"Ariana!Ohh Ariana!" Daniel menjerit memanggil nama Ariana dari luar rumahnya.Nampak seperti tak ada orang di rumah.Getusnya.Daniel awal-awal pagi lagi dah datang ke rumah Ariana.
"Ya.Kamu siapa?Nak jumpa Rian?" Daniel terus memandang ke arah lelaki yang sedikit berusia kini sudah menyarungkan selipar dan berjalan ke arahnya.
"Erk..ya.Maafkan saya pakcik sebab saya tak tahu yang ada orang kat rumah.Saya ingatkan tak ada orang tadi." terang Daniel sambil tangan kanannya mengurut belakang lehernya berulang kali.
Ayah Ariana memandang Daniel pelik.
"Ouh yeke..Ariana tu hah,jarang nak bangun awal,ngantuk sangat agaknya." balas ayahnya pula.
"Ouh kalau macam tu,takpelah pakcik.Saya balik dulu." balas Daniel sambil menghulur tangan untuk bersalam dengan ayah Ariana itu.
Baru beberapa langkah Daniel pergi,dia menoleh ke belakang semula apabila terdengar suara seseorang sedang memanggilnya.
Dia tersenyum apabila yang memanggil namanya itu adalah Ariana.Terperanjat saja dibuatnya Ariana nih.
Ariana terus berlari terkedek-kedek ke arah Daniel.
Ayahnya yang memerhati hanya tersenyum dan melangkah masuk ke dalam rumah semula.Bersyukur dia yang anaknya kini dah bahagia.
Ariana terus mendapatkan Daniel.
"Hai Rian?Tadi ayah awak cakap awak masih tidur.Cepatnya bangun mandi?Ke..tak mandi lagi ni?" kata Daniel sambil matanya melihat Ariana dari atas ke bawah.
Ariana yang melihatnya terus menunduk memandang dirinya sendiri juga.Aku nampak selekeh ke pagi ni?Hodoh ke aku hari ni?Getus hati Ariana.
"Mana ada!Saya dah mandi lah.Baik-baik sikit,okayy." balas Ariana sambil memuncungkan bibirnya.Matanya tajam memandang Daniel.
"Yelah..saya tahu,sebab awak bau wangi.Hehehe." kata Daniel sambil tersengih.
Ariana membuat muka menyampah.Haih kalau tau macam ni tak akan dipakainya minyak wangi tu tadi.
Mereka berjalan bersama.Entah ke mana nak pergi pun tak tahu.
Semasa berjalan melepasi satu lorong,tiba-tiba seseorang menekup mulut dan memeluk Ariana dari belakang supaya tidak boleh bergerak.
Daniel menoleh dengan wajah terkejut.
Orang yang 'menangkap' Ariana itu membuat isyarat seperti menyuruh Daniel supaya diam.Daniel hanya menurut sambil tersenyum.
"Emphh,emphhh..." Ariana mencuba untuk menjerit tetapi tidak boleh kerana mulutnya ditutup dengan kuat.
Tidak lama kemudian,orang itu melepaskan Ariana dan memusingkan badan Ariana supaya menghadapnya.
Ariana berasa sangat terkejut melihat perempuan yang berdiri tegak di hadapannya sambil tersengih itu.
"Lisa!?Kau buat apa kat sini!?Kenapa kau buat macam tu,hah?" tanya Ariana bertubi-tubi sambil mengemaskan rambutnya dan diselitkan ke belakang telinganya.Mukanya jelas menunjukkan yang dia sedang marah.
Lisa mencebik.
"Ala...janganlah marah.Aku..gurau je.Maklumla,sejak ada boyfriend ni,aku ni kau dah lupa." jawab Lisa sambil bermain dengan jari-jemarinya,dipusingkan badannya ke kiri dan kanan sambil menundukkan wajah.Dia membuat begitu supaya dapat meredakan kemarahan Ariana.
Ariana terdiam seketika.
"Alololo,dah merajuk pulak dia.Meh sini meh mama pujuk.Alolo syiannya diyeee." balas Ariana sambil memusingkan badan Lisa yang kini merajuk membelakanginya.Ariana membuat suara seperti memujuk budak kecil sahaja.
YOU ARE READING
I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔
FantasyDaniel mengekori Ariana atau lebih dikenali dengan nama 'Rian' ke mana sahaja dia pergi.Dia menyukai Rian dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Namun apakan daya,Rian seorang yang pendiam,suka bersendirian dan bersikap dingin apabila bertemu...