Part 11-I'm Happy

2.6K 115 1
                                    

Pagi itu Ariana bangun dengan hati yang riang.

Dia bangun duduk di atas katilnya dan mengeliat lama.Dia meregangkan badannya dengan memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan.Dia menguap kecil sebelum dia bangun dan berjalan menuju ke bilik air.Dia menarik tuala yang tersangkut di belakang pintu biliknya itu.

Selepas siap membersihkan diri,Ariana memakai t-shirt lengan panjang berwarna hitam dan seluar panjang hitam.Dia menyikat rambutnya dan mengikat dengan kemas.

Dia mengemaskan sedikit rambutnya di hadapan cermin almari itu dan menapak keluar daripada biliknya.

"Hai ayah!" kata Ariana dengan girangnya sambil memeluk ayahnya yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja.Ayahnya sedikit hairan dengan perangai anaknya pagi itu.

"Aik?Rian?Kenapa bahagia semacam je ayah tengok?Ada apa-apa ke yang ayah tak tahu?" balas ayahnya yang kini berdiri di hadapan Ariana.

Ariana mencebik sedikit.

"Ala ayah ni,bukannya selalu mood Rian nak jadi elok tau!" balas Ariana sambil memuncungkan bibirnya.

"Yelah,yelah,ni anak ayah nak pergi mana ni?" tanya ayahnya.

"Erm..nak keluar dengan kawan?" kata Ariana.

"Kawan ke boyfriend?Kalau dengan kawan,tak pernah pun Rian macam ni.Bila Lisa datang rumah,biasa je Rian." kata ayahnya sambil mengusap perlahan rambut anaknya itu.

Ariana menoleh ke kiri seketika sambil mengurut-urut belakang lehernya.Tidak tahu jawapan apa harus diberi kepada ayahnya.

"Bye!Rian pergi dulu!Sayang ayah!" Ariana tak menjawab dan terus berlari ke muka pintu sambil melambaikan tangan pada ayahnya.

Ariana hilang daripada pandangan.Ayahnya yang masih kaku di situ hanya menggelengkan kepala dan tersenyum.Bahagia dia melihat anaknya itu bahagia.

Ariana berjalan dengan hati yang riang sebelum matanya terus ternampak Daniel yang berada di jalan arah bertentangan.Daniel yang ternampaknya terus melambaikan tangan.

Daniel mengangkat tangan kanannya menandakan yang Ariana tak perlu melintas untuk pergi kepadanya,sebaliknya dia yang akan pergi sendiri kepada Ariana.

Ariana hanya mengangguk laju sambil senyuman di bibir masih tidak lekang.

Setelah melintas jalan,Daniel terus mendapatkan Ariana.

"Hai Rian!" kata Daniel sambil memberi Ariana satu senyuman yang amat manis di mata Ariana.

"Hai..." balas Ariana meleret.

"Jom.Kita pergi jalan-jalan.Kita makan,kita berbual,nak?" kata Daniel yang mula menarik tangan Ariana perlahan.

Ariana hanya mengikut Daniel dan berjalan beriringan dengannya.

"Mestila nak...awak kan kawan saya sekarang ni?Apa-apa pun,we'll be together." kata Ariana sambil mukanya menoleh ke kiri untuk melihat wajah Daniel.Kepalanya didongakkan sedikit kerana Daniel yang terlalu tinggi untuknya.

Daniel menoleh memandangnya juga sambil tersenyum.

Mereka berjalan hinggalah tiba di satu kedai makan.Masing-masing sudah lapar sangat.Makan dulu baru pergi bersiar-siar.

*****

"Awak tahu tak?Saya...bahagia sangat sekarang ni.Terima kasih tau." kata Ariana.

Mereka kini berada di tempat yang selalu dikunjungi Ariana itu.Selepas sarapan,mereka terus ke situ bersama-sama.

"Saya tahu...tak perlu berterima kasih,saya memang berniat nak buat awak bahagia and now..dream became true." balas Daniel.Dia menginjakkan kedudukannya supaya lebih rapat dengan Ariana.

Ariana yang duduk di sebelahnya hanya tersenyum simpul.

"By the way,macam mana saya sampai rumah semalam ea?Tak ingat pulak saya,tahu-tahu je dah ada dalam bilik." tanya Ariana sambil mengerutkan dahinya.

Daniel terus mengaduh sakit sambil memegang pinggangnya.Mukanya dibuat seperti orang yang tengah menahan sakit.

