Part 21-You Devil!

1.7K 77 0
                                    


Masa terhenti tiba-tiba,tetapi tidak kepada ayah Ariana yang sedang hendak melintas jalan.

Semua benda dan aktiviti terhenti serta merta.

Dari jauh Victoria sudah tersenyum jahat.Semua yang berlaku ini berada di bawah kawalannya.Dia betul-betul nak Ariana menderita!

Perlahan-lahan ayah Ariana melangkah ke arah Ariana dan...

Dum!!!

Tercampak jauh ayah Ariana ke atas jalan raya.Dia telah dilanggar oleh sebuah lori besar.

Lori itu hilang kawalan dan merempuh kuat kedai-kedai kecil yang terdapat di situ.

Masa masih belum berjalan.

Di atas jalan raya tu,darah dah mula mengalir banyak.Ayah Ariana dah macam nyawa-nyawa ikan di situ.

Lelaki yang memandu lori tu pun dah tak sedarkan diri akibat hentakan yang amat kuat di bahagian kepala dan darah kelihatan di sana-sini.Habis hancur kedai yang dirempuhnya.Orang-orang awam yang telah dirempuh juga habis mati di situ.

Victoria keluar dari tempat persembunyiannya dan berjalan menghampiri Ariana yang masih berdiri kaku.Dia berdiri tegak di hadapan Ariana dan tersenyum jahat.

"Sayang....say 'goodbye' to your father,please..." bisik Victoria rapat ke telinga Ariana.

Victoria berpuas hati dengan dirinya sendiri sekarang ni.Mampu hentikan masa,dan membunuh orang sesuka hatinya.

Tak lama selepas tu,dia berlalu pergi tanpa rasa bersalah dan menjalankan masa seperti biasa semula.

Ariana berdiri kaku di situ.Tak tahu apa yang telah berlaku.Dia mencari-cari ayahnya dengan fikiran yang 100% masih bingung.

Terdengar bingit di telinga dengan jeritan manusia dari sekeliling.Apa yang dah berlaku?Manusia nampak kalut sahaja.

Tiba-tiba matanya tertancap pada satu kerumunan manusia tak jauh dari tempat dia berdiri.

Secara tak semena-mena matanya mula berkaca.

"Ayah...." Dia terus berlari ke arah kerumunan manusia itu untuk melihat apa yang berlaku.
Digenggam kuat beg galas tepinya.Rasa dirinya tak kuat nak bersemuka dengan sebarang kemungkinan.

Alangkah hancur,remuknya hati Ariana apabila terlihat ayahnya dah terbaring kaku di atas jalan raya itu.Dengan darah yang banyak mengalir keluar.Dia seumpama dapat merasa yang ayahnya dah tak mampu untuk diselamatkan lagi.Luluh hatinya.

Setapak kaki dilangkah ke belakang,mulutnya ditutup menahan rasa sakit itu.

Matanya terus banjir dengan air mata dan pecah mengalir turun ke pipi.Laju air matanya mengalir.Lidah terasa kelu,dadanya dipegang bagi menahan sebak yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.Tangisannya juga tidak berbunyi.Sakit dia rasa.

"Ayah....!!" Dia terus menolak orang-orang yang datang membantu dan memeluk ayahnya yang masih separuh sedar.

Meraung kuat Ariana memanggil ayahnya.

Ariana menarik badan ayahnya ke atas ribanya.Darah yang banyak tidak dihiraukan.

"Ayah...jangan tinggalkan Rian,please..." kata Ariana dalam esakan tangisannya.

Perlahan-lahan tangan ayahnya memegang wajah Ariana.

"Ri...Ri...Rian jaga diri..." kata ayahnya sebelum perlahan-lahan ayahnya menutup mata.

"Ayah...?Ayah...?Ayah...?!!" Ariana menepuk-nepuk perlahan pipi ayahnya apabila mendapati yang ayahnya tidak bergerak lagi.Dia tahu apa yang sedang berlaku cuma tak dapat nak terima kenyataan yang sebenar.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now