After a month..
"Ariana!Ariana!?Awak kat mana?" Daniel menjerit memanggil Ariana.Dia menyelak daun-daun dari ranting yang berjuntaian daripada menghalang jalannya.
"Ariana!This not funny okay.Awak kat mana?" jerit Daniel lagi.Lama-kelamaan dia pun rasa putus asa.Dia mengeluh besar.Tiba-tiba,dia terdengar bunyi derapan kaki seseorang dari arah belakang.Terus dia toleh.
Segaris senyuman terukir di bibir Daniel apabila dia terlihat Ariana yang semakin memunculkan diri di sebalik pokok besar tu.Ariana juga senyum sipu-sipu kepada Daniel sambil perlahan dia melangkah ke arah Daniel yang dah sedia mendepa kedua tangan,sedia nak terima Ariana ke dalam pelukan.
"Hmph..I miss you so much,sayang..awak pergi mana?Risau saya..." kata Daniel perlahan sambil dia ketatkan lagi pelukannya pada Ariana.Ariana juga membalas dengan senyuman.Daniel peluk ketat dan memusingkan badan mereka ke kiri dan kanan.
"Saya tak pergi mana-mana pun lah.Saja..nak main hide-and-seek dengan awak..tapi lama-lama saya nampak awak fed up,saya kesian pastu saya keluarlah dari pokok besar tu." Ariana berkata dengan suara manja.
Daniel melepaskan pelukannya perlahan dan dia mencium ubun-ubun Ariana sebelum dia cupped kedua pipi Ariana dengan kedua tangannya.Ariana just dongak dan kebil-kebil pandang wajah Daniel.
"Esok kan hari penting untuk kita dan juga Adrienne dan Delina,jadi saya taknak apa-apa berlaku kat awak...okay?" kata Daniel dalam nada memujuk.
"So..jom balik?" kata Daniel sambil kedua ibu jarinya mengusap pipi Ariana yang lembut tu.Ariana kerut kening,tanda membantah.
"Adrienne dengan Delina tu..boleh je dating lagi waktu sekarang ni?Kenapa kita nak balik pulak?" luah Ariana rasa tak puas hatinya.Daniel cuma senyum.
"Itu..diorang punya love story.Ini..kita punya love story.Takkan kita nak tiru pulak,kan?Diorang dating,kita dating jugak?Tak seronok lah macam tu.." pujuk Daniel.Ariana muncung bibir tak suka dan tak boleh nak membantah dah sebab apa yang Daniel kata tu,macam betul je.
"So..jom?" kata Daniel.Dia tetap juga menarik tangan Ariana supaya mengikutinya walaupun dia tahu Ariana masih membantah taknak balik.
Ariana mengikut juga walau tak mahu.
Lama diorang berjalan,akhirnya Daniel dan Ariana tiba di sebuah rumah yang besar.Rumah macam istana.Nampak lusuh je warna cat rumah ni.Nampak macam lama dah ditinggalkan.Halaman rumah tu dibiarkan penuh dengan daun-daun kering kekuningan.Tingkap rumah ni pun semua dah pecah,jadi nampaklah kegelapan dalam rumah tu.Dan..bunyi suara beberapa ekor burung gagak dari atas pokok dan atas bumbung rumah tu menandakan rumah tu memang dah lama kosong.
Daniel melepaskan pegangan tangannya pada tangan Ariana.
"Jom..kita masuk." ajak Daniel.Ariana yang sibuk memerhati seluruh pelusuk rumah ni terus bulat mata pandang Daniel.
"Takkan..kita nak masuk?Rumah ni..takde orang...takut..." kata Ariana sambil mengundurkan diri.Dia takut.
"Takpe..saya ada lah kat sini dengan awak.Jangan takut,okay?Takde apa lah...dah jom." Daniel menarik tangan Ariana untuk masuk namun Ariana mengeraskan diri di situ.Daniel toleh pandang Ariana.
"Kenapa ni..jom lah kita masuk..saya janji takde apa pun yang akan jadi.Promise." kata Daniel sambil mengangkat tangan kanannya.Macam berikrar pula.
Lama-lama baru Ariana yakin dengan Daniel dan dia perlahan mengikut langkah Daniel masuk ke dalam rumah.Dia menundukkan kepala ketika hendak masuk sebab ada pokok yang dah tumbuh menjalar.
Apabila Daniel buka pintu rumah tu,Ariana menjerit dan tunduk sebab ada beberapa ekor kelawar yang secara mengejut terbang keluar dari dalam rumah.Daniel cuma senyum dan relax saja.Ditarik tangan Ariana sampai masuk ke dalam.
YOU ARE READING
I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔
FantasyDaniel mengekori Ariana atau lebih dikenali dengan nama 'Rian' ke mana sahaja dia pergi.Dia menyukai Rian dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Namun apakan daya,Rian seorang yang pendiam,suka bersendirian dan bersikap dingin apabila bertemu...