8 pagi. Pagi Ariana dimulakan seperti biasa.Selesai mandi,dia mengenakan seluar panjang dan hoodie berwarna putih.Cuaca agak sejuk seperti hari-hari biasa.Hujan turun tanpa henti.Nasib baik hari itu tidak hujan,hanya sejuk disebabkan hujan sejak semalam.Ariana melihat ke luar tingkap biliknya.'Jalan masih basah'.desis Ariana.
Ariana memakai kasut sukannya dan berjalan keluar daripada rumahnya.
"Rian dah nak pergi?" kedengaran suara ayahnya yang berdiri di muka pintu.Ariana menoleh memandang ayahnya.
"Ya,ayah." jawab Ariana dan dia berpatah balik dan berjalan ke ayahnya lalu dia salam mencium tangan ayanhya.
"Ayah ingat Rian dah lupa nak salam ayah"
"Tak lupa,cuma tak nak ganggu ayah tengah makan"
"Kenapa Rian tak makan sekali dengan ayah?"
"Rian dah lambat."
"Kot ye pun lambat,sarapan dulu.Makan sikit.Lagipun Rian cuma nak pergi joging je kan?Apa yang lambatnya?Lagipun tu hah,sejak kebelakangan ni hujan,walaupun pagi-pagi tak hujan,tapi suhu sangat sejuk,Rian nak joging jugak?"
"Lepas joging,pandai-pandailah Rian sarapan dekat mana-mana kedai.Rian pergi dulu" ujar Ariana tanpa menghiraukan nasihat ayahnya.Rian berjalan di laluan pejalan kaki sambil mendengar lagu dengan menggunakan fon telinganya dan telefon diletakkan di dalam poket hoodienya.Dia menikmati lagu dan juga angin pagi yang sejuk datang menyentuh lembut pipinya.
Sebenarnya Ariana tidak pergi berjoging tetapi pergi ke suatu tempat.Tempat yang menjadi kegemarannya untuk menghilangkan segala resah dan tekanan.Tiada siapa mengetahuinya.Dia berbohong kepada ayahnya atas alasan mahu berjoging.Dia tidak tahu sampai bila harus dia berbohong pada ayahnya.Terkadang rasa bersalah datang menyelubungi dirinya.Namun dia terpaksa.
Sambil dia berjalan,dia terperasan sesuatu.Dia merasakan seperti seseorang sedang mengekorinya dari belakang.Dia mencabut fon telinga sebelah kirinya dan menoleh ke belakang.'Tiada orang pun.'desisnya.Dia kembali memakai fon telinga dan menyambung perjalanannya.Walaupun masih rasa diri diekori,dia tetap berjalan,tidak menghiraukan 'dia' yang mengekori.
'Kalau dia serang aku dari belakang,aku jeritlah,lagipun ada orang juga yang jalan-jalan kat sini.'desis hati Ariana.
******
Setelah hampir 15 minit berjalan,akhirnya dia tiba juga ke destinasi yang menjadi kegemarannya.Dia terus duduk di atas bangku yang tersedia.Menikmati pemandangan pada waktu pagi yang agak sunyi dan tenang.
lebih kurang macam nilah gambarannya.hehehe😅
Fon telinga ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam poket.Dia duduk bersandar di bangku tersebut,memejamkan matanya.Hilang segala masalah,resah gelisah yang sering mengganggunya.
Lama..Ariana duduk di situ.Sehinggalah satu suara datang menyapa dari belakang.
"Hai." ujar lelaki tersebut.Ariana menoleh dan memandang lelaki tersebut.Reaksi muka Ariana langsung tidak menunjukkan minat untuk membalas kata-kata lelaki itu.
Wajah lelaki itu,ditatap buat seketika."Ada apa?" tanya Ariana selepas melihat lelaki itu buat seketika.
"If you don't mind,boleh saya duduk sebelah awak?" ujar lelaki itu.Mukanya memberi harapan supaya gadis itu membenarkannya untuk duduk di sebelahnya.
Ariana mengeluh pendek.
"Hmm...duduklah." jawab Ariana,pendek.Lalu dia berganjak sedikit memberi ruang untuk lelaki tersebut duduk.
"Thanks".Lelaki itu membalas dengan senyuman sambil matanya tidak lepas memandang Ariana.Dia kini duduk sebelah Ariana."Awak buat apa kat sini pagi-pagi macam ni?Joging ke?" Lelaki itu memulakan bicara selepas mereka terdiam,lama.
Ariana tidak menjawab.Wajah lelaki itu tidak dipandangnya.
Setelah lama berdiam diri,Ariana lantas bangun dari situ dan berlalu pergi.Meninggalkan lelaki itu keseorangan di situ.
'Aku silap cakap ke?' desis lelaki itu sambil menoleh ke belakang,memandang Ariana berlalu pergi.
'Sememangnya dunia tak benarkan aku rasa bahagia walau sekejap.Aku elok-elok duduk di situ,dia pun nak duduk jugak.Kenapa?Takde tempat lain nak duduk?Nak kata takpayah,takut terasa pulak.'desis hati Ariana sambil kaki langkah laju pergi dari situ.
Ariana sememangnya amat susah untuk didekati.Dengan ayahnya pun jarang-jarang bercakap,apatah lagi dengan orang yang baru jumpa tak sampai 20 minit itu.
Sedang kaki melangkah,sekali lagi rasa itu datang.Dia toleh ke belakang.Tiada orang.Dia sambung berjalan.Dia toleh ke belakang.Mana tahu kalau-kalau orang yang mengekorinya itu tak sempat menyembunyikan diri di sebalik pokok.Tiada orang jugak.
' I've never imagine of being this close to you.'desis lelaki itu.Ya,dialah yang mengekori Ariana sejak tadi,dialah yang duduk sebelah Ariana tadi,dialah yang sedang berdiri betul-betul di hadapan Ariana sekarang ni.
Masa seakan terhenti.
Ariana,masih tidak mengalihkan pandangan ke hadapan,sibuk tercari-cari siapakah yang mengekorinya.Ariana tidak dapat melihatnya kerana dia berselindung di sebalik kelebihan yang dia ada.Ya.Menjadi halimunan.
Lelaki itu tersenyum lebar melihat gelagat comel Ariana yang kini berdiri di hadapannya.Ariana yang mempunyai ketinggian di paras dadanya kelihatan amat comel.
Terasa sesuatu di hati kedua-duanya.
Masa berjalan seperti biasa.Ariana berlalu pergi.Lelaki itu sibuk memerhatikannya.Puas dia menatap wajah itu.Dia bahagia.
YOU ARE READING
I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔
FantasiaDaniel mengekori Ariana atau lebih dikenali dengan nama 'Rian' ke mana sahaja dia pergi.Dia menyukai Rian dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Namun apakan daya,Rian seorang yang pendiam,suka bersendirian dan bersikap dingin apabila bertemu...