Part 8-Meet You Again

2.8K 122 1
                                    


"Ahhh...sedapnya sarapan kat sini.Nasib baik kau bagitau aku kat mana rumah kau.Kalau tak,tak dapat la aku nak merasa sarapan sesedap ni kat sini." kata Lisa sambil makanan di dalam mulutnya masih penuh.Seronok sungguh dia,sejak-sejak tahu rumah Ariana di mana,kalau boleh hari-hari dia nak datang sini walaupun sememangnya rumahnya agak jauh dari situ.

"Eh,eh kau ni...kot ye pun nak cakap,kunyah dan telan dulu makanan dalam mulut tu.Kalau kau tercekik,aku lari dulu la..." balas Ariana sambil menyuapkan makanannya juga.Dia menggelengkan kepalanya melihat rakannya yang tersengih-sengih di hadapannya itu.

Mereka seronok menikmati sarapan di kedai berdekatan rumah Ariana itu.Seronok lagi bergelak ketawa mereka berdua itu.

"Eh?Kau takde kawan ke kat kawasan ni?" tanya Lisa lagi selepas menghabiskan sarapannya dan minum airnya pula.

Ariana yang masih belum menghabiskan sarapannya mengerling ke arah Lisa.

"Kau rasa?" balas Ariana.Sudu yang dipegangnya menyudu makanan semula.

"Hehehe...aku rasa....takde....kut?" kata Lisa sambil membuat mimik muka tidak pasti.

"Ha'ah betullah tu!Aku memang takde kawan kat sini." balas Ariana,selamba.

"Hah?Kau biar betul?Boyfriend pun takde?" tanya Lisa penuh minat.

Dengar perkataan 'boyfriend',Ariana terkedu seketika.Dia kembali menyuapkan makanan ke dalam mulutnya semula.Suasana kembali diam.

"Hello!Ariana!I'm talking to you ni!" kata Lisa sambil melambaikan tangan di hadapan muka Ariana.

"Ah,aku tengah makan ni,jangan kacaulah,nanti lambat pulak nak pergi kelas." kata Ariana sambil membuat muka tak puas hatinya.

Lisa hanya mencebik.

Setelah habis sarapan,mereka terus ke kolej.

******

"Hey Ariana!" kedengaran suara seseorang memanggilnya dari jauh.Ariana menunggu di bus stop.Sudah tiba masanya untuk pulang lepas kelas tamat beberapa minit tadi.Lisa tak dapat menumpangkannya pulang kerana ada hal.

Ariana menoleh ke sebelah kanannya.Dah tau dah siapa gerangan yang memanggilnya dengan cara kasar tu.

Perempuan itu berjalan dengan angkuhnya ke arah Ariana.Dengan pakaiannya yang seksi itu.

Ariana mengalihkan pandangan ke hadapan semula.Menyampah dia hendak memandang perempuan tu!

"Hey perempuan!Aku nak cakap dengan kau ni!" jerit perempuan itu.Dia menarik bahu Ariana dan membuatkan tubuh Ariana terpusing menghadapnya.

"Apa kau nak?" Ariana bertanya dengan nada yang elok.Malas dia hendak meninggikan suara.Nanti hal lain pulak terjadi.

"Aku tak tau berapa kali lagi nak cakap dengan kau ni!Tapi aku akan pastikan yang ini kali terakhir!Kau jauhkan diri kau tu daripada Rafael boleh tak?!" balas perempuan itu sambil jari telunjuknya menunjuk tepat ke muka Ariana.Nama perempuan itu Maria @ dikenali ramai sebagai 'MERRIE'.Menyampah Ariana dibuatnya.

"Seperti kau sedia maklum daripada orang ramai kat kolej tu,aku takde kawan lain selain Lisa!Bila masa pulak aku rapat dengan Rafael kau tu?" balas Ariana,agak lembut tetapi dia sudah rasa tahap sabarnya sudah sampai ke tahap maksimanya.

"Ewah,ewah..dia tanya kita pulak dah....Kau tau tak?Setiap kali aku keluar dengan dia,nama kau selalu disebutnya.Tu bukan ke namanya KAU RAPAT DENGAN DIA?!Dari hari tu lagi aku dah cakap,tapi kau tak nak dengar!" balasnya lagi,tidak mahu mengalah.

