Shafika mendekati katil bayi yang berada di dalam bilik itu. Kelihatan ada seorang bayi sedang terlena.
Kenapa aku rasa rindu dengan seraut wajah suci ini? Siapa bayi ni?
" Itu anak kita. Farhan Shazwan. Sayang mungkin tak ingat dia tapi saya tahu mesti ada satu perasaan dalam diri tu bila tengok dia. " ujar Farrid sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik mereka.
Dia meletakkan beg baju Shafika sebelum mendekati isterinya. Tipu kalau dia cakap dia tak sedih tengok keadaan isteri dia tapi ini takdir dia. Jadi nak tak nak dia kena berdepan juga.
" Anak kita? "
Shafika rasa satu perasaan berat bila sebut perkataan itu. Tak sangka dia memang betul-betul ada anak. Bahkan sebelum dia naik ke bilik ini, dia nampak gambar dia bersama lelaki sebelah ini.
Memang betul Farrid Affiq ini suaminya dan bayi yang tidur ini adalah anaknya. Ya Tuhan.
Mesti berat Farrid hendak berdepan dengan semua ini.
Farrid yang sedang merenung wajah Farhan tersentak bila terasa lengannya dicengkam.
" I'm sorry. Sorry for everything. Saya lupa awak. Lupa anak kita. Bahkan lupa siapa saya. I.. " belum sempat Shafika habis , dia ditarik ke dalam satu pelukan.
" Shuhh its okay.. We will face this together.. Saya akan cuba kembalikan ingatan awak. Don't worry. " Farrid memeluk erat tubuh itu.
Dia tahu Shafika bukan sengaja nak lupa mereka semua. Tapi ini semua dugaan. Malah dia takkan paksa Shafika untuk ingat balik semua. Sebab itu cuma akan menyakitkan isteri dia.
Pada mulanya Shafika rasa janggal tapi lama kelamaan dia membalas pelukan itu.
Tenang.
Ye itu yang dia rasa.
Sedikit sebanyak senyuman kecil mula terukir.
Ya Allah, jika betul dia jodohku.. Kau kembalikanlah ingatanku tentang dirinya.. Kerna aku tak sanggup melihat dia berusaha untuk kami semua..
" Nak pegang Farhan tak? "
Terkebil-kebil Shafika untuk seketika. Pegang? Bayi tu?
Erk? Kuat ke dia?
Farrid cuba menahan gelak melihat riak wajah isterinya. Dia tahu apa yang difikirkan Shafika.
" You can. Shaff ni umi dia. Takkan sayang nak sakitkan dia pula. Kan? " ujar Farrid sebelum mengangkat Farhan.
Perlahan-lahan Shafika menyambut bayi itu.
Allah !
Sebaknya hati dia.
Ini anak dia.
Anak yang berjuang dengan dia dulu.
" Farhan Shazwan. Maafkan umi sebab lupakan Farhan. Umi tak sengaja, sayang. Tapi umi janji umi akan cuba untuk mengingat balik. Umi janji sayang. " bisik Shafika.
Getaran suara itu membuatkan Farrid rasa sedih. Shafika sendiri sedih apatah lagi dia. Jadi dia berjanji akan kembalikan memori mereka semua. Kalau pun tak berjaya, mereka boleh cipta memori baru.
Asalkan Shafika tak tinggalkan dia.
Cukup.
Bahagia dia depan mata.
Melihat Shafika bermain dengan Farhan, cukup membuatkan hati dia lega. Setidaknya Shafika tidak takut dengan mereka.
Di sisi lain, Shafika senang melihat mata bundar itu. Wajah suci ini.
Ini ke anak yang dia kandung?
Alhamdulillah.
Sebab cukup sifat.
Dia bersyukur sangat.
" Awak ni comellah. Umi rasa macam nak gigit je pipi awak ni " jari telunjuknya dicucuk perlahan-lahan di pipi anaknya.
Tergelak kecil Farrid bila dengar ayat isterinya.
" Sayang oi, agak-agaklah nak gigit pipi dia. Ya Allah " tergeleng kepala Farrid sambil mengemas barangan Shafika tadi.
Shafika cuma mampu tersengih sahaja sebelum membawa diri ke katil mereka. Perlahan-lahan dilabuhkan duduk ke atas katil.
" Tengok jari comel awak ni. Alahaiii cutenya.. "
" Kaki ni pun comell "
" Eyy umi jealouslah tengok awak comel sangat "
Setiap yang dikatakan Shafika itu Farrid dengar. Dia tersenyum melihat betapa mesranya Shafika bersama anak mereka.
Betullah. Allah takkan uji seseorang melainkan dengan kesanggupannya.
Dan Farrid sanggup untuk berdepan dengan semua ini sebab dia tahu Allah sedang uji dia dengan ujian yang dia mampu tempuhi.
Dan dia takkan berhenti untuk kembalikan bidadari dia.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...