Part 17

2K 95 1
                                    


"Er....ayah?Ayah?" Ariana memanggil ayahnya.

Kepalanya dipicit-picit perlahan.Dia menggosok-gosok matanya,menguap dan mengeliat.Dia bangun menuju ke bilik air untuk mencuci muka.

Selepas mencuci muka,dia keluar dari biliknya apabila tidak mendengar sahutan daripada ayahnya itu.

"Ayah?" panggilnya lagi sambil mengintai di kawasan ruang tamu.

Tiada juga.

"Ya Rian!Ayah kat dapur ni!"

Ariana terus tertoleh ke belakang apabila mendengar suara ayahnya kuat dari dapur.

"Ni haa..ayah buatkan sarapan untuk Rian ni.Rian ada kelas tak hari ni?" tanya ayahnya sambil menyapu jem di atas roti menggunakan sudu.

Ariana melabuhkan punggungnya di atas kerusi di dapur itu.

"Ada.Pukul 8.30.Kenapa ayah tanya?" soal Ariana pula sambil roti yang dah disapu jem diambilnya dan dimakan.

"Ouh.Pergi dengan Lisa?" soal ayahnya lagi.

"Ha'ah,nanti dia datang jemput Rian." jawab Ariana.

"Ok."

Ariana mengerling ke arah jam.Baru pukul 7.Awal lagi.

Tiba-tiba kunyahannya terhenti.Fikirannya mula teringatkan Daniel.Semalam rasanya dia dikendong Daniel.Tak sedar pun sampai rumah?Getusnya.

"Ayah,semalam Rian balik macam mana?" soal Ariana.

"Hmm..semalam kawan Rian hantarkan.Kawan Rian yang datang haritu.Kenapa?"

"Eh tak..saja je.Tapi..macam mana Rian boleh tidur terus dalam bilik?Rian tak sedar pun.Baju Rian pun tak tukar ni." soal Ariana sambil mukanya tunduk memandang dirinya.Baju semalam tak ditukar.

"Ouh..semalam ayah benarkan dia letak Rian dalam bilik.Tapi..ayah tengokkan lah.Rian nampak mengantuk sangat semalam.Tak sedar langsung." terang ayahnya panjang lebar.

"Ouh...okay."

*******

"Lisa?Aku tanya kau sesuatu boleh?" soal Ariana ketika jalan bersama Lisa untuk ke kelas.

"Hurm tanyalah." jawab Lisa sambil makan snack.Haish tak sopan sungguh.Makan sambil berjalan.

"Haritu kan,kenapa kau manja macam kucing?Tetiba je kau ni,pelik aku tau." tanya Ariana sambil memandang Lisa sekilas.

Lisa terus menoleh memandang Ariana dan menghentikan langkah.Ariana turut berhenti.

"Salah ke?Kau kawan aku kan?Lagipun...mood kau nampak baik sangat haritu.Yelah..selama kita berkawan ni kau asyik serius je.Tak berani aku nak berlawak dengan kau.Silap hari bulan hilang jari aku digigit kau." terangnya panjang lebar sambil memulakan langkah lagi.

"Eh eh kau ni,fikir aku ni apa nak gigit orang sampai hilang jari hah?" soal Ariana sambil berjalan di sebelah Lisa.

"Apa-apa jelah Ariana.Yang penting sekarang ni kau bahagia dengan boyfriend kau tu,okay." Lisa menjawab sambil mulutnya agak penuh dengan snack yang dimakannya.

Ariana tersenyum simpul.Dia teringat sweet moment dia dengan Daniel kelmarin.Seronok.

Lisa perasan yang Ariana sedang tersengih sorang-sorang.

"Hah!Hah!Mula lah tu berangan!" Lisa menyedarkan Ariana supaya kembali ke dunia nyata.

"Eh mana ada." Ariana membalas sambil melangkah laju meninggalkan Lisa jauh di belakang.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now