Part 4 -Got to know you

4.3K 160 1
                                    


"So..maaflah pasal tadi.Saya memang,jujur takde niat langsung nak buat macam tadi.Sorry k." kata lelaki itu sambil menghirup sedikit coffee yang dibeli tadi untuk dia dan Ariana.

"Sememangnya tulah cara seorang lelaki nak ganggu perempuan,kan?Ugut sikit,mesti mengalah jugak perempuan tu,kan?" jawab Ariana sambil tangannya memegang cawan coffee kepunyaannya.Mukanya tidak memandang ke arah lelaki itu yang berdiri di sebelahnya tetapi pandang ke hadapan,menikmati angin pada waktu pagi.

"I'm so sorry.Saya tahu awak tak berapa suka nak berkawan dengan orang lain,tapi saya memang ikhlas nak jadi kawan awak." balas lelaki itu,jujur.Dia tetap memandang wajah Ariana walaupun gadis itu langsung tidak menoleh untuk melihatnya.

"Hmm..apa-apa jelah.Cepat sikit,apa yang awak nak cakap?Takkan asyik nak cakap 'nak jadi kawan' saya je?" tanya Ariana.Dia semakin bosan apabila lelaki itu terus-terus cakap ingin menjadi kawannya sahaja.

"Hehehe...yelah.Ermmn...kita mula dengan nama.Nama saya,Daniel.Awak?" tanya lelaki itu,teruja.Namun,Ariana seperti tidak meminatinya.

"Ariana.Panggil Rian je." jawab Ariana,pendek.Mukanya masih dipandang ke hadapan.

"Nice name." balasnya.

"Saya nak balik.Dah tau nama kan?Dah-dah la tu." jawab Ariana sambil memulakan langkah untuk pergi.

"Awak terima saya sebagai kawan awak tak?" tanya Daniel.Sempat dia menarik tangan Ariana dan membuatkannya terpusing sedikit ke belakang menghadapnya.

"Ya,saya terima." balas Ariana dengan senyuman yang menyampah.Dia terpaksa senyum supaya Daniel melepaskannya pergi tanpa perlu bertanya banyak soalan lagi.

"Thanks." Daniel membalas dengan senyuman yang gembira sehingga menampakkan giginya yang putih terserlah.Daniel melepaskan genggaman tangannya pada tangan Ariana dan membiarkan Ariana berlalu pergi.

*******

"Rian,meh duduk sini kejap.Ayah nak cakap sikit ni." kata ayah Ariana yang sedang duduk di atas sofa,sambil tangannya menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahnya untuk Ariana duduk.

Ariana yang berjalan hendak masuk ke dalam bilik terhenti langkahnya dan menoleh memandang ayahnya.

Lalu dia pergi mengambil tempat di sebelah ayahnya.

"Ada apa,ayah?" soal Ariana sambil memandang ayahnya yang sedang menonton televisyen.

"Rian okay tak?Kalau ada masalah,bagitau jelah dekat ayah." kata ayahnya membuatkan dahi Ariana berkerut tanda tidak faham.

"Rian okay je,ayah.Kenapa ayah tanya macam tu?" Ariana menyoal ayahnya pula.

"Taklah,sejak Rian pulang dan bagitau ayah yang Rian macam diikuti orang tu,ayah tengok Rian macam suka berdiam diri.Dengan ayah pun taknak berbual dah." kata ayahnya sambil memandang wajah anak perempuannya yang seorang itu.

"Hmm...kalau Rian cerita kat ayah,ayah okay ke?Takut rasa terbeban pulak nanti." kata Ariana yang kini matanya pula tertumpu pada televisyen.

"Rian kan anak ayah,sejak kecil lagi,Rian selalu kongsi masalah Rian dengan ayah.Apa salahnya kalau sekarang pun Rian kongsi?Ayah okay je." balasnya sambil tersenyum memandang anaknya.

"Hrmm,takdela sampai berat sangat masalah tu,cuma orang yang ikut Rian tu dah munculkan diri dia.Dah lega pasal tu,dah dia minta nak berkawan pulak dengan Rian.Rian tak suka lah.Ayah pun tau macam mana kan?Rian bukannya suka sangat berkawan ni.Lagi-lagi baru jumpa macam tu." Luah Ariana sambil matanya masih tertumpu lagi pada televisyen.

"Alah...itu je masalahnya?Hmmm..kalau ayah nasihatkan,harap Rian dengar.Ayah bukannya apa,bagus juga kalau Rian ada kawan.Sekurang-kurang bolehla hilangkan bosan anak ayah sorang ni.Taklah hari-hari asyik buat benda yang sama je.Lepas habis kelas,Rian terus balik rumah tak buat apa.Kalau hari cuti lagilah,Rian cuma duduk rumah je" nasihat ayahnya.

"Apa bezanya?Kalau ada kawan ke,takde kawan ke,tetap tak boleh ubah apa-apa,kan?" Ariana membantah.

"Ayah tahu...yang sebenarnya,Rian rindukan mak,kan?Sebab tu hari-hari asyik duduk rumah.Layan perasaan tu." balas ayahnya.

"Ayah...kalau nak cakap pasal mak,janganlah.Rian tak suka,lagilah serabut kepala ni.Buat apa nak rindukan mak?Entah-entah dia bahagia sekarang dengan hidup dia,ada keluarga baru,langsung tak ingat kat kita.Buat apa penat-penat nak fikirkan orang yang sememangnya tak ingat kat kita?" kata Ariana dalam nada sedikit sebak.

"Rian,jangan cakap macam tu.Mak Rian sayang sangat dekat Rian." ayahnya memujuk.

"Sayang?Huh..sayang apa macam tu?Ayah,mak dah tinggalkan kita 15 tahun dah.Umur Rian berapa masa tu?Baru 4 tahun kan?Apa dia tak pernah fikir,kita nak hidup macam mana lepas tu?Tak pun kan?Dah kalau dia sayang,dia akan balik dan cari kita,tapi tak." nada suara Ariana makin tinggi kerana terlalu geram.Sudah dia mahu berbual dengan ayahnya,terpaksa pula dia teringat kisah silamnya.

Ariana pantas bangun lalu ke biliknya dengan rasa marah,sedih.Sememangnya dia rindukan maknya,namun dipendam.Walau dicakap benci,tapi hatinya masih rindukan maknya.Rindukan kasih daripada ibu yang dah 15 tahun pergi meninggalkanya bersama ayahnya.

Ayah Rian berasa serba salah mengungkit hal lepas.Keluhan beratnya dilepaskan.Kasihankan anaknya yang terpaksa mengingati perkara lepas.Tujuannya menyarankan Ariana mempunyai kawan supaya anaknya itu tidak terlalu melayan perasaan.Sesekali nak juga dia lihat senyuman di wajah anaknya itu.

Ariana melepaskan perasaannya dengan menangis.Menangis sepuas-puasnya.Berusaha menangis tanpa perlu didengari ayahnya.Fikiran masih mengingati maknya.

Suasana malam itu bertukar menjadi semakin dingin.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now