.Manis senyuman tu pada Ariana.Tak nampak riak wajah tuanya.Nampak muda je.Ariana turut membalas senyuman itu.

Wanita itu mendekati Ariana dan duduk di sebelahnya.Ariana hanya menginjak sedikit apabila wanita itu mula duduk sambil memandangnya.

"Ariana kan?" Wanita itu bertanya.Tangan kanannya mula memegang tangan Ariana di atas riba.Ariana hanya senyum memandang.

"Ya...saya Ariana." Ariana tersenyum simpul sahaja.Ryan hanya jadi pemerhati di sebalik dinding.Tersengih saja di dinding tu dan dia berlalu pergi apabila nampak Ariana dah boleh sesuaikan diri dengan ibunya.

"Ariana tinggal sini dulu,okay?Esok...baru Daniel datang.Ada kerja katanya.Erm...Ariana dah makan?Kalau belum,jom.Aunty tolong sediakan makanan.Cakap je nak makan apa." Wanita itu berkata,senyuman tak lekang dari bibir.Dia dah mula hendak bangun,mula menarik tangan Ariana supaya ikut bersama ke dapur.Ariana hanya senyum menurut.

'Orang sini pun bahasakan diri...aunty?Diorang cakap hidup kat sini tak sama macam di bumi,tapi nampak macam sama je?Beza cuma hutan dan kehidupan yang sibuk di bandar je.' bisik hati Ariana.Kaki melangkah menuruti aunty itu sampai ke dapur.

Sampai saja di dapur...

"Wahhhh~~" bulat jelas mata Ariana,kedua tangan menekap di pipi tak percaya,apa yang dia nampak...cuma makanan yang banyak sangat-sangat.

Wanita tu hanya tersenyum.Dia mula hendak sediakan makanan untuk tetamu istimewanya tu.

Dah lama berdiri teruja di situ,Ariana sedar dari lamunan.Dia melangkah duduk di kerusi sebelah wanita tu.Mulutnya terlopong luas.Walaupun makanan yang ada depan mata tu memang sama dengan makanan di bumi,tapi yang ni....look more tasty,more delicious.Ariana tak sabar nak makan.Baru sedar yang dirinya lapar dari tadi,terlupa sebab terlalu takutkan Ryan.

"Ha...Ariana makanlah apa yang Ariana nak.Semua ada.Baru lepas masak je semua ni.Makanlah.Jangan malu-malu." Wanita itu tersenyum lebar memandang Ariana.

Ariana mengangguk,mula mencapai pinggan,hendak disenduk nasi masuk ke dalamnya.

"Tapi kan aunty....siapa nak makan banyak-banyak macam ni?Saya nampak cuma ada aunty dengan Ryan je?" Ariana soal sambil mengambil ayam di dalam mangkuk di hadapan.

Wanita itu hanya diam seketika,perhati wajah comel Ariana dan membalas "Abang dan ayah Ryan akan balik lewat sikit.Diorang berdua tu,selalu sibuk memburu binatang dalam hutan.Cuma Ryan tu je...selalu temankan aunty kat rumah ni haa.Sebab tu aunty suka sangat bila Ariana datang sini.Aunty dah lama nak ada anak perempuan,tapi...anak lelaki pun aunty dah bersyukur dah."

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now