Terasa jarinya digenggam, Shafika menoleh ke sebelah. Dia tersenyum kecil bila nampak Farrid. Mereka memandang ke arah yang sama.
Farah dan Adwan.
" Lega? "
Berkerut dahi Shafika mendengar soalan Farrid. Lega sebab apa?
" Sebab? "
Senyuman kecil terbentuk. Clueless betul isteri dia ni.
" Sebab sahabat baik sayang dah ada penjaga dia. Saya tahu awak paling risaukan dia. Bahkan teramat risau. Iman dan Daniel pun nampak betapa korang risaukan budak tu. "
Keterangan Farrid cukup buat Shafika faham makna disebalik lega itu apa. Ye, sejujurnya dia lega. Selagi Farah sendiri, selagi itu dia, Zulaikha dan Qisha tak tenteram. Sebab itu dia lega bila datangnya Adwan Naufal dalam hidup Farah AzZahra.
" Hm lega. She deserve this. Harap-haraplah Ad pandai jaga hati dia " Shafika tergelak kecil bila mengingatkan betapa keras kepalanya Farah tu.
Farrid menarik Shafika rapat dengannya. Dia sebenarnya ada benda nak cakap tapi masa harini tak seberapa nak sesuai lah pula. Mungkin esok atau lusa.
" Kekadang aku rasa bukan Farah yang kahwin tapi korang berdua ni hah " perli Zulaikha sambil mendekati mereka.
Qisha, Iman dan Daniel tergelak. Betullah tu. Tak habis-habis nak tayang kemanisan tu. Hishhh sakit mata tengok hahaha.
" Cehh macam lah Niel tu tak pernah nak manjakan kau,Zu " balas Farrid.
Daniel berdehem kecil. Apa ni kaitkan dia pula. Aduhmak.
" Kau jangan Farrid. Kang kalau terserlah dekat sini kang, ada yang malu kang " balas Daniel sambil memaut bahu Zulaikha.
" Kita nak rapat macam mana pula ni Qish? Masing-masing dah paut bahu isteri dah. " usik Iman pada Qisha.
" Kita paut lengan awak je lah hahahah " Qisha terus memaut lengan Iman sebaik sahaja berkata.
Mereka semua terus tergelak dengan kerenah masing-masing. Macam-macam hal walaupun dah jadi mak ayah budak dah.
" Ni apa ni seronok sangat ni " tegur Farah mendekati mereka. Penat layan tetamu yang lain.
Tautan tangan dia dan Adwan langsung tak lepas. Sebab? Adwanlah taknak lepas. Menyampah betul.
" Ehh pengantin kita sampai. Fuh tangan taknak lepas hahah "
Yang lain tersenyum mendengar usikan Iman.
" Eh eh diamlah. Sebok je " Farah menjegilkan mata pada Iman. Malu lah woi!
Adwan cuma diam sambil tersenyum. Bukan taknak lepas, dia cuma taknak jauh daripada kekasih hati dia. Lagipun dia nampak betapa terkial-kial si Farah ni nak jalan dengan heels macam tu.
" Congrats babe. Lepasni bagi anak buah dekat aku cepat sikit. Lawan dengan Shaff hahaha " usik Zulaikha.
Merah terus muka Farah bila diusik macam tu. WEH BARU KAHWIN LAH! APA NI CAKAP PASAL ANAK NI.
" Coming soon hahah " balas Adwan mengiakan kata-kata Zulaikha.
Yang lain terus tergelak besar bila Farah sepuk lengan Adwan sampai mengaduh sakit lelaki itu. Geram punya pasal.
Shafika tersenyum kecil. Lawan dengan dia? Nak lawan apanya kalau dah ada dah pun dalam perut ni. Dia saling berbalas pandang dengan Farah.
Rahsia. Ye ni rahsia mereka berdua. Berbuih mulut Farah tu bebel suruh beritahu Farrid tapi dia yang taknak. Sebab dia masih tak sedap hati nak beritahu.
Sorfina. Ye perempuan tu betul-betul menghantui diri dia.
Farah cuma diam. Dia tak larat dah nak bertekak dengan Shafika untuk benda ni. Ikutkan hati nak je dia beritahu sendiri tapi atas sebab hormat sahabat dia, didiamkan sahaja benda itu.
Sampai masa, Farrid tetap kena tahu hal ni.
" Korang makanlah dulu. Nanti sambung borak lagi "
Mereka semua mengangguk sebelum berjalan meninggalkan Farah dan Adwan.
Awkward. Ye itu Farah rasa bila berdua ni.
" Bernafas dengan betullah Zahra. Tak payah kejung macam tu "
Farah menjeling orang sebelah. Selamba je ayat dia ek.
" Kekoklah Fal. Macam hm kena ambil masa bila berdua macam ni " ujar Farah. Ye dorang decide nak panggil nama belakang je. No aku kau. Mahu kena bebel satgi.
Adwan tersenyum kecil. Dia faham perasaan Farah tu bahkan dia sendiri pun sama tapi sampai bila nak kekok kan. Kena lah juga biasakan diri.
" Sama-sama usaha k sayang. Dah jom pergi sana pula " Adwan terus menarik Farah.
Farah?
Tergamam sebab Adwan panggil dia sayang. Hahahahaha!
Tbc
ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romantik[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...
