Part 19

1.7K 73 1
                                    


"Erm...awak cakap ni kawasan rumah kita?So...mana satu rumah awak?Mana satu rumah saya?" soal Ariana.

"Haa yang tu....nanti saya bagitau awak,yang penting sekarang ni...jom kita balik,dah lambat sangat ni." kata Daniel sambil menolak Ariana lembut dari belakang.Kalau tidak ditolak,maka banyak lagi lah soalan yang akan ditanya Ariana.

Ariana hanya berjalan.

Beberapa ketika berjalan,mereka berhenti.

"Cepat la Daniel,nak tengok magic door tu.." rayu Ariana sambil membuat muka sehabis comel.

"Yelah yelah,kejap..." kata Daniel.

Selepas itu Daniel memejamkan mata dan mulutnya seperti membaca sesuatu.

Ariana hanya berdiri rapat di sebelah Daniel.Dia tidak memejamkan mata lagi.Dia nak tengok magic door tu.

Tak lama kemudian,muncul satu sinaran yang amat cantik di hadapan mereka.

Mulut Ariana makin terlopong luas.Cantik sungguh magic door ni.

Daniel hanya tersenyum melihat gelagat comel Ariana di sebelahnya itu.

Kemudian,Daniel menggenggam erat tangan Ariana.

Ariana hanya menoleh dan memandang Daniel sekilas.

Selepas itu,mereka masuk ke dalam magic door tu.

Selepas beberapa ketika....

"Seronoklah Daniel!Tadi saya nampak,ada arnab tu comel sangat tau!Boleh kita masuk lagi?" soal Ariana sebaik sahaja mereka keluar dari magic door itu.

"Tak boleh lah sayang,cuba tengok sekeliling awak sekarang ni,dah gelap gelita dah.Dah la dalam hutan.Tak takut ke?" kata Daniel sambil memusingkan badan Ariana supaya melihat sekelilingnya yang dah semakin gelap itu.

Ariana terkejut.Dia tak perasan langsung yang suasana hampir gelap.

Ariana hanya menunduk.

"Buat apa saya nak takut?Awak kan besar,kuat,jadi...kalau jadi apa-apa,awak lindungi saya kan?Kan awak ada kuasa hebat?Kan?Kan?" soal Ariana sambil mengangkat keningnya.

Ariana semakin rapat dengan Daniel.Bersiap sedia kalau-kalau ada sesuatu berlaku.

Daniel hanya diam dan mengukirkan senyuman.

Tiba-tiba,terdengar seperti ngauman harimau dari jauh.

Ariana mula rasa cuak.Kalau harimau tu datang,boleh ke Daniel lawan?Harimau kan besar?

Dia terus memeluk erat Daniel,takut.Dia melindungi wajahnya di dada Daniel.

Daniel hanya tersengih di situ.Daniel tak takut ke?

"Tula,cakap besar lagi,kan dah takut?Tengok tu,peluk-peluk kita pulak.." kata Daniel sambil ketawa kecil.Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket.Reaksi dia pun macam tak takut je.

Ariana meleraikan pelukan dan menjeling ke arah Daniel.

"Awak tak dengar tu?Bunyi harimau?Awak tak takut ke?" soal Ariana lagi.Aduh...kalau macam ni lah jadinya,jawapannya tak balik rumah lah dua orang budak ni.

"Mana ada harimau lah,saya yang buat bunyi tu.Dah,dah,dah.Jom balik,kalau asyik layan awak kat sini,tak balik lah kita jawapannya.Masa itu tidak tunggu kita,okay?" kata Daniel sambil mengusap perlahan rambut Ariana.

Ariana mencebik dan terus melangkah ke arah kereta Daniel.Dia menunggu Daniel datang untuk membuka kunci kereta.

Daniel hanya menggeleng dan dia menekan butang di kunci keretanya untuk membuka kereta.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now