Part 31

1.4K 66 0
                                    


Tok!Tok!Tok!

Terus Daniel dan Ariana serentak toleh muka ke arah pintu.Ariana melepas nafas lega,belum sempat Daniel nak cium dia tadi.Hampir-hampir je.

"Siapa pulak yang datang?" soal Daniel perlahan,dan dia gerak ke depan untuk membuka pintu,nak lihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu tu.

Ariana still bersandar pada dinding dengan kening yang berkerut.

'Tak mungkin lisa.' katanya dalam hati dan dia turut melangkah ke pintu bila dia perasan yang Daniel seakan sedang membaca sesuatu.Macam surat.

"Siapa bagi surat tu?" soal Ariana membuatkan perhatian Daniel pada kertas tu mati.Daniel mengerutkan kening dan dia memandang wajah Ariana yang inginkan jawapan tu.

"Entahlah...dalam surat ni tulis...at Mega Park?Tonight?12a.m.Jap..awak ada boyfriend lain ke?" soal Daniel ragu-ragu.Ariana mula gelengkan kepalanya laju-laju.Diambil surat tu dari tangan Daniel dan dibaca berulang kali.

'Tulisan tangan siapa ni?Bukan Lisa.Aku takde kenalan lain.Jadi,ni tulisan siapa?Nama pengirim pun tak ditulis?' kata Ariana dalam hati,selepas baca dia lihat belakang kertas.Tiada nama.Just arahan tu je.

"Saya pun tak tahulah,Daniel.Awak sendiri pun tahu kan,saya ni bukannya jenis berkawan sangat dengan orang.Tak mungkinla saya nak ada boyfriend lain selain awak,kan?" katanya untuk meyakinkan Daniel yang kelihatan curiga saja pada diri dia.

"Mesti sesuatu dah dirancang untuk ni.Takpe...awak pergi je malam ni,okay?Saya ikut dari belakang.Biar,saya nak lihat siapa dia orang tu." kata Daniel,Ariana rasa lega.Daniel tak meraguinya dan dia senyum mengangguk.

"Jangan tinggalkan saya,okay?Saya takut....dahla jam 12 tengah malam.Taman tu pulak mesti sunyi waktu macam tu." kata Ariana dengan wajah penuh kerisauan.Daniel bertindak memeluknya.

"Saya takkan tinggalkan awak sorang-sorang.Kalau saya nampak orang tu mula buat jahat pada awak,saya serang dan bawa awak balik rumah.Okay?" pujuk Daniel.Daniel dapat rasakan kepala Ariana yang mengangguk perlahan di dadanya.

'Mesti ada sesuatu.Aku tak boleh leka.Aku takkan tinggalkan Ariana sorang-sorang kat situ.' katanya dalam hati.Dia akui yang dia banyak lalai sebelum ni dalam menjaga Ariana.Ariana hampir kemalangan,Ariana hilang keyakinan diri,semuanya sebab dia.Daniel rasa bersalah yang dia tak dapat jadi macam yang Ariana harapkan.Tapi jangan harap kali ni!Daniel akan jaga Ariana elok-elok.

****

11:45 p.m.

"Daniel,baju mana patut saya pakai nak pergi jumpa orang tu?" soal Ariana,di kedua tangannya ada dua pasang baju,macam nak keluar pergi majlis istimewa je.Daniel yang berdiri di dalam bilik Ariana tu mengerutkan kening.

"Hailah cik Ariana saya sayang...awak nak keluar dating ke awak nak jumpa.. stranger?Kenapa nak pakai cantik-cantik ni?Tak perlulah." katanya selamba sambil kedua tangan disilangkan di dada bidangnya.Dia bersandar pada dinding bilik Ariana,dari tadi lagi sebab Ariana yang suruh.Sebab nak pilih baju katanya.

Ariana mencebik dan tak lama lepas tu bibirnya tersengih.Daniel berasa pelik.

"Why sengih-sengih?" soal Daniel.

Ariana dah keluarkan suara 'hehehe' nya tu.

"Betul jugak,kan...hehehe...yelah,saya pakai hoodie dengan seluar track ni saja dah lah.Okay tak?" soalnya.Kali ni bunyi macam nak bermanja saja.Daniel tersenyum dan mula melangkah ke arah Ariana.

Ariana mula rasa tak keruan bila Daniel mula melakukan benda macam tadi.Dia cerdik,dah tak nak undur belakang dah.Nanti Daniel kunci dia kat dinding dan start nak kiss dia lagi.Dia taknak walaupun Daniel dah pernah cium dia.Sekali.Dia taknak second kiss okay.

"Erk...dahlah,jom.Nanti lambat pulak nak jumpa orang tu." kata Ariana dengan suara terketar-ketar dan dia menolak badan Daniel ke belakang.Saja dia menukar topik.

Daniel terlepas ketawa.Ariana menyampah dah dengan dia ni.Ariana bersiap cepat-cepat dan tinggalkan Daniel sorang-sorang ketawa dalam bilik tu.

Bila sedari diri ditinggalkan seorang,baru dia berhenti ketawa dan keluar.

****

12:05a.m.

"Takde orang pun?" kata Ariana pada Daniel.Daniel hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Saya tak kena tipu kan?" soalnya lagi.Daniel menggelengkan kepala sambil kepalanya dipusing ke kiri kanan mencari orang tu.

"Alah...jom baliklah.Dia tipu kita kot.Dah jam 12:10 minit ni..." Ariana merengek.Tangan dia erat memegang lengan Daniel,ditarik-tarik macam budak kecil.Dia nak balik rumah.

Daniel tak berkata apa-apa.

"Saya rasa dia tak tipu.Saya rasa...dia nak jumpa awak sorang je kut.Takpelah..awak duduk sini.Saya perhatikan awak dari pokok sana,okay?" kata Daniel untuk meyakinkan dan menyedapkan hati Ariana.Ariana dah tersebek nak nangis.Dahla taman ni gelap-gelap,orang pun takde dah sebab dah lewat malam,kan?Dia takut...

"Taknak,nak balik.Jomla..." kata Ariana lagi.Rengekannya juga makin kuat kedengaran di telinga Daniel.

Daniel bertindak dengan memegang kedua lengan Ariana dengan badan Ariana menghadap dirinya.Ariana mendongak memandang mata dia.

"It's okay...saya janji saya akan selalu ada kat sini,saya tak tipu...." janji Daniel.

Ariana geleng-geleng kepala lagi.

Entah bagaimana Daniel memujuk,akhirnya Ariana akur dan dia berdiri di situ dengan sisa tangisannya masih berbaki.

Daniel perlahan-lahan melepaskan genggaman tangan dia dari Ariana dan pergi bersembunyi di sebalik pokok yang tak jauh dari Ariana.

'Aku tahu...' kata Daniel dalam hati dia.Mata dia tajam memerhati siapa yang akan datang.Kalau orang tu tak datang dalam masa 10 minit,dia akan tarik Ariana dan pulang.

Ariana berdiri di situ dan menanti kehadiran orang tu.Dia rasa nak nangis.Dia takut sangat sekarang ni.Dia nakkan Daniel di sisi dia.

Daniel mengeluh perlahan di situ.Entah mengapa...matanya jadi kabur sikit.Dia gosok-gosok matanya dengan belakang tapak tangan,namun kabur juga.

'Takkan aku dah rabun...?' katanya dalam hati.Walaupun kabur dia tetap perhatikan Ariana,nampak juga walaupun kabur.

Tak lama lepas tu,matanya jadi jelas kembali.Mata dia kembali tajam melihat Ariana,tapi....

Ariana hilang?

Daniel keluar dari tempat persembunyian dan meluru ke tempat Ariana berdiri tadi.Dia menggaru-garu kepala dia yang tak gatal.Dia serabut.Merata tempat dia pergi cari Ariana di taman tu,namun tak ada juga.

Dia berdiri di satu tempat dan dia melepaskan geram dengan menumbuk di batang besar sebuah pokok.Muka dia tak ada riak macam sakit.

"Aku dah agak dah!Memang benda ni akan jadi!" jerit Daniel.Dia merengus geram.Dia dah agak semuanya.Mesti ni semua angkara perempuan durjana tu.

Siapa lagi kalau bukan...Victoria?

"Ariana please...jangan tinggalkan saya.Maafkan saya,Ariana...tak kira apa pun,saya akan cari awak sampai dapat." gumam Daniel sendirian.Dah semua pelosok tempat dia cari,dan dia pasti yang Ariana dah diculik.

To be continued...

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now