Part 26-Sightseeing

1.5K 75 1
                                    


"Ish,perlahanlah sikit!Sakit tau tak!" Ariana dah berdecit.

Ryan menarik tangan Ariana kuat sangat.Ariana hanya melangkah kecil dari belakang.

Ryan berhenti mengejut membuatkan kepala Ariana terhantuk di belakangnya.Once again..Ariana menggosok dahinya.Ryan hanya menoleh dan memandang Ariana yang menggosok dahi tu.Tapi tangan Ariana,tak lepas dari genggamannya.

"Kenapa?Sakit ke?Tulah...lain kali jalan laju sikit.Ni tak..lambat betul." Ryan berleter.

Ariana hanya berdecit.Dia menarik tangannya dari genggaman Ryan.Diperhati muka Ryan setajam-tajamnya.

"Lain kali...membesar cepat sikit.Takdelah langkah kaki tu jadi kecik je.Tengok kaki aku ni,besar je,tiga kali ganda daripada kaki kau!Tu maknanya aku membesar.Sihat." Ryan berleter lagi.

Ariana dah 'aduhh,teruknya dia berleter!' di dalam hatinya.

"Awak tu...LELAKI!Okay!LELAKI!Mana lah boleh saya nak membesar jadi gergasi macam awak.Dah saya kecil,kecil lah!" Ariana meninggikan suara.

Ryan hanya tersenyum senget dan mendekatkan wajahnya dengan Ariana.Ariana mengundurkan kepalanya ke belakang.

Kini wajah mereka hanya sejengkal.Terkebil-kebil Ariana memandang mata biru lelaki tu.

"Kenapa?Takut ke?" Ryan berbisik lembut.

Ariana dah menggeleng laju.

"Bbbuu..bu..buat apa nak takut dengan awak?Takde kerjalah nak takut dengan awak.Buang masa je.Dah!Pergi sana!" Terketar-ketar Ariana nak tuturkan semua tu.Dia menolak muka Ryan supaya menjauhinya.Apa Ryan buat?Dia cuma ketawa.Sakit hati,kan?

Ariana dah lajuuu berjalan ke depan.

"Tahu ke jalan nak pergi mana?" Ariana tersentak.Dia toleh ke belakang.Setahunya,Ryan jauh kat belakang tadi,cepatnya dia jalan.

"Tahulah saya!Tak payah nak sibuk." Ariana bercakap dengan angkuhnya.Padahal dalam hati tu,takut nak mampus.Dengan bunyi entah apa-apa dalam hutan tu,dia pun tak tahu.

Ryan hanya mencebik,mengejek.

"Okay.Bye." Dan Ryan berlalu pergi.Tinggal Ariana yang dah bengong kat situ.

Ariana hendak memanggil,nak tahan Ryan daripada pergi.Tapi tak sempat.Laju sangat dia jalan.

'Aduh...dugaan apa ni?' Ariana dah menggaru-garu kuat kepalanya.Sampai berserabai habis rambut tu.

*****

"Tak guna,berlagak,sombong." Ariana berkata pada dirinya sendiri sambil memukul-mukul batang pokok menggunakan ranting kayu yang dikutip entah dari mana.Dia pun dah pening.Ke mana dia pergi,pun tak tahulah.

"Kan okay je kalau tinggal aku sorang-sorang kat rumah.Kalau bahaya pun,aku sanggup je duduk dalam rumah tu,sebulan pun boleh.Ni?Dengan kawan dia yang tak guna,berlagak tu,semua benda aku kena tempuhi sendiri.Biarlah,kau tahulah esok.Mesti Daniel marah kau teruk gila,Ryan!Bencilah!" Ariana berleter sorang-sorang.Hanya pokok,lantai tanah,serangga kecil sahaja jadi saksi luahan kebenciannya pada Ryan.

Tak lama selepas tu,Ariana hentikan langkah.Dia mengeluh dan mula membuat badan lemah.

'Haih...dugaan apa lagi niii...' bisik hati Ariana.Dia dengar langkah seseorang di atas daun-daun kering di situ.Tak jauh dari dia.

Ariana hanya berdiri kaku.Walaupun baru sekejap di tempat tu,tapi dia dah masak dengan benda yang berlaku padanya sepanjang di dalam hutan tu.

"Siapa tu?" soal Ariana,suaranya tinggi sedikit.Dipusing-pusing badannya.Bunyi tu sekejap dari arah belakang,kejap depan,kiri,kanan.Pening Ariana.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now