"Adrienne!" jerit Ariana.Pantas dia bangun dan tersenyum lebar berdiri tegak di hadapan Adrienne.Adrienne tersenyum."Kau tak apa-apa,kan?" soal Adrienne sambil mengusap kepala Ariana perlahan.Ariana mengangguk tapi matanya mula berair.Dia menunduk memandang lantai.
Daniel bangun dan berdiri di hadapan Adrienne juga.Kemudian dia melihat Ariana yang seperti hendak menangis.Adrienne memberi isyarat mata pada Daniel untuk memeriksa Ariana.Adrienne memang lemah sikit bab memujuk ni.
"Ariana...awak okay tak ni?Hurm?" soal Daniel.Ditarik kedua bahu Ariana supaya menghadapnya tetapi Ariana tetap menunduk pandang bawah.Taknak pandang Daniel.
Daniel melihat Adrienne.Adrienne hanya mencebik dan mengangkat bahu tanda tidak tahu.Kemudian dialihkan perhatian pada Ariana lagi.
Daniel membelek-belek tangan Ariana kalau-kalau ada yang luka.Kemudian dia perasan...lengan kanan Ariana yang luka sedikit.Cepat dia pegang tempat tu dan Ariana terjerit kecil.Dia dah tahu sebab Ariana menangis.
"Awak sakit sini ke?" soal Daniel,sambil tangan bergerak memegang kawasan lengan Ariana yang luka tu.
Ariana mengangguk perlahan,tangannya lembut menyentuh tangan Daniel yang dah berada di lengannya itu.Tanda tak nak Daniel pegang kawasan tu.Sakit.
"Takpe..sikit je ni...meh sini." kata Daniel kemudian dia menarik Ariana ke penjuru bilik itu diikuti Adrienne.Dia nak rawat luka Ariana.Ariana hanya menurut.
"Meh sini aku ubatkan..." pelawa Adrienne selepas diam seketika tadi.Daniel hanya mengangguk membenarkan.
"Ahhhh!~" jerit Ariana apabila,lengannya itu dituang sesuatu seperti cecair oleh Adrienne.
"Awak buat apa dekat saya...?" soal Ariana dengan mata yang dah berair sebab sakit sangat.
"Hehe...takde apelah.Ini...ubat namanya.Aku tau,Victoria ambil kuasa kau tadi guna mata dia kan?Tapi kau tak tau yang sebenarnya dia gunakan mata tu,tapi lengan bertanda kau ni ha yang kena kesannya." terang Adrienne panjang lebar sambil tangannya menyapu lembut lengan Ariana yang beransur pulih tu.Cepatnya!
Ariana pun terlopong mulutnya apabila lukanya itu...dah sembuh!Ariana senyum keriangan.Daniel hanya terlepas tawa kecil apabila Ariana menunjuk-nunjukkan lengannya pada Daniel.Padahal Daniel dah lama tahu yang ubat tu memang khas dari alam mereka.Dan cepat menyembuhkan.Ariana tak tahu.
"Tak sakit dah?" soal Daniel.
Ariana menggeleng sambil membelek lengannya lagi.Belum puas tengok keajaiban ubat itu ke atas tangannya tadi.Magic.
Adrienne hanya berdiri di situ sambil berkerut kening.Dia mencuit sikit bahu Daniel.Daniel tersedar dari dia tersenyum bahagia melihat Ariana dia tadi.
"Apa?" soal Daniel perlahan,supaya Ariana tak dengar.
Adrienne membuat isyarat supaya keluar tanpa membawa Ariana.Daniel pun...'what'?Takkan nak tinggal Ariana sorang dekat sini?
Adrienne menghela nafas.Dia bercekak pinggang.
"It is just for a while." kata Adrienne perlahan.
Daniel toleh pandang Ariana seketika.Ariana pun senyum balik.Manja betul.
"Ariana...awak...tunggu sini kejap..boleh?" kata Daniel.Ariana dah terkejut,berubah air muka,hendak nangis,semua ada.
"Nak...pergi mana?" soalnya sambil melangkah mendekati Daniel.Daniel memegang kedua bahunya dan dia tunduk memandang wajah Ariana.
"Ada sesuatu...perlu saya selesaikan.Soal...Victoria.Jangan risau..sekejap je." katanya lagi bagi meyakinkan Ariana.Memang mengambil masa juga untuk itu.
YOU ARE READING
I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔
FantasyDaniel mengekori Ariana atau lebih dikenali dengan nama 'Rian' ke mana sahaja dia pergi.Dia menyukai Rian dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Namun apakan daya,Rian seorang yang pendiam,suka bersendirian dan bersikap dingin apabila bertemu...