33

9.9K 288 2
                                    

Sebaik sahaja masuk ke dalam wad itu, Farrid menghela nafas. Shafika masih terbaring kaku di situ. Hanya bunyi mesin sahaja yang kedengaran di sekeliling mereka.

Hampir tiap hari Farrid takkan miss untuk datang menjaga isteri dia. Tak pernah ada rasa jemu dalam diri dia apabila berkaitan dengan Shafika. Tak pernah.

Skrett!

Kerusi ditarik dan Farrid melabuhkan duduk. Tangan wanita itu dicapai sebelum dilekapkan di pipi.

Ya Tuhan, aku tak sanggup nak melihat bibdadariku dalam keadaan macam ni. Kau kuatkanlah tubuhnya untuk melawan segala sakit itu. Kau bangunkanlah dia dari tidur yang panjang ini.

Seminggu berlalu dan Shafika masih macam ni. Tanpa khabar berita. Bahkan anak mereka juga terpaksa Farrid minta tolong uminya untuk jaga.

" You what.. Saya dah bagi nama anak kita.. Farhan Shazwan. .He's strong.. Like you.. "

Mengingatkan wajah anak mereka yang saling tak tumpah seperti Shafika, Farrid mula sebak.

" Bila nak bangun Shaff? Aku tak kisah kalau kau bangun, kau lupa aku asalkan kau bangun. Just wake up. For me. For our son. For us. " bila Farrid mula menggunakan perkataan aku kau itu tanda dia dah cukup terseksa.

Terkadang dia berserah untuk apa yang bakal jadi pada takdir mereka. Dia tak kisah kalau Shafika bangun dan lupa dia ini siapa. Tapi dia nak wanita ini bangun. Lihat anak mereka. Lihat diri dia.

" Selalunya mata ni yang akan pandang aku. Tak kira pagi malam.. Tapi kenapa sekarang kau tutup mata? Memang taknak tengok aku ke? " Farrid sedar suaranya bergetar.

Tangisan yang dia dah simpan lama itu bakal terhambur sekejap lagi. Dia bukan manusia yang kuat untuk semua ni.

Tapi dia tahu bahwa Allah takkan uji hambaNya tanpa mengetahui batas kemampuan mereka.

Farrid tahu Allah yakin dia mampu hadapi semua ini.

Shafika bakal sedar.

Meskipun ada effect yang besar pada mereka.

" Wake up dear because we miss you. Just remember that Farrid Affiq will always love you " bisik Farrid sebelum mengesat air matanya.

Tanpa dia sedar, ada air yang mengalir di tubir mata Shafika.

¤¤¤¤

Shafika tak tahu dia dekat mana sekarang ini. Apa yang dia lihat cuma padang pasir yang terbentang luas. Kakinya tetap berjalan. Melangkah dan terus melangkah.

Tanpa hala tuju.

" Mana semua orang? Kenapa aku sorang je dekat sini? " gumam Shafika.

Tiba-tiba datang angin menghalang pandangan dia.

Di hujung sana, ada susuk tubuh yang dia kenal. Dia tahu itu siapa.

" Farrid? "

Semakin dia dekat, semakin lelaki itu menjauh. Semakin dia melangkah ke depan , semakin jauh lelaki itu melangkah ke belakang.

Tapi kenapa?

Dia ingin menjerit tapi suaranya langsung tidak keluar. Bersungguh dia cuba untuk menjerit tapi tidak boleh.

Ya Allah!

Tiba-tiba keadaan bertukar.

Hampir terduduk Shafika bila ada kanak-kanak lelaki berada di sebelah dia. Tersenyum melihat dirinya.

" Umi. Bangunlahh. Han tunggu umi. "

Berkerut dahi Shafika.

Umi?

Han?

Siapa budak ini?

Baru ingin bertanya, bayangan kanak-kanak itu lesap.

Sehingga datangnya satu cahaya yang terang benerang menghiasi wajah Shafika.

¤¤¤¤

Farrid mengelap tubuh Shafika. Rutin harian dia yang tak pernah dia tinggalkan. Kalau boleh, dia taknak orang lain jaga kebajikan isteri dia.

Tiba-tiba Farrid rasa jari jemari Shafika bergerak. Namun mata itu tidak kunjung terbuka.

Mungkin firasat sahaja.

Sebaik sahaja keluar dari tandas, Farrid tergamam. Dia terkaku di pintu tandas melihat apa yang terbentang di depan mata.

Shafika...

Dah sedar?

Orang yang selama ini dia tunggu dah sedar?

Ya Tuhan!

Baru sahaja ingin memeluk gadis itu, Farrid terkedu dengan soalan Shafika.

" Awak siapa? "

Degg!

Keadaan yang dia tahu bakal terjadi.

Dah terjadi dah pun.

Shaf lupa dia siapa.

Lemah rasanya Farrid ingin berdiri.

Untuk terima hakikat,

Shafika hilang ingatan.

Tbc

Okay done. Next update kena tunggu 4 hari. Sebab sis dah start kerja petang ni. Jumpa ahad nanti 😂🙋

Mrs Farrid AffiqTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang