Part 23-Get Back

1.6K 81 0
                                    


"Hey!Mata dah takde ke?!Jalan pun macam orang tak betul je..!" jerkah seorang remaja lelaki kepada Ariana.

Malam itu Ariana keluar berseorangan.Dia pun tak tahu dia hendak berjalan hingga ke mana.Otaknya dan mindanya bercelaru sekarang ni untuk berfikir.

Jerkahan remaja lelaki itu tidak dihiraukan.Hanya dibalas dengan pandangan sekilas.

Rambutnya diserabutkan.Kalau orang lain mesti dah cakap yang dia orang gila yang dah terlepas.Ariana memang tidak terurus sekarang ni.Dia rasa lebih baik dia mati sahaja.Dia tak sangka perkara yang memang dia nak sangat-sangat buat dengan ayahnya berakhir dengan tragedi yang memang dia tak akan lupakan sampai bila-bila.

Dia masuk ke dalam sebuah restoran.Dah penat berjalan,dia memilih untuk duduk di satu sudut yang orang tak boleh melihatnya.

Seorang pelayan perempuan datang untuk mengambil pesanan.

"Cik nak makan apa?" tanya gadis itu lemah-lembut.Tangannya dah sedia memegang pen dan kertas untuk menulis pesanan makanan.

Ariana menoleh dan mendongak memandangnya lama.

"Bagi saya....air milo,satu.Erm..saya taknak sejuk.Biasa-biasa je." kata Ariana.

"Makan?" gadis itu bertanya lagi.

Ariana menunduk dan hanya menggelengkan kepala.

Dah siap ambil pesanan,gadis itu pun berlalu pergi dari situ.

Ariana di situ hanya menunduk kaku lama.Dia menangis,tapi tiada siapa yang mendengar.Teresak-esak lah jugak.Kedua-dua tangannya menggempalkan dua penumbuk hingga menaikkan urat di tangannya.Dia berasa geram.Entah kenapa.

Air mata bertambah deras mengalir.Kepala masih ditundukkan ke bawah manakala tangannya masih di atas meja menggempalkan penumbuk.

Tak lama selepas itu,gadis itu datang membawa pesanan Ariana tadi.

"Jemput minum,cik." kata gadis itu sambil meletakkan minuman itu di atas meja.

Ariana mendongak memandangnya.Gadis itu hanya tersenyum nipis dan berlalu pergi.Dia berasa seram kerana keadaaan Ariana begitu.Dengan rambutnya yang berserabai,dibiarkan tidak diikat,dengan mukanya yang basah dengan airmata dan matanya yang dah membengkak,hidungnya dah merah menyala.Teruk betul keadaannya masa tu.

Tanpa membuang masa,dia terus meneguk minuman itu.Tanpa henti sehingga habis.Dengan airmata yang masih mengalir keluar.

Pelanggan restoran memandangnya pelik.

Dia menghempaskan cawan itu ke atas meja dan membuat pesanan yang baru.Benda yang sama.

Pelayan di situ pun memenuhi kehendaknya sehinggalah ke cawan yang ke-5.

Semua orang di situ memandangnya dengan wajah hairan.

'Kenapa dengan dia?'

'Laratnya dia habiskan 5 cawan air.'

'Hmm stres hiduplah tu.'

Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut pelanggan di dalam restoran itu.Ariana hanya menjeling tajam ke arah mereka dan membuatkan mereka mengalihkan pandangan ke arah lain.Takut melihat Ariana.

******

"Hrrp,hrrp,hrrp...." nafas Ariana mula berbunyi kerana banyak menangis dan hingusnya mengalir keluar banyak.Habis basah jaket yang dipakainya yang dijadikan sebagai tisu itu.

Dia berjalan di tepi jalan.Betul-betul tepi jalan.Banyak jugak kenderaan yang menekan 'hon' kereta kerana Ariana hampir-hampir ke atas jalan.

Ariana hanya buat tak endah.Dia berjalan sambil melayan perasaannya sahaja.Dia tak kisah tentang keselamatannya sekarang ni.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now