Part 24-I'm Back

1.6K 74 1
                                    


"Er...dah lah tu.Saya tak sakit dah.Awak..pergilah balik.Mesti adik awak tengah tunggu kat rumah." kata Ariana sambil mengalihkan tangan Daniel yang masih melekap di kakinya itu.

"Eh..takpe,biarlah saya teman awak sekejap je lagi.Adik saya boleh je tunggu kat rumah tu.Dia tak kisah pun." kata Daniel.Dia sambung mengurut kaki Ariana semula.

"Eh...takpayah lah...pergilah balik...lagipun bukan ada sapa-sapa pun kat sini.Tak eloklah,nanti apa jiran cakap,ada lelaki masuk rumah perempuan lewat malam macam ni." Ariana berkata sambil membuat mimik muka hendak marah.

"Takpelah,kalau ada orang datang,saya 'meresap' jelah.Dah boleh sampai rumah dalam sekelip mata je.Haha." jawab Daniel selamba.

"Hish...takpayah lah.Saya cakap saya okay,saya okay lah.Jangan nak degil sangat.Haih..."

"Saya just nak teman awak je.Awak kan sorang-sorang,kalau jadi apa-apa kat awak macam mana?"

"I know how to take care of myself." Ariana dah mula hendak marah.Kenapalah Daniel ni degil sangat?

"Haa yelah yelah.Tapi...esok saya datang lagi,okay.I still have 6 more days to go." kata Daniel dalam nada perlahan.Tangannya masih setia mengurut kaki Ariana.

Ariana dah mengerutkan dahi.

"6 days?Pergi mana?"

"Awak dah lupa ke?Kan saya cakap nak pergi kerja tu.So...."

"Bukankah siang tadi awak cakap awak sanggup tinggalkan kerja awak sebab nak jaga saya?Ni tak,lain pulak jadinya."

Daniel dah tersenyum.Hendak ketawa pun ada melihat Ariana yang dah memuncungkan bibir,merajuk.

"Eh?Awak nak ke saya jaga awak?Haaaa kantoi dah...nampak jelas sangat yang awak memang perlukan saya di sisi kan?Awak selalu rindukan saya kan?Eleh...ego je lebih awak ni,padahal tak nak mengaku yang dia tu nak sangat kita ni selalu berkepit dengan dia...." Daniel menyindir sambil tersenyum senget.

Ariana menjadi tak keruan.Kepalanya yang tak gatal digaru-garu.

"Haa?Erm...takdelah.Tak kisah pun,nak pergi,pergilah!Kisah apa saya!Saya dah biasa ditinggalkan dan tak kisah kalau perlu ditinggalkan lagi." Ariana cuba menutup malunya membuatkan Daniel semakin menahan tawa.

"Helele...taknak ngaku.Kalau awak sayang saya...just cakap.Saya ni memang setia di sini menunggu jawapan dari awak tau."

Ariana dah mula membuat muka 'eiii' nya itu.Badannya diundur ke belakang sedikit.Nak jauh,geli dengan Daniel tu.

"Tak nak ah.Dah!Sekarang ni awak pergi balik or else esok awak tak jumpa saya lagi!" ugut Ariana.

"Suka-suka je nak ugut kita pulak.Okaylah.Apa-apa je untuk awak.Untung tau awak dapat bf macam saya.Setia,baik,caring.Ha...." Daniel memuji diri sendiri.

"Perasan!Dah pergi balik!" kata Ariana sambil menolak-nolak bahu Daniel.

"Erm.Erm.Taknak..." Daniel menggumam suara manja sambil mendekatkan wajahnya kepada Ariana.

"Eiiiiiii pergilah!Geli,tau tak?GELI?!" Ariana meninggikan suaranya.Tangannya masih menolak kuat badan Daniel yang dah dekat dengannya itu.

Daniel terus ketawa kuat.Dia tahu yang Ariana dah takut dengannya.Dia hanya mahu bergurau dengan Ariana,dia nak Ariana senyum seperti dahulu semula.

Dia berhenti ketawa dan melihat Ariana lama.Makin tak selesa Ariana dibuatnya.

"Saya nak....awak....senyum dulu!"  Daniel terus menggeletek Ariana di bahagian rusuk.Ketawa sampai tergolek-golek Ariana di atas katilnya.

I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now