Shafika membuka matanya perlahan-lahan sebelum memandang ke sebelah. Dia tersenyum kecil melihat ada sarapan serta nota kecil. Tak lain tak bukan kerja siapa lagi kalau bukan Farrid Affiq.
Dia bangun bersandar di kepala katil sebelum mencapai nota kecil di tepi pinggan. Senyuman lebar mula terbentuk.
My Princess,
Good morning! Tahu sayang tengah senyum sekarang. Sorry sebab tak kejut. Saya nak cepat sebab pagi ni ada meeting penting. Tu sarapan, saya dah sediakan. Have a nice day, Sayang ❤ Love you, always! By the way, kata nak keluar dengan Farah kan harini? Okay, I let you go. Enjoy yourself. Bye 🌹
Love,
Imam awak.
Shafika tergelak kecil baca setiap satu perkataan tu. Farrid tak pernah miss buat kejutan macam ni. Dia memandang sarapan yang disediakan suami dia. Macam mana dia nak hidup tanpa Farrid ni kalau hari-hari dapat layanan macam ni.
Dah tiga bulan dia duduk serumah dengan lelaki itu dan tak pernah lagi Farrid sakitkan dia atau marah dia. Bahkan dia dilayan selayaknya seorang isteri.
Shafika bangun sebelum bersiap nak jumpa Farah. Entah apa kena budak sorang tiba-tiba nak jumpa. Siap beria suruh Qisha dan Zulaikha join sekali.
Tapi bagus juga sebab dia sendiri dah lama tak jumpa mereka bertiga. Rasa rindu tu bertandang setiap hari.
¤¤¤¤
Farah menghirup air dia entah kali ke berapa entah. Budak bertiga tu dari tadi cakap on the way tapi batang hidung pun tak nampak lagi.
Seketika dia termenung memikirkan cara bagaimana nak cakap hal itu pada sahabat-sahabat dia. Bukan mudah nak cakap kalau dah bertahun dia diam je.
Farah mengeluh.
" Assalamualaikum. Jauh termenung " tegur Qisha sebaik sahaja duduk di hadapan Farah.
Farah tersentak. Dia menjawab salam sebelum memandang tiga orang itu. Dah lambat pastu maaf pun takde. Eh eh.
" Lambat! Bengang aku tunggu korang ni " Farah merengus geram memandang sengihan budak bertiga tu.
Zulaikha tersenyum. Tahu si Farah ni bengang tapi bukan senang mereka nak keluar bila dah kahwin ni.
" Sorrylah. Daniel tu kalau bab aku keluar ni susah sikit " Zulaikha menggenggam erat tangan Farah di sebelah dia.
Farah mengeluh sebelum mengangguk. Memanglah. Zulaikha kan mengandung, memang payahlah Daniel nak lepaskan isteri dia seorang ni.
" Hah, kenapa nak jumpa? Macam penting je " Shafika memandang Farah.
Qisha dan Zulaikha menyokong Shafika. Tengok muka Farah pun tahu ada yang merungsingkan gadis itu.
Farah menarik nafas dalam sebelum membuka mulut.
" Aku nak tunang dah hujung bulan ni "
Krik. Krik.
Semua terkedu. Dorang tak salah dengar kan?
" What?! "
" Tunang?! "
" Kau biar betul! "
Farah mengurut dahi dia. Dah agak dah dia akan dapat tindak balas macam ni. Sebab tu dia debar tu nak cakap.
" Ye betul. Mak aku tulah pergi jodohkan aku dengan anak kawan dia. So, aku terima jelah. Walaupun tak pernah jumpa laki tu " Farah menunduk. Dia sendiri pun tak tahu nak cakap apa sebenarnya.
Shafika, Qisha dan Zulaikha saling berpandangan. Kesian pula tengok Farah ni. Mereka faham apa yang dialami gadis itu. Bahkan mereka nampak macam mana gadis itu nak bangun.
" Apapun yang terbaik untuk kau, kitaorang sokong. Mungkin kau patut kejar kebahagiaan kau juga. Jangan asyik kerja je. Tak baguslah Farah " nasihat Qisha. Bukan dia tak tahu bagaimana Farah ni kalau dah hadap kerja tu.
" Betul tu. Maybe ni masa kau untuk move another step. Entah-entah jantan tu pun dah bahagia dah " ujar Shafika.
Zulaikha hanya mengangguk setuju.
Farah diam. Mungkin betullah cakap sahabat-sahabat dia ini. Dia patut kejar kebahagiaan dia. Lagipun mak dia sendiri dah bising bila nak kahwin. Erghhh!
" Fine. Aku ikutkan je. Dahlah tak pernah jumpa lelaki tu " rungut Farah. Dia sendiri pun tak kenal siapa bakal tunang dia. Eyy lawak lah.
Shafika dan yang lain menggeleng kepala. Macam-macam hal lah Farah ni. Pening kepala mereka. Tapi apapun melihat Farah akan jumpa soulmate dia, itu sudah cukup buat mereka bahagia.
Apa yang diharapkan oleh mereka,
Semoga lelaki tu dapat jaga hati dan perasaan Farah sebaik mungkin. Hargai gadis itu. Itu je.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...