15

8K 262 9
                                    

Kerja Farah agak terganggu bila telefonnya berbunyi. Siapa pula yang call dia malam macam ni aduhaii.

Adwan's calling...

Farah mengerutkan dahi. Apa yang merasuk Adwan ni tiba-tiba call? Kata nak stop contact sampai majlis lusa nanti.

" Assalamualaikum. Nak apa? Kata taknak contact. Ni apa ni? " sergah Farah sebaik sahaja mengangkat panggilan itu.

" Waalaikumussalam. Wehh sabarlah kejap. Pehh main terjah je bakal suami dia ek. Nak call sekejap pun tak boleh ke "

Farah menjulingkan mata mendengar kata-kata orang sebelah sana. Konon acah cakap nak jarakkan dirilah apa lah. Ceh gebang je mamat seorang ni.

" Hah yelah. Nak apa? "

" Kau ready ke lusa ni? Yakin dah? "

Farah terdiam. Dia..

Otaknya mula menggambarkan segala yang dia buat bersama Adwan selama mereka bertunang ni. Sedikit pun tak pernah Adwan tu sentuh dia. Sakiti dia. Tak pernah.
Hati dia? Tipu cakap tak terbuka untuk lelaki sebaik ni. Tapi kenapa masih ada ragu-ragu?

" Woii mak cik. Aku tanya ni. Kau mengelamun apa sampai mengeluh macam tu "

Farah berdecit. Kacau line lah Adwan Naufal ni!

¤¤¤¤

Adwan tahu Farah memang ada rasa tidak yakin dengan diri dia. Tapi dia dah cakap dah yang dia taknak Farah jadi orang lain. Cukup jadi diri sendiri. Bukan dia nak perempuan yang serba sempurna.

" Sabarlah. Eyyy menyampah je dengan kau ni tahu tak "

Gelakan kecil terlepas daripada mulut Adwan.

" Hah gelak lah gelak. Aku taknak kahwin karang baru tahu "

" Takde makna. Kau tetap akan kahwin dengan aku. Mana boleh aku cari lain dah. "
Adwan dengar orang sebelah sana menahan geram. Hahaha dia tak tahu kenapa bila dengan gadis itu dia kena ego tinggi daripada gadis itu. Mungkin sebab Farah memang melampau ego dia tu.

" Ehh boleh. Berlambak je perempuan dekat luar tu kau jadikan bidan terjun "

" Tapi aku nak kau. "

Terdiam. Ye Farah terdiam di hujung sana.

Adwan pun sama. Apa benda dia cakap tadi? Gila lah!

" I have something for you. Before aku letak call ni lah sebab aku kejap lagi ada kerja hahaha "

" Apa dia? "

Adwan menarik nafas sebelum berkata,

" Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Dah tengok awak pun dah berdebar,
Inikan pula kalau dah jadi bini. Ok dah. Bye. Assalamualaikum " Adwan terus meletakkan panggilan.

Farah dekat sana dah macam WHAT WAS THAT!?

¤¤¤¤

Terjatuh penyidai baju yang dipegang Shafika apabila ada tangan yang melingkar di pinggang dia. Baru nak hempuk, satu suara yang sebati dengan dia kedengaran.

" Terkejut sangat ni sayang oii " Farrid menahan gelak bila rasa betapa tegangnya bahu Shafika tadi.

Puk!

Farrid mengaduh sakit bila lengannya dipukul dengan Shafika. Padahal perlahan sahaja tapi gimik je lebih.

" Mestilah! Yang awak ni tiba-tiba menggedik ni kenapa ni? Orang nak sidai baju pun tak senang tahu tak " mula dah mulut tu membebel.

Farrid tersengih kecil je. Sejak bila lah Mrs Farrid Affiq dia ni pandai membebel. Dia perasan sejak kebelakangan ni Shafika banyak membebel sampai naik pening kepala dia.

" Sayang ni pelik. Macam orang pregnant je mood banyak berubah " ujar Farrid bersahaja.

Shafika terkedu. Hah sudah!

" Mana ada lah. Jangan nak merepek. Kalau saya pregnant, mestilah awak tahu kan " alih Shafika.

Dia teringat pula dua hari lepas masa Farah teman dia check up. Mahu dia kejung dekat situ bila doktor cakap dia pregnant. Tapi dengan kehadiran Sorfina ni dia takut nak beritahu Farrid berita tu.

" Mengelamun! Dahlah saya masuk dulu. Jangan lama-lama dekat luar. Nanti rindu hahaha " Farrid terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Shafika.

Tangan naik memegang pipi yang disentuh tadi. Macam-macam hal Farrid ni. Tapi bila dia bagitahu hal dia dan Sorfina tu. Hm.

Tbc

Mrs Farrid AffiqTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang