Ariana perlahan-lahan membuka matanya.Dia memandang ke hadapan.Nak diangkat tangan untuk menggosok mata tak boleh.Kenapa?Ariana memandang ke bawah.Terbeliak biji matanya.Dia diikat pada kerusi?Siapa yang culik?Kat mana dia sekarang?
Ariana kembali pandang depan,baru nampak jelas.Dilihat sekeliling,tiada orang.Dia mula rasa takut,air matanya dah bergenang.Dia nak Daniel.Dia langsung tak ingat macam mana dia diculik.Langsung tak ingat.Apa yang dia tahu,dia nak Daniel sekarang ni di sisi dia.
"Daniel!Daniel!Awak kat mana?!Daniel!" jerit Ariana sekuat hati,matanya mula mengeluarkan airmata yang mencurah-curah turun ke pipi.Dia dengar bilik yang didudukinya itu bergema setiap kali dia menjerit memanggil nama Daniel.
Dilihat sekeliling lagi.Tiada orang jugak.Ariana mengeliatkan badannya,mengharapkan tali yang besar dan kuat mencengkam tubuhnya di kerusi itu terbuka.Namun tak berjaya.
"Tolong!Tolong!" Ariana menjerit meminta pertolongan pula selepas Daniel tak memunculkan diri pun.
Lama lepas tu,Ariana dengar bunyi tapak kasut seseorang.Dengar macam datang dari arah belakangnya.Mungkin pintu keluar menghadap belakangnya.Ariana diikat betul-betul di tengah satu bilik yang luas,di bawah satu lampu yang tergantung di atas siling di atas kepalanya dan kerusi itu menghadap ke luar tingkap.
Makin lama Ariana rasa orang tu mula mendekatinya dari arah belakang.
"Kau boleh tak diam?" Ariana tersentak dan kepalanya automatik ditoleh ke belakang untuk melihat siapakah suara tu.Ianya suara seorang perempuan.
Ariana terkejut apabila...perempuan tu...Victoria?!
Terus Ariana menjerit kuat dan merenjaskan kakinya ke depan minta dilepaskan.Tindakan itu membuatkan Victoria berang dan mula merentap kuat rambut Ariana ke belakang.Ariana menjerit kesakitan.Kepalanya terdongak ke atas,dia tahan sebab mata dia terbuka menghadap lampu terang yang tergantung di siling atas kepalanya tu.Silau mata dia.
"Kau nak apa dari aku,perempuan!" Ariana menjerit juga mengatakan itu walaupun sakit yang dialaminya sekarang ni memang tak tertahan.Rasa macam nak tercabut kulit kepala apabila Victoria menguatkan lagu rentapan di rambut dia.
Lepas tu,Ariana dengar,Victoria mula ketawa jahat.
"Aku cakap perlahan,elok-elok je dengan kau.Aku cuma suruh kau diam.Yang kau menjerit buat apa?!" jerkah Victoria dan dia melepas dan menolak kuat kepala Ariana ke hadapan membuatkan semua rambut Ariana menutupi sebahagian wajahnya yang dah mula berpeluh.
"Aku...bukannya apa..aku nak...bercerita dengan kau.Kau tau tak?Aku kan...ada baaaaanyak cerita nak share dengan kau.Hehe tak sabar nak cerita kat kau." kata Victoria,cara dia menuturkan semua tu memang macam orang tak waras dan psycho.Victoria menutur perlahan sambil dia berjalan mengelilingi Ariana yang dah mula tercungap-cungap marah.Dia berpeluh,habis semua rambut melekat pada muka.Direnjaskan lagi diri pada kerusi,mengharapkan tali itu terbuka namun tidak boleh.Dia tahu.
Mata Ariana turut bergerak mengikut langkah Victoria yang berjalan mengelilingi dirinya itu.
"Aku tak nak dengar apa-apa dari kau,betina tak guna!" kata Ariana.Dia cakap sekuat hati supaya Victoria terasa sakit hati namun Victoria hanya melepaskan tawa kecil dan senyum jahat.Dia tak kisah Ariana nak maki caci dia sekali pun.Dia ada kuasa kan.
"Shh,shhh,diam sayang.Aku nak mula cerita ni...kau dengar,k." kata Vitoria.Langkah dia terhenti seketika di belakang Ariana dan dia membelai lembut rambut Ariana,ditarik ke belakang telinga supaya tak tutup muka dia sepenuhnya.Ariana hanya mampu menarik wajahnya ke kiri dan kanan daripada disentuh oleh Victoria tapi Victoria berkeras juga hendak memegang rambutnya.
"Kau tau tak...yang....masa Lisa,kau dan Daniel keluar makan tu?Yang...alah...yang Lisa geselkan muka dia dekat tangan kanan kau tu?Kau ingat tak?" kata Victoria.Kini dia berdiri di hadapan Ariana sambil bermain-main dengan kukunya.Kadang-kadang dia menggigit kukunya itu.
Ariana mengerutkan dahi.Memang benda tu ada terjadi dulu,tapi apa kaitannya dengan perempuan ni?Ariana berfikir sambil matanya tajam memerhati wajah perempuan yang tengah menggila depan dia ni.
