"Ah!Ah!Panas!" omel Ariana sendirian selepas menghirup air teh o panas yang baru dipesannya sebentar tadi.Dia meletakkan semula cawan tersebut di atas meja sementara menunggu air tersebut untuk sejuk.Dipegang-pegang bibirnya yang terasa pedih kerana minum air teh yang panas.Matanya melihat kawasan sekeliling.Dia memilih untuk duduk di meja luar kedai makan tersebut supaya dapat menghirup udara luar yang lebih segar di samping dapat melihat orang yang sedang lalu-lalang di situ.
Selepas itu,matanya tertumpu ke arah seorang wanita yang berada di seberang jalan bertentangan dengannya.Wanita berjaket hitam itu tidak jelas wajahnya kerana sebahagian wajahnya ditutupi oleh selendang hitam juga.
'Menyeramkan pulak perempuan tu.Kenapa dengan dia?Diam je.Gerak pun tak.Cara dia tu macam tengah tengok aku je pun.Muka dia pun tak nampak.' desis hati Ariana.
Tanpa membuang masa,Ariana terus menghabiskan minumannya selepas melihat wanita itu makin lama makin berdiri tegak di situ menghadap Ariana.Lepas habis,terus ke kaunter membuat pembayaran.Risau kerana wanita itu seperti tak mengalihkan pandangan ke arah lain selain dirinya.Dia nak balik.
Nasib tidak menyebelahi dirinya apabila dia hendak melintas jalan tersebut dan terpaksa berhadapan dengan wanita itu.Wanita itu juga kelihatan seperti mahu melintas jalan juga.Ariana menunggu lampu isyarat pejalan kaki menjadi hijau untuk melintas.
Agak lama menunggu.Akhirnya,lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau.Ariana berjalan melintas sambil mukanya tertunduk ke bawah.Tidak sanggup dia untuk melihat wajah wanita tersebut yang turut berjalan menuju ke arahnya.
Ketika di pertengahan jalan,Ariana berselisih dengan wanita itu.Ariana menahan untuk mendongak ke hadapan untuk mengelak daripada terlihat wajah wanita itu.
Kini,wanita itu berselisih dengan bahu Ariana.Dia menoleh sedikit ke belakang untuk melihat Ariana berlalu melepasinya.
'Rian...jangan toleh.Jangan pusing.Cukuplah kau dah tengok dia sebelum lintas tadi.Mana tau dia nak bomohkan kau ke kan?' kata Ariana di dalam hatinya.
Setelah melintas jalan tersebut,Ariana berhenti seketika.Matanya mencari-cari wanita tadi.'Dah pergi agaknya'. desis Ariana.Dia berlalu pergi tanpa menyedari bahawa ada sepasang mata sedang melihatnya dari arah jalan bertentangan.
*******
"Hah Rian,dah balik?Kenapa nampak gelisah sangat ni?" tanya ayah Ariana,cemas melihat anaknya itu seperti baru sahaja lari daripada orang jahat.
"Hah?Takda apa lah ayah.Semuanya okay je.Kenapa ayah tanya?Ada apa-apa yang tak kena dengan Rian ke?" kini Ariana pula menyoal ayahnya.Dia terus terduduk di atas sofa di ruang tamu selepas mengunci pintu rumahnya.
"Tak...Rian tu la.Kenapa ayah nampak Rian macam takut sangat ni?Ada orang kejar Rian ke?" tanya ayahnya,duduk di sebelah anaknya itu.
"Entah.Tiba-tiba tadi rasa macam ada orang asyik perhatikan Rian je.Rian nak sarapan pun tak senang."
"Hmm..lain kali hati-hati.Tulah ayah cakap,tak payah keluar mana-mana.Buatnya kalau orang tu datang serang Rian,macam mana?Ayah juga kena cari."
"Hmm maaflah ayah.Rian tak minta pun semua ni jadi.Selalunya elok je Rian keluar pagi-pagi.Tak sangka pulak hari ni ada orang perhatikan Rian macam nak terkam saja." Ariana mengadu pada ayahnya.Ayahnya sajalah tempat dia mengadu.Tiada orang lain.Walaupun jarang bercakap dengan ayahnya,namun,bila tiba saat memerlukan,ayahnya jugalah tempatnya meminta segala.Ariana dan ayahnya teruskan berbual sambil menonton televisyen.
********
Ariana merenung di dalam biliknya.Sesekali dia menoleh ke arah jam yang tergantung di dinding.Dah pukul 11:45 malam.Ariana yang duduk di birai katil bangun dan rebahkan badannya di tengah-tengah katil sambil berfikir.
