Angin yang kuat tak menghalang diri dia untuk terus menikmati pemandangan matahari terbenam. Suasana tenang itu sedikit sebanyak menarik segala masalah dia.
Sepanjang dia berdiri teguh sebagai Mrs Farrid Affiq , dia dah alami pelbagai masalah. Sampaikan hampir meragut nyawa dia sendiri.
Tapi itu tidak mematahkan sayang dia pada lelaki itu. Lelaki yang sedang berjalan mendekati diri dia.
" Pergi mana lah sayang! Penat tahu tak cari satu tempat ni " termengah Farrid mencari Shafika sepanjang resort ni.
Sekali rupanya dekat pantai ni hah tengok sunset. Ya Tuhan.
Shafika cuma senyum memandang Farrid. Sejujurnya kalau dia tak kenal lelaki ini, mungkin dia takkan rasa semua sakit tu.
Tapi Allah dah takdirkan Farrid ini sebagai jodoh dia. Lelaki yang bakal membimbing dia ke syurga. Lelaki yang menjadi tulang belakang dia.
Apapun yang Allah takdirkan untuk kita itu adalah yang terbaik. Bukan saja-saja Allah hantar mereka semua.
Setiap ujian itu ada hikmahnya.
Setiap derita itu ada bahagianya.
" Terima kasih "
Eh?
Farrid mengerutkan dahi. Terima kasih untuk?
" Sebab bawa saya pergi sini. "
Oh okay faham.
" Sama-sama. Small matterlah sayang. Lagipun you need a rest. Tak penat ke jaga Farhan yang dah nak dekat setahun tu. Macam-macam ragam budak tu hahaha " Farrid memeluk bahu Shafika sebelum menghadap ke laut yang luas.
Sungguh ciptaan Allah itu yang paling indah. Dan dia sendiri dah nampak buktinya.
Farrid menoleh ke sebelah.
Bahkan bidadari ini juga ciptaan Allah yang paling indah.
" Ciss. Biarlahh. Jaga Farhan tu tak penat pun sebab itu memang tugas saya sebagai umi dia okay " geram je Shafika dengan Farrid ni lah.
Nipun mereka tinggalkan Farhan dengan keluarga mereka. Sebab? Farrid gedik nak honeymoon bagai.
" Hah iyelah sayang intan payungku. "
Shafika menjeling sahaja Farrid yang lagi tinggi daripada dia. Sengaja nak menyakat orang ke tu. Dahlah tinggi, penat nak dongak pandang mamat sebelah ni.
" Awak ni tinggi sangatlah, Farrid "
" Ye tahu. Setinggi cinta kita hahahahah "
Berdesup Shafika sepuk lengan Farrid di bahu dia. Apa ni!
" Mengarutlah hahaha menyampah betul dia ni taw "
Farrid cuma senyum. Sungguh dia rindu saat-saat macam ni. Saat di mana dia mengusik wanita ini. Saat di mana mereka berbual mengenai kisah mereka.
" Travel nak?? "
Shafika macam hah?
" Travel ke mana? "
" Travel ke jalan cinta kita yang kita tak tahu penghujungnya macam mana. "
Hah gitu ayat dia!
Shafika tak dapat nak tahan senyum dah. Kenapa clingy sangat ni?
" Jom. Lagipun di mana awak berada, In Sha Allah dekat situ saya ada. Awak kan Kapten. Saya ni penumpang je hahah " nak tak nak layankan je sikap Farrid.
" Whoaa dah pandai dahh sekarang ea " usik Farrid.
" Well Mrs Farrid Affiq kenalah faham Mr Farrid Affiq dia macam mana " balas Shafika.
Terhibur Farrid dengan Shafika ni. Kan dia dah cakap Shafika adalah kesukaan dia sejak dahulu lagi.
Bukan dia pilih gitu je.
Shafika adalah wanita yang dia pilih sebagai Mrs Farrid Affiq sejak pertama kali mereka berjumpa.
Dan sampai bila-bila nama itu akan tetap pegang title itu.
Nama itu akan tetap menjadi ibu kepada anak-anak dia.
Nama itu akan tetap selalu jadi bayangan dia.
Pemilik tulang rusuk dia.
Dan bagi Shafika, Farrid adalah seseorang yang dia pilih untuk bimbing dia.
Seseorang yang pertama kali buat jantung dia bagai nak tercabut.
Seseorang yang buat dia fangirling sangat.
Seseorang yang sampai bila-bila akan dia sayang.
Itu pilihan dia.
Dan dia takkan berhenti untuk pertahankan title Mrs itu pada diri dia.
Sebab lelaki itu yang memilih diri dia.
Terkadang kita tak sangka orang yang kita rasa kita takkan dapat jangkau itu memilih diri kita untuk jadi pendamping dia.
Tapi kalau Allah dah kata jadi, maka jadilah.
Sebab Farrid itu jodoh dia.Dan In Sha Allah jodoh mereka akan kekal.
Sampai Jannah.
Janji lelaki itu menjaga dia, serta janji dia untuk setia..
Akan tetap kekal sampai bila-bila.
Sebab dia isteri lelaki itu.
T H E E N D
Habis dah! Official tamat 😭😭 Setelah berhempas pulas menghabiskan dalam beberapa hari hahaha!
Terima kasih untuk yang support walaupun rasa macam apasal hambar je ni hahaha 💕😂 Terima kasih banyak2 sbb sanggup bertahan untuk tunggu setiap update yang lambat 💕😂
So, how the ending?
Nak epilog ke? 😂
Lepasni dah boleh fokus dekat cerita Hadiah Dari Dia pula. Fuh struggle 💔😂
Btw, mohon komen apa pendapat anda mengenai cerita ni. Sebab macam lari dari plot asal sebenarnya 😂💔💕

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romansa[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...