"Mesti kau ingat kan...?Aku yakin,lepas daripada tu,mesti kau ada rasa sakit kat bahagian lengan kau tu kan?Kononnya dekat bahagian....tanda lahir kau?Kan?"
Ariana mengerutkan dahi lagi.Apa yang dikatakan Victoria semuanya betul.Tapi...kenapa?Bagaimana?
"Kau tak payah susah-susah nak perah otak kau memikir kenapa dan sebab apa,sebab....itu bukan Lisa,tapi aku!Aku menyamar jadi dia hari tu!Hahahaaaahaaa" Victoria ketawa mengilai dan mula mendekati Ariana.Dia meletakkan kedua tangan dia atas tempat untuk meletak tangan di kerusi itu dan dia menunduk supaya wajahnya menghadap Ariana.Wajah dia dan Ariana rapat sangat.Ariana mula cemas dan takut.Makin berpeluh wajah dia.Dia berfikir apa motif Victoria lakukan semua tu?Menyamar sebagai Lisa?
Entah mengapa,mata dia seolah-olah dipengaruhi mata Victoria.Dia tak boleh kerdipkan mata dia masa ni,cuma mata dia tetap memandang ke dalam mata Victoria.Kenapa?Victoria mengawal mata dia kah?
Perlahan-lahan,suasana sekeliling Ariana terasa kelam.Apa yang dia nampak sekarang ni cumalah anak mata Victoria yang semakin mencerah kemerahan menusuk ke dalam matanya.
Ariana berkerut kening.Kenapa dia tak boleh mengalihkan pandangan tu?Kenapa?Dia tak nak pun pandang mata tu tapi dia dah terpengaruh.Masa itu jugalah dia teringat suatu peristiwa tu di mana mata dia dipengaruhi macam ni jugak.Tapi nasib baik masa tu Daniel sempat menghalang.Tapi sekarang,Daniel tak ada.
Victoria semakin senyum jahat.Dia dah sampai ke puncak kejayaan dia.Dia nak ambil alih semua kuasa Ariana dan dia akan berkuasa sepenuhnya untuk dunia kegelapan dia.Akan dia takluki sepenuhnya dunia fantasi tu yang sepatutnya dah jadi milik keluarga dia suatu masa dulu tapi semuanya dirampas oleh keluarga Daniel.
Ariana semakin....lemah.Fikiran dia....entah ke mana.Dia semakin hanyut dalam pandangan Victoria padanya.
Semuanya terhenti serta merta selepas itu apabila mereka berdua terdengar bunyi sesuatu yang kuat tak jauh dari situ.
Terlepas Victoria daripada perancangan jahat dia tadi.Dia berlari ke arah pintu,meninggalkan Ariana di situ yang dalam keadaaan terpinga-pinga,cuba disesuaikan semula diri dengan suasana sekeliling.
Victoria mendengus geram.Siapa pulak yang ganggu rancangan dia ni?!Dia menumbuk kuat dinding bilik tu.
Ariana hanya tertunduk lemah di kerusi tu.Dia rasa Victoria dah keluar dari tempat tu,sebab sunyi je.
Ariana pandang ke arah kirinya dan matanya terbuka luas,air mata mula mengalir,senyuman terukir dan kepala dianggukkan perlahan apabila orang yang dia lihat sekarang ni memberi isyarat supaya tak keluarkan suara ataupun menyebut namanya.
Daniel!Jerit Ariana dalam hati.Dia gembira teramat sangat.Daniel datang selamatkan dia.Tapi....dengan siapa pula Victoria bertarung di luar sana?Dengar bunyi macam jeritan Victoria kuat di luar sana.
Dia tak hirau,wajahnya hanya tunduk memerhati gerak tangan Daniel yang semudah dan secepat itu je membuka ikatan di badan dia pada kerusi tu.
Lepas dah buka ikatan,terus Ariana turun ke bawah,melutut sama dengan Daniel dan memeluk Daniel seerat-eratnya.Secara tak sengaja terkeluar suara tangisannya di bahu Daniel.
Daniel yang duduk melutut itu memeluk Ariana erat juga dan dia mengusap perlahan belakang dan kepala Ariana.
"Shhh,shhh,saya ada sini.Jangan takut,okay?Semuanya akan okay tak lama lagi.Saya janji." kata Daniel.Ariana hanya mengangguk perlahan di bahu Daniel.Ariana sedaya upaya menahan daripada tangisan dia daripada terbunyi kuat.Dia hanya mengeratkan pelukan dia pada Daniel dan menangis.Tak tahu bagaimana nak gambarkan rasa takut dia yang sekarang ni.Dia berfikir apakah akan berlaku pada dia kalau Daniel tak datang.Mungkin semuanya akan dimenangi Victoria.Dia takut.
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi seseorang melangkah ke arah mereka.
Mereka terkejut.
To be continued...
YOU ARE READING
I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔
FantasyDaniel mengekori Ariana atau lebih dikenali dengan nama 'Rian' ke mana sahaja dia pergi.Dia menyukai Rian dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Namun apakan daya,Rian seorang yang pendiam,suka bersendirian dan bersikap dingin apabila bertemu...