Sebaik sahaja keluar dari wad Shafika, Adwan menarik nafas panjang.
" Macam aku cakap sebelum ni.. Shaf maybe akan lupa ingatan dia.. She might forget about you too.. Tapi ingatan dia ni bergantung pada kita semua.. Kalau boleh, bawa dia pergi tempat yang biasa korang pergi.. Yang bakal refresh balik ingatan dia.. She will remember you again.. In Sha Allah dengan izinNya.. " Adwan menepuk bahu Farrid. Dia tahu berat lelaki itu hendak hadapi semua ini tapi sebagai sahabat, dia cuma mampu beri semangat sahaja.
Hampir luruh jantung Farrid bila dengar kata-kata Adwan. Shafika memang lupa dia. Bahkan lupa semua orang. Kenapa mesti semua ni jadi?
Farah diam. Dia tak tahu nak beri reaksi apa. Sedih? Kecewa? Marah? Dia tak tahu. Yang dia tahu cuma dia hilang sahabat dia. Shafika lupa semua memori mereka.
" Hey "
Melihat Adwan di hadapan dia, tiba-tiba sebak itu datang. Tanpa dipinta air mata itu mengalir deras.
" Shuhh.. She will be okay.. Banyakkan doa untuk dia.. She needs us right now sayang.. " Adwan tahu betapa sensitifnya Farah sekarang. Nak nak lagi bila bab sahabat.
" But she lost our memories.. Dia lupa saya, Qisha dan Zulaikha... "
Getar suara Farah sahaja sudah menyakitkan hati Adwan apatah lagi melihat air mata wanita itu.
Kekadang kita tak boleh nak ramal apa bakal jadi pada masa akan datang. Kekadang kita cuma mampu berjalan sahaja sampai masa ia akan datang.
" Dia kuat. Zahra kena percaya semua tu. You know her very well right. So you must stay qowiy. For her. For your friendship. " pujuk Adwan.
Semua sedih dengan keadaan Shafika. Tapi bayangkan situasi Farrid untuk berdepan dengan isteri yang langsung tak kenal dia? It must be hurt.
¤¤¤¤
Shafika menoleh apabila pintu dibuka. Kelihatan lelaki yang dia nampak awal tadi masuk dan mendekati dia. Kata Dr.Adwan ,ini adalah suami dia. Bahkan dia sendiri baru habis bersalin. Rasa macam tak percaya je.
" Shaff "
" Huh? Oh ye.. " rasa janggal pula nak berborak dengan lelaki ini.
Farrid tersenyum miris. Dia faham keadaan Shafika dan dia kena terima. Lagipun dia pasti dapat kembalikan ingatan wanita ini. Dia yakin itu.
Tapi Shafika tak nafikan kalau lelaki ini dekat dengan dia, jantungnya berdegup laju.
Mungkin betul ini suami dia.
" Awak suami saya ke? "
" Ye sayang . Kita ada baby, nama dia Farhan Shazwan. Tapi nanti bila Shaff dah sembuh, baru kita jumpa dia. Okay? " Ya Allah, Farrid tak boleh nak tahan sebak dia.
Dengan riak wajah polos, Shafika mengangguk.
Farhan Shazwan.
Comelnya nama.
" I promise I will make you remember everything. Everything about us. I just need you to be stay with me. Promise me? " tangan Farrid menggenggam erat tangan Shafika.
Bagai kena renjatan elektrik Shafika rasa bila tangannya bersentuhan dengan Farrid. Tapi melihat muka sedih lelaki itu, tidak sampai hati dia ingin menarik kembali tangannya.
" Saya janji. Awak pun kena usaha tolong saya. Kita sama-sama berusaha okay. " secara automatik tangannya terangkat mengusap wajah lelaki itu.
Shafika tak tahu apa dia buat cuma yang pasti dia yakin dia sayang lelaki ini.
Mungkin ingatan dia hilang tapi perasaan serta hati dia takkan berbohong.
Farrid cuba menahan air matanya mengalir tapi tidak boleh. Dibiarkan sahaja jari jemari Shafika mengesat air matanya. Sebab dia rindu akan belaian isterinya.
I miss you, sayang. Tapi saya tak boleh nak luah semua tu sebab awak langsung tak ingat siapa saya. Bahkan awak lupa semua memori kita. Siapa saya. Siapa sahabat awak. Siapa mak ayah awak. Bahkan awak lupa siapa anak kita.
Sedikit sebanyak Farrid rasa lelah dengan semua ini. Kenapa mesti Sorfina cuba menghancurkan rumah tangga mereka?
Kenapa sebab sayang, ada orang yang terluka?
Kenapa sebab sayang juga, ada orang sanggup membunuh?
Ya Allah.
Perit sangat.
Tapi itulah hakikat yang kita kena terima.
Manusia boleh berubah dalam kadar seminit sekalipun tanpa kita sedari.
Sebab manusia takkan pernah lari daripada berbuat silap.
Puncanya?
Nafsu.
Tbc
Ni last hahaha!
ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...
