Bam!!
Terhinjut bahu Sorfina bila Farrid menghempas fail hitam itu ke atas meja dia.
" You ni dah kenapa? "
Farrid tersenyum sinis. Seriously perempuan ni pura-pura depan dia? Memang cari pasal.
" Ni projek dekat London tu. Lepasni Carl yang akan settlekan dengan kau. Aku akan tarik diri. No excuse Sorfina! " ujar Farrid tegas. Dia dah cukup tahan dah tapi bila sampai melibatkan isteri dia, jangan harap dia nak diam.
Sorfina terkejut. What?! Mana boleh macam ni!
" You can't do this! You tahu kan ni tanggungjawab you! Kenapa nak tarik diri!? Oh isteri you hasut ke? Meh sini I brainwash perempuan tu! " marah Sorfina. Bengang dia bila tiba-tiba Farrid tarik diri.
" Shut up woman! Shaff takde kena mengena dalam hal ni! Kau jangan berani-berani nak sentuh dia walau seinci! Disebabkan kau punya perangai ni! " Farrid menunding ke arah Sorfina sebelum menyambung.
" Dia dalam wad sekarang! Dia sakit sebab perangai tak guna kau ni! Apa motif kau hantar gambar tu semua dekat dia? Kau nak dia mati ke!? Ke kau nak anak aku mati sebab kau!? I warn you Sorfina! Or not, we're over. You boleh berambus dari office ni! " Farrid terus keluar dari bilik itu dengan hati membara.
Sorfina yang ditinggalkan itu tergamam. Mana Farrid tahu semua kerja dia? Mesti perempuan tu yang cakap! Shit!
Menyusahkan dia betullah! Tapi Farrid takkan main-main dengan setiap kata-kata dia. Apa yang keluar dari mulut lelaki itu, dia yakin Farrid akan tunaikan.
Macam mana ni?
Tulah Sorfina.
Kau pergi tebuk sarang tebuan tu dah kenapa?
¤¤¤¤
Shafika yang baru keluar bilik air itu tersentak bila Farrid terus meluru ke arah dia.
" Uit! Dah kenapa ni? " Shafika tergelak kecil. Nasib baik dia tak terjatuh.
Farrid menekup wajah Shafika dalam tangannya. Wajah ini dah berjuang nak bertahan untuk dia. Tapi dia langsung tak hargai.
Ya Allah Shaff! Apa yang kau dah berkorban untuk aku?
" Awak! "
Tersentak Farrid bila Shafika menepuk bahu dia.
" Kenapa ni? " hati dia menyatakan Farrid harini agak terganggu. Tapi kenapa?
Farrid cuma senyum.
" Takde apa. Discharge harini kan? Dah siap? " Farrid terus memimpin Shafika ke arah katil.
" Haah harini. Ni dah siap dah. Tunggu awak je lah tadi. Boleh kita balik sekarang? " tanya Shafika.
Dia taknak tanya lebih lanjut lagi kenapa Farrid macam baru habis marah sebab itu hal privasi Farrid. Dia lebih baik diamkan diri sahaja.
Farrid mengangguk sebelum membantu Shafika.
No matter what happen, dia akan jaga wanita dia, bidadari dia ini.
" Lepas ni kena makan banyak. Untuk baby. Untuk sayang juga. Kalau tak, kurus sangat sayang ni. " bebel Farrid.
Shafika di sebelah cuma tergelak kecil. Farrid kalau tak membebel memang tak sah.
" Saya teringin nak makan nasi goreng seafood. Awak masak boleh? " pinta Shafika.
Farrid dah kaku.
Ni part paling tragis.
Part bila isteri mengidam.
Melihat Farrid diam, Shafika sembunyi senyum.
" Tak boleh ea? "
" Eh eh bolehh je. Nanti kita sampai rumah, saya masak " kalut Farrid nak jawab.
Satu, dia taknak Shafika mengamuk.
Dua, dia taknak Shafika sedih.
Tiga, dia sayang budak sorang ni.
So kena tunaikan permintaan puteri tersayang.
Mendengar kata putus Farrid, Shafika tersenyum lebar.
Baby, papa awak dah balik. We're going to torture him okay. Hahaha!
Sepanjang Shafika duduk rumah tu seorang diri, memang dia sunyi sangat. Tapi bila sekarang Farrid depan mata dia, dia cuma rasa nak buli lelaki itu.
Sebab?
Sebab tinggalkan dia.
Hahah!
Soal Sorfina, dia akan tolak tepi sebab dia nak jalani hari-hari bahagia dia dahulu. Lepastu baru dia settlekan perempuan meroyan itu.
Ingat senang nak rampas title Mrs. Farrid Affiq tu daripada dia?
Go to the river and die there.
Tbc
![](https://img.wattpad.com/cover/130887503-288-k903341.jpg)
YOU ARE READING
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...