Part 16-I'll show you

1.9K 84 2
                                    


Daniel tersenyum simpul sahaja.

"I love you more than everything,Rian." kata Daniel.

Ariana yang duduk di sebelahnya sedikit terkejut.Diakah yang mengungkapkan 'tiga kata' itu tadi kepada Daniel?

"Haish...saya tahu..yang saya ni memang kacak.Janganlah awak tenung saya sampai macam tu.Malu saya tau." Daniel berkata sambil tersenyum simpul.Pura-pura malu di hadapan Ariana yang kini ralit melihat wajahnya.

Ariana yang sedar dari lamunan terus mencebikkan bibirnya.

"Yelah..saya mengaku memang awak kacak,kacak macam Danial Padilla tu.Dahla nama pun sama."

Daniel mengerutkan dahi.Dia tak kenal siapa Danial Padilla yang disebut Ariana tu.

"Humm dia tu pelakon Filipina lah.Tapi apa-apa pun,awak lagi kacak daripada dia.Hehehe..." balas Ariana sambil tersengih.

Daniel hanya meng 'ouhkan' sahaja.Mulutnya terlopong tanda faham.

Ariana tergelak kecil melihat kecomelan Daniel tu.Terus dia mencubit lembut pipi Daniel.

"Lembut lah pipi awak ni.Geram saya tengok." kata Ariana sambil membuat muka geramnya.

"Tau..memang lembut dari dulu lagi haa.Meh sini,pipi awak lagi lembut.Gebu pulak tu." kini giliran Daniel pula mencubit lembut pipi Ariana.

Mereka ketawa gembira sehinggalah roda ferris itu berpusing hingga tiba giliran mereka untuk keluar.

******
Mereka seronok bermain dan meluangkan masa bersama sehinggalah lewat malam.Gula-gula kapas,coklat,makanan semuanya banyak dimakan Ariana sepanjang hari itu.Daniel hanya tersenyum bahagia dan sanggup melayan karenah Ariana sepanjang hari tu.

"Saya ngantuklah...." kata Ariana.Tangannya kini elok sahaja terlingkar di leher Daniel.Daniel mengendong Ariana di atas belakangnya.Kalau dibiar Ariana berjalan sendiri,terpaksalah dia tengok lagi Ariana yang 'mabuk'.Dia tak kisah kerana Ariana bukanlah berat mana pun.Lagipun takkan terjejas apa-apa pada Daniel kerana tubuhnya yang sasa itu.

Daniel kesiankan Ariana.Namun dia bahagia.Walau Ariana letih seharian di funfair,namun dia tak kisah.Mereka menikmati masa mereka bersama.

"Tidur lah dulu,saya ada kat sini.Saya hantar awak sampai rumah,ok?" soal Daniel sambil mukanya ditoleh sedikit melihat Ariana di belakang.

Ariana dah diam.Bermakna dia dah tidur.Ngantuk betul dia.Daniel perasan yang di tangan Ariana terdapat beberapa keping gambar kenangan dia dan Ariana.Kemas sahaja berada dalam genggaman Ariana.

Daniel tersenyum lebar.

Ketika sedang berjalan,langkah Daniel terhenti apabila dia melihat sesuatu.

"Bahagia kan kau sekarang?Dengan budak bodoh ni hah?" kata seorang wanita yang kini berjalan memusing mengelilingi Daniel.

Daniel masih setia mengendong Ariana di belakangnya.

"Kau nak apa?Aku punya bahagia aku punya pasallah,kau sibuk kenapa?" soal Daniel sambil matanya terus mengekori pergerakan wanita itu.

"Ini Victoria lah Daniel.Ikut suka aku lah nak buat apa pun.Nak bunuh budak tu sekarang pun,boleh sangat-sangat.Tangan aku ni dah lama tak bermain dengan darah orang tau." kata wanita itu sambil menunjukkan jari-jemarinya.

Daniel dah mendengus geram.

