"Awak nak balik rumah tak?"
tanya Daniel sambil matanya fokus pada pemanduan untuk menghantar Ariana pulang selepas berbual dan membuat 'drama' tadi.Ariana menoleh memandangnya pelik.
"Soalan apa ni?Mestilah saya nak balik,takkan lah saya nak tidur bawah jambatan pulak malam ni!" kata Ariana sambil berpeluk tubuh.Suaranya ditinggikan sedikit.Macam pelik saja soalan Daniel tu.Dia nak culik aku ke?Getus Ariana.
Daniel ketawa terkekek-kekek.
'Eh ketawa pulak dia' Ariana mengomel di dalam hatinya.
"Bukan tu maksud saya...maksud 'balik rumah' tu....tempat asal kita lah." Daniel berkata sambil ketawa masih berbaki.
"Maksud awak...tempat saya dilahirkan?" Ariana bertanya dengan penuh minat.Tadi marah,sekarang nak tahu pulak.
Daniel menoleh sekilas dan mengangguk.
Ariana dah tersenyum keriangan.
"Sekarang ke?" Ariana bertanya lagi.
"Yer la sayang oiii....sekarang." jawab Daniel.
"Wah.....seronoknya!Jom!Jom!" Ariana mengajak dengan suara teruja.
Daniel hanya mengangguk.Memang dia berniat nak bawa Ariana pergi situ pun.
Setelah 30 minit dalam perjalanan,akhirnya tiba juga di destinasi yang dituju.
Ariana mula memerhati sekeliling.
"Tempat apa ni?Kenapa dalam hutan?Saya dilahirkan dalam hutan ke?" bertubi-tubi soalan Ariana membuatkan Daniel yang di sebelahnya menggeleng kepala perlahan.
"Taklah...jom ikut saya." Daniel mengajak.Dia mula membuka pintu kereta dan keluar.
Ariana masih di dalam.Dia mula memikirkan bukan-bukan.Daniel nak buat apa dekat aku?Kalau aku asal dari sini,kenapa takda rumah pun kat sini?Bisik hati Ariana.Dia tiba-tiba rasa risau.Hilang kepercayaannya pada Daniel.
Daniel yang melihat Ariana yang sedang masih kaku dalam kereta itu terus dihampiri.
Dia membuka pintu kereta.
"Adoi awak ni...jangan risau lah,saya takde nak buat apa-apa pun.Trust me.Awak nak pergi ke tak ni?" tanya Daniel lagi sambil memegang pintu kereta yang masih terbuka.
Ariana diam seketika.
"Janji,tak buat apa-apa kat saya ni?" soal Ariana.
Daniel mengeluh perlahan dan mengangguk.Kenapalah susah sangat Ariana nak percayakan dia ni?
Ariana mula melangkah keluar.
Daniel berundur ke belakang sedikit memberi ruang kepada Ariana.Selepas itu dia menutup pintu kereta.
"Jom." Daniel menarik tangan Ariana dan Ariana mengikut.
'Habislah aku,kenapa dia bawak aku ke kawasan semak pulak nih?Aduh....' Ariana takut.Nak lari pun...Daniel mengenggam erat tangannya.
Ariana menyamakan langkahnya dengan Daniel dan dia memejamkan matanya rapat.
Beberapa ketika kemudian...
"Dah sampai." Daniel melepaskan pegangan tangannya pada Ariana.
Ariana yang dari tadi memejam mata erat mula membuka sedikit matanya.
Tiba-tiba matanya terbeliak luas.
"Wahhhhhhhhhhh Daniel!Tempat apa ni?Macam mana kita sampai sini?" tanya Ariana sambil mulutnya terlopong.Tidak percaya dengan pemandangan yang cantik tak terkata di depannya sekarang ni.
YOU ARE READING
I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔
FantasyDaniel mengekori Ariana atau lebih dikenali dengan nama 'Rian' ke mana sahaja dia pergi.Dia menyukai Rian dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Namun apakan daya,Rian seorang yang pendiam,suka bersendirian dan bersikap dingin apabila bertemu...