Pagi ini.Seperti biasa Ariana memulakan harinya.Ketika sedang berjalan di laluan pejalan kaki sebaik sahaja keluar dari rumah,dia berjalan untuk ke tempat yang akan dikunjunginya setiap hari.Setiap pagi.
Ketika sedang berjalan,dia ternampak Daniel yang berada di jalan bertentangan arah dengannya yang sedang melambaikan tangannya dengan teruja memanggil Ariana.
'Lebih baik aku pergi jumpa dia,daripada nanti terus-terus je dia ikut aku ke sana sini.' omel Ariana sendirian sambil menunggu melihat kenderaan yang lalu-lalang,untuk melintas.
Apabila sudah berjalan sehingga ke pertengahan jalan,dia dikejutkan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang meluncur laju ke arahnya.Mujur,sempat dia mengelak walaupun berada di tengah-tengah jalan.
Sempat dia mengusap-usap dadanya,terkejut dan lega dapat elak diri daripada dilanggar oleh kereta itu tadi.
Daniel yang menunggunya melintas,sedikit terkejut dengan kejadian itu.'Mujur dia sempat mengelak.' desis hati Daniel.
Selepas melintas jalan,Daniel terus pergi mendapatkan Ariana.
"Awak okay ke?Ada luka kat mana-mana tak?" tanya Daniel,dalam nada risau.
"As you can see now,tak ada apa-apa pun.Cuma...terkejut sikitlah dengan cara pemandu tu bawak kereta.Memang tak berhemah langsung." omel Ariana membuatkan Daniel yang berdiri di hadapannya tersenyum.Tersenyum dengan gelagat Ariana yang memuncungkan bibirnya sambil meluahkan rasa tidak puas hatinya pada pemandu tadi.
"Okaylah,syukur awak tak apa-apa.Jom,kita sarapan,saya belanja." ajak Daniel.
"Hmm...okaylah." jawab Ariana sambil memulakan langkahnya.Dia berjalan beriringan dengan Daniel.
********
"Rian?Rian?" panggil Daniel sambil tangannya dilambaikan di hadapan wajah Ariana.
Ariana termenung sambil matanya melihat nasi di dalam pinggan yang dikuis-kuisnya dari tadi dengan sudu.
"Ya?Ada apa?" Ariana sedar daripada lamunannya apabila perasan tangan Daniel yang dilambaikan di hadapan mukanya.Mukanya kini didongakkan untuk melihat wajah Daniel.
"Kenapa tak makan nasi tu?Makanlah...kalau tak makan,nanti nasi tu menangis.Sian dia...takde sapa yang sudi makan." Daniel mengusik sambil memujuk.
Tanpa menjawab apa-apa,terus Ariana menyuapkan nasi ke dalam mulutnya namun fikirannya entah ke mana juga.Memikirkan hal semalam.
'Perlukah kalau aku pergi cari mak?Tapi....mak ada kat mana?' desis hatinya sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.
Mereka berdua diam membisu sehingga kedua-duanya selesai makan nasi lemak yang dipesan mereka.Minuman juga dihabiskan.
'Sian Ariana,laparlah tu.Mesti tak makan sebelum keluar tadi.' desis hati Daniel,memerhati pinggan Ariana yang sudah licin itu.Daniel hanya tersenyum.Puas melihat orang yang disukainya itu sudi mengikutinya untuk bersarapan.
*****
"Awak tinggal dekat mana?" tanya Ariana sambil wajahnya tenang memandang tasik luas yang terbentang di hadapannya itu.
Mereka terus ke tempat kegemaran Ariana selepas makan di kedai itu tadi.
"Dekat-dekat sini je.Kenapa awak tanya?" Daniel menyoalnya semula.
"Ouh yeke.Sebab saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni?Baru pindah ke?" kini Ariana menyoal sambil menoleh memandang wajah Daniel.
"Ha'ah,baru sebulan saya tinggal kat sini.Saya tinggal dengan adik saya je,mak ayah saya dah takde." Daniel menjawab perlahan.
"Hmm...sorry,saya tak tahu pulak.Cuma...boleh saya tanya sesuatu?" Ariana memandang wajah Daniel,berharap yang lelaki itu mahu menjawab soalannya.
'Amboi-amboi,Rian.Kenapa kau tetiba jadi ramah pulak ni?Hmm...biar jelah.Sekurang-kurangnya aku tahu dia ikhlas ke tak.' desis hati Ariana.
"Takpa.Saya dah boleh terima dah.Apa yang awak nak tanya tadi?" Daniel membalas sambil tersenyum memandang tepat ke wajah Ariana yang duduk di sebelahnya.
"Kat sini...banyak perempuan lain yang awak boleh buat kawan.Diorang tu...jauh lebih cantik,peramah dan baik lagi.Kenapa saya yang awak pilih?" kini Ariana mengalihkan pandangan ke hadapan semula.
"Sebab...sejak saya pindah lagi,saya selalu nampak awak asyik berjalan sorang-sorang kat sini.Lagipun setiap hari awak datang sini kan?" jawab Daniel.
"Ya..memang saya setiap hari datang sini.Awak tak jawab lagi soalan saya.Kenapa awak pilih saya sebagai kawan awak?Sedangkan sah-sahlah saya ni nampak amat membosankan." kata Ariana,berharap Daniel mengubah fikiran untuk tidak berkawan dengannya,supaya dia tidak diganggu lagi.Dia lebih suka hidup bersendirian daripada mempunyai kawan.
"Saya selalu nampak awak keseorangan.Jadi...apa salahnya saya jadi kawan awak?Tempat awak luahkan segala perasaan.Bukan macam yang lain,asyik bersuka ria je.Kan?" Daniel mempertahankan kata-katanya itu.
Kata-kata itu membuat Ariana dan Daniel saling berpandangan buat seketika.
"Tak bosan?Kawan dengan saya?" Ariana menyoal lagi.
"Tak.Saya berjanji pada diri saya,yang saya akan jadi kawan awak yang paaaaaaling baik,memahami dan,saya berjanji yang saya akan buat awak tersenyum suatu hari nanti." balas Daniel,sambil tangan kanannya diangkat seperti sedang berikrar.
"Perlu ke?I don't need anybody to make me smile." balas Ariana,selamba.
"Of course you need.And the person is me.I'm the one who will make you smile one day.I promise you." kata Daniel.Tangannya masih tidak diturunkan lagi.
"Whatever.Buat apa yang awak nak,cuma satu...saya takkan mudah macam tu je terima awak as my friend,okay?" balas Ariana lagi,tidak mahu mengalah.
"Saya tak kisah.Saya nak jugak kawan dengan awak.Dulu,kini dan selamanya." jawab Daniel sambil tersengih.
Mereka meneruskan perbualan sehinggalah kedua-duanya bangun dan bersiar-siar di kawasan tersebut.
'Hmm degil betul dia ni.Baru je muncul kat kawasan ni,dah buat macam tahu semua.Siapa sebenarnya dia ni?Senang-senang je nak minta berkawan.' desis hati Ariana.
YOU ARE READING
I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔
FantasyDaniel mengekori Ariana atau lebih dikenali dengan nama 'Rian' ke mana sahaja dia pergi.Dia menyukai Rian dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Namun apakan daya,Rian seorang yang pendiam,suka bersendirian dan bersikap dingin apabila bertemu...