Adwan meletakkan secawan susu di atas meja sebelum melabuhkan duduk di sebelah Farah.
" Have fun? "
Farah menoleh sebelum mengeluh. Dia meletakkan kepala di bahu Adwan sebelum memulakan cerita.
Melihat tingkah Farah, Adwan tahu ada yang mengganggu fikiran wanita dia.
" Shaff. Farrid. I don't know what will happen to them. Harini Zahra nampak muka murung Shaff bila keluar. And guess what? "
Adwan menjongketkan keningnya bertanya bila Farah mendongak.
" Shaff tak minta izin dekat Farrid pun masa nak keluar tu. Bila Zahra suruh, baru dia WhatsApp mamat tu. As a friend, Zahra tak boleh tengok keadaan kawan sendiri jadi macam ni. " Farah memandang tautan jari mereka.
Gosh! Kecilnya tangan aku dalam tangan dia.
Adwan mula faham sekarang. Farah nampak serabut sebab dia tak sanggup tengok keadaan Shafika yang tengah mengandung lepastu kena tinggal lagi tu.
Dan mengenali seorang Farah AzZahra yang sangat overprotektif ini, Adwan sangat faham keadaan isteri dia.
" Look dear. Kita tak boleh masuk campur hal dorang. Let them settle this by their own. Kita cuma mampu support je. Sebab ni masalah dorang. Faham tak? " Adwan menjenguk wajah Farah yang diam dalam pelukan dia.
" Faham. "
Adwan senyum. Farah seorang yang dengar kata. Itu je. Nasihat kena lembut kalau tak, melenting budak seorang ini.
" So, as a good friend.. You just have to support Shaff. Jaga dia masa Farrid takde ni. Fal bagi je keizinan kalau Zahra nak pergi lawat Shaff. You have my permission. Okay? " Adwan faham situasi Farah jadi tak salah kalau dia benarkan Farah untuk jaga Shafika.
Farah mengangguk.
Dia tahu dia beruntung ada Adwan Naufal yang faham dia. Faham kerenah dia. Kalau tak, dah lama kena tinggal dah.
Sometime we don't have to find someone that we love so much. We just have to wait the right one come for us. Come and give us a happiness.
¤¤¤¤
Shafika menggenggam erat telefonnya apabila memandang gambar itu. Dia ingatkan siapa yang WhatsApp dia dengan private number ni. Baru malas nak dilayan tapi melihat gambar suami sendiri tengah berduaan dengan perempuan paling dia takutkan tu, membuatkan hati dia membara.
" You said you won't treat her nicely. But what is this, Farrid Affiq? " bergenang air mata Shafika bila teringat kata-kata Farrid.
Kenapa mesti lukakan hati dia saat dia tengah mengandung? Kenapa mesti kecewakan dia? Kenapa?
" I hate you. Dahlah tak call lepastu marah bila dah call. After that what!? This kind ass picture!? " marah Shafika.
Bergema suara dia dalam rumah itu.
Bila orang yang kita sayang buat kita macam patung yang senang-senang diperbodohkan, sakit tu lebih terasa.
Macam tulah Shafika rasa.
Farrid tipu dia!
Terus nombor Farah didail.
" Assalamualaikum. Nak apa mak buyung? "
" Waalaikumussalam. Datang sini boleh? I need a hug and you "
Farah tersentak dengar suara serak basah Shafika. Dah kenapa kawan dia ni?
Tanpa menunggu lama, dia terus bergegas ke rumah Shafika selepas meminta izin Adwan.
Sebaik sahaja melangkah ke dalam rumah itu, Shafika terus meluru ke dalam pelukan dia.
Tanpa tahu apa-apa, Farah cuma menggosok bahu Shafika bagi menenangkan wanita itu. Tak bagus sangat untuk kesihatan sahabat dia itu. Nak nak lagi tengah berbadan dua.
" Mind to share? " tanya Farah setelah Shafika tenang.
Melihat gambar yang ditunjukkan Shafika, Farah rasa darah dia naik ke atas. Naik angin. Tapi teringat nasihat Adwan,
Kita bukan siapa-siapa. Kalau nak marah, jangan tunjuk depan dia. Sabar okay.
Tarik, lepas.
Tarik, lepas.
Setelah merasakan hatinya lega , dia terus memandang Shafika.
" Kau taknak tanya Farrid? Kau jangan jump dalam satu tuduhan kalau takde bukti, kalau takde keterangan suami sendiri. Kau cakap kau percaya dia kan? So? " Perlahan-lahan Farah memujuk Shafika.
Dia faham hati ibu mengandung macam mana. Mesti terluka lepastu overthinking memanjang minah ni.
Yang dia tak faham,
Kenapa Farrid nampak gembira je dengan Sorfina dalam gambar tu?
" Aku nak call tapi aku takut dia sibuk. Aku nak percaya dia tapi aku tak boleh Farah. Aku tak boleh " sakit. Ye. Hati Shafika sakit.
Farah senyum. Comel je budak ni. Nak jadi mak orang pun masih perangai macam ni.
" Kau tu Mrs. Farrid Affiq. Pergi protect hak kau tu. Takkan nak biarkan orang rembat macam tu je? Kau faham maksud aku, Shaff. So, do it. " pujuk Farah.
Shafika ibarat adik dia. Adik yang dia sayang. Kalau Shafika ada masalah, dia akan cuba untuk ada di sisi wanita itu.
Love not just for our family, our partner but also for our friend.
Tbc
Another update?

YOU ARE READING
Mrs Farrid Affiq
Storie d'amore[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...