Ariana mulai cemas.

"Daniel,awak okay tak?Daniel?Daniel?Janganla buat saya risau macam ni please.." kata Ariana sambil menggoncangkan sedikit bahu Daniel.

Daniel masih lagi menahan sakit.

Kepalanya ditolehkan ke kiri dan kanan,mencari orang untuk meminta tolong.

Daniel yang tertunduk-tunduk seperti tahan sakit terus menjeling sedikit ke arah Ariana yang masih ralit mencari orang.

Tiba-tiba Daniel terus ketawa kuat sambil memegang perutnya.

Ariana hanya memerhatinya tajam.Dia tipu aku?Getus Ariana.

Dia mula mengecilkan kedua-dua matanya,tidak puas hatinya ditipu oleh Daniel.Penat dia merasa risau tadi rupanya ditipu.

Melihat Daniel yang masih asyik ketawa,Ariana mengambil kesempatan untuk mengenakannya semula.

Ariana terus mencubit lengan Daniel,lama.Puas hatinya melihat wajah Daniel yang dah berkerut menahan sakit.

"Ah!Ah!Sakit la Rian.!" kata Daniel sambil menarik tangan Ariana supaya melepaskan cubitannya.

Ariana melepaskan cubitan kecilnya itu.Ariana mengetap giginya tanda dia puas hati.

"Haaaaa....tula!Tipu orang lagi!Dari tak sakit,tak pasal-pasal dapat sakit 'free' je.Seronok kan?" kata Ariana dengan gigi masih diketapkan.

"I was just joking lah.Hmm..sakit ni."  balas Daniel sambil memuncungkan bibirnya.Tangannya masih setia mengusap lengannya yang terasa pedih dari dalam itu.

"Kenapa buat macam tu?Buat-buat sakit pinggang bagai.Apa motifnya?" kata Ariana lagi tidak puas hati.

"Saya nak cakap...yang saya ni lah yang kendong awak balik semalam.Sakit pinggang saya ni tau." Daniel mengalihkan tangannya lalu mengusap pinggangya pula.Padahal tak sakit pun.Saja nak risaukan Ariana.

Ariana yang memerhati menjeling tajam ke Daniel.Tetapi sebenarnya dalam hati tu dia dah bersorak keriangan.Ouhh patutla tak sedar,dia hantar rupanya.Getus Ariana.Dia mula teringatkan peristiwa semalam.

"Biarlah!Siapa yang suruh angkat saya?Nasib tanggung sendiri la sakit tu." kata Ariana sambil mencebikkan bibirnya.

"Hehehe sebenarnya tak sakit pun.Saja nak tengok awak risau ke tak.Kalau sakit betul,mestila saya dah bagitau awak awal-awal kan?Ini kita dah boleh pergi sarapan lah,jalan-jalan lah,pergi taman lah,kiranya saya tak sakit la tu." balas Daniel sambil ketawa geli hati.Sengaja betul dia nak kenakan Ariana.

Ariana terus memalingkan wajahnya ke arah lain.Malas nak layan karenah lelaki tu,menyampah.Rasa macam nak cubit-cubit je pipi dia tu.Dari tadi tak habis habis nak tersenyum,tersengih,tersenyum,tersengih.Getus Ariana.

"Alaa...janganla merajuk.Saya gurau jela.Ariana...?" panggil Daniel selepas melihat Ariana kini hanya mendiamkan diri.

Ariana menjeling tajam ke arah Daniel.

Tiba-tiba tercetus pula tawa daripada mulut Ariana.

"Ahahahhahhaha,ahahahah.Padan muka tu!Nak kenakan orang sangat!Tak habis-habis kerja nak ketawakan orang." Ariana berkata sambil ketawa masih bersisa.Lawak baginya yang Daniel kini sedang memerhatinya dengan wajah yang sedikit 'blur'.

Sambil melihat Ariana yang masih ketawa,Daniel sempat tersenyum sendiri.

'I love that smile and laugh so much.I've never thought that I could make you feel happy like now.' desis hati Daniel.

Ariana yang perasan yang Daniel asyik memerhati terus menghentikan tawanya.Ariana memandang Daniel.Daniel memandang Ariana.Suasana menjadi sunyi tiba-tiba.

Mereka bertentangan mata dan menghadiahkan senyuman antara satu sama lain.Jantung mereka berdua kini berdegup dengan pantas.

'Apakah rasa ini?' desis hati mereka berdua,sama.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now