"I thought we're friends,tapi disebabkan kau!Hancur semuanya!" jerkah Daniel.Dia tak kisah suaranya kuat sekalipun,lagipun hari dah lewat malam.Dah tiada siapa dah kat luar sekarang ni.Semua orang sedang asyik terbuai dalam mimpi manakala dia perlu menghadap orang yang sememangnya dia taknak hadap langsung ni!

Matanya tajam memandang Victoria.

Victoria hanya tersenyum jahat.

"Oh ya?We used to be friends?Bila?Ah...boleh tolong ingatkan?Sebab aku memang tak ingat!" jerkah Victoria sampai Daniel terdorong sedikit ke belakang.

Sememangnya Victoria takkan lepaskan Daniel pergi macam tu sahaja.

Tanpa pilihan,dia menyandarkan Ariana di dinding bangunan yang terdapat di situ.Ariana bergerak sedikit,namun lengannya ditepuk-tepuk perlahan oleh Daniel supaya dia tak terjaga.Biarlah Daniel yang tercedera,biarlah dia yang sakit,tapi bukan Ariana!Dia sanggup sakit demi Ariana.

Daniel terus menghadap Victoria sambil mendengus geram.

"Kenapa?Marah ke?Janganlah marah,my dearest friend.Oops!Silap,BEKAS KAWAN!"  kata Victoria separuh mengejek sambil menutup mulutnya.

Daniel mendengus geram.Dia dah tak tahan lagi!Memang Victoria pernah menjadi sahabat,kawan karibnya tapi selepas apa yang dibuat oleh Victoria,sememangnya sesuatu yang tak boleh dimaafkan!

Daniel terus menggunakan kuasanya dan terus menolak Victoria jauh beberapa meter ke hadapan.Tangan Daniel jelas menunjukkan urat-urat yang bercahaya.Dadanya yang sasa itu turun dan naik menahan marah.

Victoria bangun selepas merasai dirinya teruk terhempas di atas jalan raya.Dia tak putus asa.Dia bangkit dan mendekati Ariana pula.Dia tak kira.Dia perlu juga dapatkan apa yang dia nak daripada Ariana tu!

Daniel yang nampak Victoria semakin menghampiri ke arah Ariana itu terus melangkah laju ke arah Victoria.

Tanpa berfikir panjang,dia terus mencekak leher Victoria sehingga kakinya sedikit naik ke udara dan..Daniel terus menghempaskan Victoria ke dinding bangunan.

Sesekali Ariana bergerak namun dia tak terjaga.Nasib baik.

Badan Victoria kuat menghempas ke dinding sehingga dia terjatuh lemah ke atas tanah.

Puas hati Daniel masa tu!Jangan pernah ada sapa-sapa yang berani hendak naikkan darahnya!Sememangnya dia akan belasah habis-habisan!

Daniel melangkah ke arah Victoria yang dah mula bangkit lemah sambil ada darah keluar terus dari mulutnya.

"Mana perginya kuasa kau yang kononnya hebat tu hah?!Mana?!" jerkah Daniel.

Victoria mendongak memandangnya tajam.Dia masih cuba untuk bangkit namun tak boleh.Nak bercakap pun dia dah tak mampu kerana dipenuhi darah.

"Ka...ka...kau mung..kin menang hari...ni.Tapi..ak..aku tetap ak..akan datang tuntut hak aku." kata Victoria.Ada hati lagi hendak berkata begitu di depan Daniel sedangkan dirinya dah tak mampu bangun lagi.

"Kau dan angan-angan bodoh kau tu boleh blah!" jerkah Daniel.

Selepas itu dia mendekati Ariana yang masih tidur itu.Pipi gadis itu dielus lembut sebelum dia memeluk erat gadis itu dan terus hilang dengan penggunaan kuasanya.

Sebelum hilang,Daniel sempat memandang Victoria sekilas.Nampaknya perempuan tu memang dah lemah.

'Aku akan balas dendam' bisik hati jahat Victoria.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now