Tiba-tiba tercetus tawa yang kuat daripada Ariana.
Dia memegang perutnya kerana sakit akibat ketawa.Lawak baginya melihat wajah Daniel yang tertanya-tanya itu.
Tak lama kemudian,Daniel juga turut ketawa kecil.
"Saya kira sampai tiga,kalau awak tak berhenti ketawakan saya,saya kiss awak!" Daniel berkata sambil dia mula mendekatkan dirinya kepada Ariana.
Ariana terus rasa cuak.Tawanya yang kuat dan lama tadi terhenti.Dia melihat mata Daniel yang tak berkedip itu.
Ariana tak dapat bergerak kerana tangan Daniel dah memegang kedua-dua bahunya.
Tak lama selepas tu,mereka menyedarkan diri masing-masing.Rasa kekok pula asyik berpandangan dari jarak yang sangat dekat tu.
Mereka beralih pandangan ke tempat lain sekejap.Malu.
"Erm...kalau awak berani buat macam tu lagi,sa...saya tak nak kawan dengan awak dah!" kata Ariana tergagap-gagap.Dia masih berpeluk tubuh.
"Saya..saya minta maaf.Saya tak bermaksud pun nak buat awak rasa cuak sampai macam tu." kata Daniel sambil mengurut-urut belakang lehernya.
"Hmm...yelah.Jom cepat!Awak cakap ada something nak bagitau saya kan?" Ariana menukar topik.
"Ah...ya.Jom." Daniel berjalan beriringan dengan Ariana.
******
"Awak..nak bagitau apa?" Ariana bertanya.Sudu dan garfu yang dipegangnya diletakkan perlahan di pinggan setelah menghabiskan makan tengah harinya di restoran itu.
Daniel juga turut membuat hal yang sama.Dia menarik gelas yang berisi minuman dan minum menggunakan penyedut minuman.
Dia menolak gelas tersebut ke tepi dan mula memandang Ariana di hadapannya.
"Ermmm macam mana nak mula ea?Kejap saya nak fikir..." Daniel menongkatkan dagunya.
Ariana mula mengalihkan pandangan ke arah lain.Haih..dah naik bosan pulak.
"Mulakan jela dari mana pun.Saya tak kisah." Ariana bersuara.
"Okaylah..story dia macam ni.." Daniel kembali diam.Nak ke Ariana percayakan apa yang dia nak bagitau ni?Getus hatinya.Matanya tajam memandang Ariana.
Ariana rasa tak selesa pula.
"Kalau taknak bagitau,sudah.Saya nak balik." Ariana berura-ura hendak bangun namun Daniel menahan dia.
"Tak.Janganla pergi dulu.Meh sini saya cerita." Daniel memegang tangan Ariana.
Ariana duduk semula.
"Huh?Apadia?"
"A..awa...awak ada perasan sesuatu kat diri awak tak?" tanya Daniel tergagap-gagap.
Ariana mengerutkan dahi.
"Perasan?Perasan apa?Saya..just diri saya lah.Ada apa lagi?" Ariana menjawab.
"Sesuatu like...tanda lahir ke,apa ke yang membuatkan awak nak tahu pasalnya."
Ariana mula teringatkan tanda di lengan kirinya itu.
"Ada tu...memang lah ada,saya pun tak tahu.Tanda tu nampak pelik.Saya tak pernah tanyakan ayah saya apa maksud tanda tu.Kenapa tanya?" Ariana menjawab jujur.
Daniel mula mengeluh perlahan.
"Sebenarnya..tanda tu membawa maksud yang amat penting tau.Penting untuk awak,saya dan yang lain." terang Daniel lagi.
YOU ARE READING
I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔
FantasyDaniel mengekori Ariana atau lebih dikenali dengan nama 'Rian' ke mana sahaja dia pergi.Dia menyukai Rian dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Namun apakan daya,Rian seorang yang pendiam,suka bersendirian dan bersikap dingin apabila bertemu...