"Hah.Hah.Hah.Kesian kau ni kan?Oh,bila dia cakap pasal aku dekat kau,tu maknanya aku ada hubungan dengan dia lah?Ah...'pandai' nya otak kau berfikir kan?Kenapa?Dah tak boleh nak siasat dulu?Asal kata cakap pasal aku,aku keluar dengan dia lah?Macam tu?" Ariana membalas dalam nada menyindir.

Maria dah hilang sabar.Dia mula melepaskan geramnya lalu menolak Ariana sehingga terjatuh.Orang lain yang sedang menunggu terkejut dan tidak mahu masuk campur sekali.Mereka hanya melihat.

Maria bertindak dengan menampar muka Ariana.Ariana kini sudah terbaring di atas lantai itu tak mampu nak melawannya.Satu demi satu penampar diberikan oleh Maria kepada Ariana.

Ariana yang tidak tahan dengan tamparan itu terus menolak Maria.Kini Maria pula yang jatuh terduduk di hadapannya dengan muka yang masih tidak puas hati.

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku hah?Perempuan tak guna!" satu tamparan hinggap di pipi Maria pula.Puas hati Ariana.

Maria yang masih terduduk kaku di situ memegang pipinya.Mulutnya tidak membalas apa-apa.

Ariana yang semakin geram berlalu pergi.Matanya masih tajam memandang Maria.Tanpa dia sedari,dia berjalan dengan laju ke atas jalan raya dan dilanggar oleh sebuah kenderaan.

Ariana kini terbaring di tengah jalan.Kepalanya sudah dipenuhi oleh darah.Matanya makin lama menjadi semakin kabur.Tiba-tiba dia ternampak satu bayangan orang yang datang ke arahnya namun tidak jelas.

"Rian...Rian...." terdengar namanya sayup-sayup dipanggil oleh orang itu.Fikirannya mula memikirkan Daniel.

"Daniel..." Ariana menyebut nama itu dalam nada berbisik.Matanya terus tertutup dan dunianya menjadi kelam.

Maria yang masih di bawah bus stop itu mula menghilangkan diri di sebalik orang yang mula panik dengan kemalangan tersebut.Dia mula diselubungi rasa takut.Takut terjadi sesuatu pada Ariana.Takut Ariana memberitahu hal itu kepada orang lain.

******

"Ariana...." panggil Lisa,lembut.Lisa menjaga Ariana sementara menunggu ayah Ariana turun ke bawah untuk membeli sedikit makanan.

"Aku...kat mana?" tanya Ariana,masih lemah.Dahinya berkerut sedikit,menahan sakit di kepalanya.Bahagian siku dan kakinya juga terasa pedih.

"Ariana...kau kat hospital sekarang ni.Tadi...kau kena langgar dengan sebuah kereta.Untuk tebus kesalahan dia,dia datang hantar kau sendiri ke sini." balas Lisa,dalam nada agak sedih.

"Hmm..siapa angkat aku?" tanya Ariana lagi,mahukan kepastian,mahukan jawapan bahawa dia betul-betul ternampak Daniel tadi.

"Siapa lagi...orang yang terlanggar kau tu la." balas Lisa.Tangannya mengusap lembut lengan Ariana.Mahu menenangkannya daripada mengingati kejadian tadi.

"Kau rehat dulu...okay?Don't think too much." kata Lisa.Tangannya masih setia mengusap lembut lengan Ariana.

"Ya...okay." Ariana menghadiahkan senyuman nipis kepada Lisa sebelum melelapkan matanya.

'Maafkan saya,Rian.Saya tak sempat nak selamatkan awak tadi...maafkan saya.' desis hati Daniel.Dia hanya melihat Ariana melalui cermin pintu di luar.Air matanya mula mengalir bila mengenangkan Ariana yang tak sempat diselamatkan olehnya.Dia rasa kesal sangat.

Ayah Ariana yang datang bersama sebungkus makanan di dalam plastik hanya berlalu masuk ke dalam bilik yang didiami Ariana itu.

Daniel hanya memerhati pergerakan ayah Ariana itu.Tiada siapa mampu melihatnya.Maklumlah berlindung di sebalik kuasa ajaibnya,iaitu menjadi halimunan.

Terasa dirinya mahu masuk dan menjaga Ariana sehingga sembuh.Tapi apakan daya,dia tidak mampu dan tidak merasakan itu masa yang sesuai untuknya memunculkan diri.

This story mengarut sikitlah.😅
Sorry ya...cerita tak seronok,konfliknya akan ada di pertengahan cerita ni nanti.😅

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now