Part 35

2.4K 75 2
                                    


"Tak sabarlah nak tunggu esok.." Ariana berkata.Daniel tersenyum dengarkan itu.Mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah selepas meluangkan masa bersama di istana tersebut.Mereka langsung tak kisah perlu meredah hutan begini untuk pulang ke rumah.Lagipun Ariana dah biasa dah dalam hutan fantasi ni.

"Saya pun..mesti hebat gila esok,kan?" kata Daniel pula.Ariana toleh dan mengangguk dalam dia mengulum senyum.

"Saya pakai gaun..awak pakai kot hitam...wahhh hensemnya bakal suami saya ni..!" Ariana berkata dengan girangnya sampai tergedik-gedik kakinya memijak tanah.Daniel berasa geram dan memeluk bahu Ariana rapat kepadanya.Ariana cuma membiarkan.

"Saya tahu saya hensem.Orang hensem layak untuk orang cantik macam awak.." Daniel berkata dan dia mencuit hidung Ariana yang mancung.Ariana ketawa manja.Mereka terus berjalan sehingga tiba di rumah.Rumah Daniel.Mereka berdua baru berpindah ke dunia fantasi ni jadi Daniel buat keputusan supaya Ariana tinggal di rumah dia dahulu.Tak lama lepas tu mereka buat keputusan untuk berkahwin selepas lama mereka melalui masa susah.Lagipun..tak elok kalau lelaki dan perempuan bersekedudukan,kan?

"Awak kena tidur awal malam ni,okay?Esok nak lalui hari yang panjang,nanti tak cukup rehat pula." kata Daniel kemudian dia mengunci pintu rumah sebelum dia pergi ke Ariana yang sedang berdiri menunggunya di tepi sofa sambil tersenyum sipu.

"Kenapa ni..?Sengih-sengih?Hurm?" soal Daniel.Dia meletakkan kunci rumah di tepi meja.Dia kembali pandang Ariana dengan kening dijungkitkan.

Ariana menggeleng dan terus dia peluk Daniel seerat-eratnya.Daniel membalas pelukan tu walaupun berasa agak pelik.

"Takde apa-apa.Cuma..saya bahagia sangat sangat sangat sangat sangat.Tak sabar saya nak kahwin dengan awakkk.." kata Ariana sambil dia memusing-musingkan badan dia dan Daniel ke kiri dan kanan.Daniel cuma membiar sambil kedua tangannya mengusap belakang dan kepala Ariana.

"Saya pun..lepas apa yang kita lalui..tak sangka sampai bawa kita ke tahap ni,kan?" kata Daniel.Ariana melepaskan pelukan perlahan-lahan dan dia dongak pandang Daniel dengan wajah agak sugul.

"Tulah...dari hari pertama,saya taknak kawan dengan awak,sampailah saya jumpa Victoria,sampailah saya tahu siapa diri saya sebenarnya dan sampailah kita kawan dan sama-sama hapuskan Victoria.Dan..sampailah kita dah nak kahwin." kata Ariana sambil memainkan jari telunjuknya di dada Daniel.Daniel cuma tunduk memandang Ariana yang bercakap dengan nada suara perlahan dan agak sedih.

Daniel memegang kedua pipi Ariana dengan kedua tapak tangannya.Dia memandang tepat ke dalam mata Ariana.

"Awak janganlah sedih-sedih,okay?Sorry buat awak terasa sedih pula.Saya janji...lepas kita kahwin,kita akan mulakan hidup baru,di dunia baru,dan segala-galanya baru.Okay?" Daniel memujuk.Perlahan-lahan Ariana mengangguk juga.Dia pegang kedua tangan Daniel yang masih melekap di pipinya.Dia mahukan kepastian.

"Janji..?" soalnya.Daniel mengangguk dan terus dia tarik Ariana ke dalam pelukan dia.Ariana menitis air mata namun ada senyuman terukir di bibir.

Setelah lama,baru mereka meleraikan pelukan.Daniel mengelap air mata Ariana di pipi dengan kedua ibu jarinya.

"Jom?Make some preparation?" Daniel mengajak.Ariana senyum walau masih dalam sisa tangisan.Daniel mengajaknya menyiapkan beberapa perkara sebelum hari perkahwinan mereka yang akan diadakan esok.

Sebenarnya,semua persediaan perkahwinan mereka dah banyak disiapkan oleh beberapa pembantu khas dari dunia fantasi ini.Tidak lupa juga untuk majlis perkahwinan Adrienne dan Delina yang akan diadakan sama dengan majlis Daniel dan Ariana.Selain majlis perkahwinan,pelantikan Daniel sebagai Raja baharu di kerajaan baharu ini juga akan diadakan dengan gilang-gemilang.Semuanya dah disiapkan oleh pembantu-pembantu khas lebih awal.Sebab semua rakyat di kerajaan baharu itu akan dijemput bersama.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now