" Seriuslah dia cakap macam tu?! " Farina terus bangun daripada baringnya.
Mahu tak terkejut bila kakaknya balik sahaja tengok muka macam tak cukup oksigen. Sekali ditanya, hah amik! Tunang sendiri confess.
Farah memicit kepalanya. Payah ada adik kepochi macam ni. Nasib baik seorang je. Kalau ramai lagi? Mahu kena halau bilik semuanya.
" Betullah. Nak tipu buat apa? Akak rasa macam nak tercabut jantung masa tu tahu tak " Farah memandang siling biliknya. Dia tak habis fikir kenapa Adwan boleh seberani tu cakap dia sayangkan Farah.
Farina tersengih kecil.
" Habis tu akak suka dia tak ? Sayang tak? "
Farah terdiam. Dia.. Tak tahu..
" Kak! Jawablah cepat " gesa Farina.
" Hm gilalah tak sayang tunang sendiri "
Farina terus terjerit kecil. Wehh kakak dia dah move on weh! Hahaha!
Farah membuat muka. Adik dia ni kalau bab benda macam ni lagi over daripada dia. Apalah dalam kepala tu. Ibu dia salah bagi makan ke dekat budak ni masa kecil dulu.
" Tak sabar nak tengok korang naik pelamin. Hahaaha! " berdekah Farina gelak bila Farah tutup telinga malas nak dengar.
Satu dia suka tentang kakak dia. Kakak dia tak boleh kena usik, nanti mulalah gelabah lepastu malas nak dengar lah apa lah. Hahahah!
" Kau merepek lah Farina. Dah ! Keluar sana. Akak penat ni. Nak rehat. " Farah terus menolak bahu Farina. Dia punya penat tak hilang lagi ni. Jangan cari pasal.
" Hahaha yelah kak. I'm happy when you're happy. Adik tengok macam mana akak pernah derita dulu. So kira abang Adwan tu best man akak lah ye. Hahah " Farina terus meninggalkan Farah.
Untuk seketika, Farah termangu. Betul ke?
Adwan Naufal?
Best man dia?
Farah tersenyum kecil. Dia takkan letak harapan tinggi selagi mereka takde ikatan yang sah. Cukup sekali dulu dan takkan pernah terjadi.
¤¤¤¤
" Kau gila Ad " Adwan mengeluh.
Dia teringat apa yang jadi dekat basement tadi. Beraninya dia luahkan benda macam tu. Sejak bila Adwan Naufal mula berubah ni?
Namun bila terbayang riak wajah terkedu gadis itu tadi, dia mula terbayang jika Farah itu betul-betul jodoh dia.
Mungkin ke gadis itu punya perasaan yang sama?
" Arghh serabut kepala aku. Baik bersihkan diri. Mahu gila otak fikirkan benda tu "
Adwan terus capai tuala di tepi pintu sebelum masuk ke dalam bilik air.
Pagi itu,
" Hah barang semua dah beli? " tanya Puan Khadijah sebaik sahaja anak lelakinya itu duduk.
" Baju belum. Lain dah "
Adwan mencapai roti serta teh untuk dijadikan sarapan dia. Malas nak makan berat.
" Farah okay? "
Tersentak kejap Adwan dengan soalan mamanya.
" Okay yang macam mana mama nak? "
Puan Khadijah geram je dengan perangai selamba anaknya yang seorang ini.
" Okay ke jadi isteri Ad nanti? Pilihan mama tak salah kan? "
Adwan tersenyum. Mama dan concern dia memang tak boleh jauh.
Dia bangun sebelum melangkah ke arah pintu. Namun terhenti sebelum memandang mamanya di meja makan.
" You choice.. "
Puan Khadijah menanti.
" is the best one. She's the one "
Senyuman terlakar mendengar jawapan anaknya itu. Alhamdulillah jika anaknya mampu terima gadis itu.
Nampaknya Adwan mula terima gadis itu walaupun dulu punya payah nak terima. Tapi sekarang, dia nampak sedikit sebanyak riak wajah bahagia di situ.
Adwan tergelak kecil bila ingat jawapan dia tadi. Rasanya dia memang dah jatuh hati dah ni. Alahaii.
Apa kau buat dekat aku, Farah? Sampai hati ni tak pernah berhenti memanggil kau. Hahaha.. Aduhaii Adwan.. Habislah kau..
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...