Part 6-Are you okay?

3.5K 146 1
                                    


"Arghh!Penat aku!" Ariana menjerit sekuat hati.Dia berdiri di atas sebuah jambatan pada malam itu.

"Penat aku fikirkan semua ni!Macam mana aku nak cari mak?Kat mana dia sekarang?" kata Ariana,perlahan pada dirinya sendiri sambil meraup rambutnya kasar ke belakang.

Entah mengapa,Ariana menjadi semakin mahu pergi mencari ibunya.Mahu tahu di mana dan bagaimana keadaan ibunya selepas 15 tahun menghilang.

Pandangannya meliar ke sekeliling kawasan.Hanya dia di situ.Tiada orang.Namun,dia tak sedar ada seseorang memerhatinya dari jauh pada malam yang semakin lewat itu.

******

"Are you sure abang?Oh my!I'm happy for you!Finally jumpa jugak orang dia!" kata Delina.Teruja sangat dapat mengetahui yang abangnya,Daniel sudah mempunyai teman wanita.

"Yah,I'm sure!I am really happy,adik!" balas Daniel.Dia juga turut teruja sambil menonton televisyen di rumah mereka.

"But...I don't think she knows about 'that'." kata Delina.Wajah terujanya terus bertukar menjadi hairan.

"Yes,she didn't know yet.But abang akan bagitau dia jugak nanti.Don't worry okay.As long as 'it' still with her,abang akan pastikan dia selamat." balas Daniel.

"Ingat tau!Tu je caranya kita nak hapuskan perempuan tak guna tu!Tak habis-habis nak ganggu kita." kata Delina,geram.

"Be patient okay.But...walaupun 'benda' tu ada pada Ariana,satu-satunya cara kita nak hapuskan perempuan tu,but abang memang sukakan Ariana tu." kata Daniel sambil tersenyum.

"Ya.Adik tak cakap kita cuma nak gunakan Ariana dalam hal ni.Cuma tulah..tak sangka selama ni,'benda' tu ada pada dia." balas Delina pula,sambil mengambil tempat duduk di sebelah abangnya itu.

Daniel hanya tersenyum.

*******

"Rian?Kenapa balik lambat ni?Rian pergi mana malam-malam macam ni?" tanya ayah Ariana,sebaik sahaja melihat anaknya itu masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu rumah.

"Kalau Rian keluar salah,tak keluar lagi lah salah.Asyik kena berleter,baik Rian keluar.Boleh jugak release tension ni." kata Ariana sambil melangkah longlai ke dalam biliknya.

Belum sempat ayahnya membalas kata,terus Ariana menutup pintu biliknya.

Dia terus menghempaskan badannya ke atas katil.Tangan kanannya diletakkan di atas dahi.Dia berfikir.

'Entah apa yang jadi pada aku ni?Sejak kebelakangan ini,emosi aku macam terganggu je?Sejak bila aku asyik teringatkan mak ni?' kata Ariana di dalam hatinya.

Emosi Ariana seakan dikawal oleh sesuatu.Sebelum ini elok sahaja.Walaupun rindukan ibunya,dia tetap boleh mengawal perasaan itu bila berseorangan ataupun bila berbual dengan ayahnya.

********

"Rian?Awak ke tu?" panggil Daniel,lembut dari belakang.

Ariana yang duduk diam di bangku sambil muka menghadap tasik di depannya terus toleh ke belakang,tanpa menjawab apa-apa.Biarlah persoalan Daniel terjawab apabila melihat wajahnya sahaja.Tiada mood untuk bercakap pagi itu.

"Are you okay,Rian?Ada masalah ke?Kalau ada,bagitaulah saya.Saya pasti akan membantu." kata Daniel,yang kini mengambil tempat di sebelah Ariana.

"Okay." jawab Ariana,pendek.Wajahnya kelihatan muram.Fikirannya entah ke mana walaupun wajahnya menghadap pemandangan di hadapan.

"I know you are not.Yesterday,you were okay.But why?Hari ni awak nampak sedih?" soal Daniel.

"Apa awak ingat,perasaan seseorang tu ada satu je ke?Tak boleh tukar dari gembira kepada sedih?Kelmarin mungkin awak nampak mood saya elok.Saya berbual elok dengan awak.Tapi tak untuk harini." balas Ariana.

"But...." belum sempat Daniel menghabiskan kata,Ariana berlalu pergi meninggalkannya.

'cuma satu...saya takkan mudah macam tu je terima awak as my friend,okay?' kata-kata daripada Ariana kelmarin tiba-tiba datang melintasi fikiran Daniel.Mungkin itulah sebabnya Ariana berdiam diri hari ni.Mahu pertimbangkan sama ada dia layak untuk menjadi kawan Ariana atau tidak.Daniel masih belum mengalah.

******

Ariana memilih untuk makan di sebuah restoran tengah hari itu.Cuaca yang agak mendung hari itu.

'Hari nak hujan agaknya ni.' desis hati Ariana sambil kepalanya mendongak tengok langit yang semakin gelap.

Ariana menikmati makan tengah harinya itu walaupun hari nak hujan.

Dia tidak pulang ke rumah langsung sejak pagi tadi.Kakinya melangkah entah ke mana,dia tidak fokus,fikirannya buntu.

Tiba-tiba,dia ternampak kelibat Daniel yang berjalan menghampirinya.Mujur dia telah membuat pembayaran tadi.Senang dia nak mengelak daripada terjumpa dengan Daniel.

"Rian!Tunggu dulu!Rian!" jerit Daniel apabila melihat Ariana semakin melangkah laju pergi.

Langkah Ariana terhenti apabila Daniel berjaya menahannya.

Ariana mendengus geram.

"Kenapa ni Rian?Kenapa awak mengelak daripada nak berjumpa dengan saya?" kata Daniel sambil memandang tepat ke dalam mata Ariana.

"Awak boleh tak?Tolong...faham saya!Sejak saya jumpa dengan awak,macam-macam benda jadi kat saya,awak tahu tak?!" marah Ariana sambil melepaskan tangannya daripada genggaman kuat Daniel.

"Tapi kenapa?Semalam okay saja awak berbual dengan saya?" balas Daniel pula.

"Itu semua hal semalam!Hari ni lain.Saya dah buat keputusan.Saya taknak kawan dengan awak.Saya tak rasa yang saya perlukan awak pun.Saya boleh buat apa sahaja sorang-sorang." balas Ariana,tidak mahu mengalah.

"Tapi saya perlu..." tanpa sempat Daniel menghabiskan ayatnya,Ariana membalas "Saya taknak tengok muka awak lagi!!Pergi!Lepaskan saya!"

Daniel yang kasihankan Ariana yang meronta-ronta minta dilepaskan,akhirnya dilepaskan juga.Ariana berlalu laju pergi meninggalkannya jauh ke belakang tanpa menoleh sikit pun.

Entah mengapa,hujan yang lebat turun ke bumi selepas itu.Mungkin kerana kesedihan yang Ariana alami sekarang ini.Daniel hanya berdiri di tengah hujan yang sedang turun semakin lebat itu.Hanya mampu dia perhatikan Ariana pergi berhenti di bus stop.

'Saya takkan munculkan diri depan awak lagi Ariana,kalau itu yang membuat awak bahagia.Tapi...saya akan muncul sepanjang masa tanpa awak sedari.Saya akan lindungi awak.Saya berjanji.I'll be here and there for you.I'll come when you're sad.I promise.' desis hati Daniel.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now