'Mula-mula ada orang ikut aku.Then,ada orang duduk sebelah aku.Then,dia ikut aku lagi.Orang yang samakah?Lepas tu,wanita misteri tu.Hmm..kenapa semuanya terjadi sekaligus?Pelik..' Ariana mengomel seorang diri sambil sebelah tangannya diletakkan di atas dahinya.Dia terasa pelik dengan kejadian yang berlaku padanya pagi tadi.Dia berfikir adakah mereka orang yang sama?Seharian,Ariana hanya terperap di dalam rumah.Ayahnya pergi kerja pulang petang.Dia tidak keluar ke mana kerana takut perkara sama berulang.
Setelah lama berfikir,akhirnya dia terlena juga.Perlahan-lahan selimutnya ditarik dan menutupi tubuhnya.
******
Ariana pergi ke tempat yang sama hari ni.Pada waktu yang sama.Alasan sama diberikan pada ayahnya.Hendak berjoging.Cuma hari ni apabila dia sampai di tempat itu,kelihatan seorang lelaki duduk di bangku yang biasa didudukinya pada hari-hari lain.
Ariana menghampiri lelaki tersebut dan bertanya."Kenapa awak duduk kat sini?Sini tempat saya!Boleh tak pergi duduk di tempat lain?" Ariana menerjah dengan soalan bertubi-tubi pada lelaki tersebut.Lelaki itu menoleh dan menghadiahkan sebuah senyuman pada Ariana.
"Apa senyum-senyum?Bangun dan cari tempat lain!" Ariana memarahinya sambil bercekak pinggang.
"Kalau saya taknak?" Lelaki itu menjawab,selamba.Matanya tidak lepas daripada terus memandang wajah Ariana yang kini sedang memarahinya.Ariana yang sememangnya tidak suka memanjangkan pergaduhan,terus beredar.Lelaki itu terlihat sedikit gelabah dan terus bangun dan mendapatkan Ariana.'Aish..memang tak boleh kalau nak bergurau sikit.' desis hati lelaki itu.
Lelaki itu lari untuk mendapatkan Ariana yang melangkah laju pergi darinya.Akhirnya,dia memegang pergelangan tangan Ariana dan menyebabkan gadis itu terhenti langkahnya.Lelaki itu berdiri di hadapan Ariana sambil kedua-dua tangannya memegang lembut bahu Ariana.
"Awak janganlah pergi dulu." Lelaki itu memulakan bicara.
"I've nothing to do with you!Tepilah!Jangan kacau saya!" Ariana menolak kasar tangan lelaki itu namun tidak mampu.
"Kejap-kejap.Dengar dulu saya nak cakap ni." Lelaki itu berkata.Ariana hanya berdiri diam.Mahu mendengar apa yang lelaki itu akan katakan."Okay,first of all,saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya ekori awak sejak pagi kelmarin."
"Then?"
"Saya cuma nak berkawan dengan awak.Tak boleh ke?"
"Memang tak boleh!Saya siapa?!Awak tu siapa?!Baru jumpa kelmarin saja dah nak minta jadi kawan.Do you think it's the easiest thing?"
"Okay okay.Listen.Memang semuanya nampak macam terburu-buru kat mata awak.Tapi..saya ikhlas nak jadi kawan awak.Please?"
"Taknak."
"Saya janji akan jadi kawan yang baik untuk awak."
"Taknak."
"Jom ikut saya pergi sarapan.Saya akan cerita kat awak.Okay?"
"Taknak!Memang tak faham bahasa ke?Once I said no,then it'll be NO!"
"Kalau awak taknak,saya peluk awak.Saya takkan lepas sampai awak cakap YES." Lelaki itu mengusik Ariana dan membuatkan gadis itu menjadi sedikit gelabah.Dia mendekatkan dirinya dengan Ariana.
Ariana semakin menjadi tak tentu arah.'Haish..nak lari pun,tangan dia ni kuat sangat.Sah-sah aku tak boleh lepas diri ni.Aduhhhaii..macam mana ni?' Ariana mengomel sendirian dalam hatinya.
Akhirnya,Ariana terima.Mengalah jugak dia.Lelaki itu dah tersenyum lebar mendengar jawapan Ariana.Bukan niat dia hendak menakut-nakutkan Ariana cuma dia terpaksa.Itu saja cara untuk membuat Ariana mengikutinya untuk bersarapan.
Lelaki itu memegang erat pergelangan tangan Ariana sambil menariknya untuk mengikutinya ke kedai makan untuk sarapan.Ariana hanya mengikuti.Dah tau yang dia memang takkan terlepas dari lelaki itu.
YOU ARE READING
I'LL PROTECT YOU- [COMPLETE]✔
FantasyDaniel mengekori Ariana atau lebih dikenali dengan nama 'Rian' ke mana sahaja dia pergi.Dia menyukai Rian dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Namun apakan daya,Rian seorang yang pendiam,suka bersendirian dan bersikap dingin apabila bertemu...