Balik daripada honeymoon itu, Shafika terus sibuk meneman Farah untuk persiapan tunang gadis itu. Itupun kena paksa baru nak gerak mak cik sorang tu. Macam takde perasaan je nak tunang.
" Pagi ni teman Farah lagi ke sayang? " Farrid melingkarkan tangannya di pinggang Shafika sambil dagu diletakkan di bahu wanita dia.
Shafika tersenyum. Pagi-pagi dah menggedik macam ni , haih suami.
" Haah. Banyak lagi Farah tu tak beli. Awak bagi kan saya keluar? " Shafika mengerling sedikit Farrid di belakang. Amboii mata tu bukan main pandang sarapan dia buat ni kenapa? Lapar sangat ke?
" Sure. Saya izinkan. Jaga maruah awak dan saya bila dekat luar okay. By the way, lunch saya tak balik sebab ada meeting. Awak makan je dengan Farah. Okay sayang? " Farrid mengintai sedikit Shafika yang sedang memasak itu. Weh dia nampak nasi goreng tu macam sedap. Laparnyaaa.
" Okayy. Makan juga lunch taw even awak tak balik rumah. " nasihat Shafika. Risau mamat ni tak makan kang kalau sibuk sangat kerja.
Farrid mengangguk sebelum mencium tepi kepala isteri dia. Dia mengangkat dulang berisi air untuk dibawa ke meja makan. Well as husband, kena tolong isteri juga. Isteri bukan orang gaji nak buat semua kerja rumah. Isteri itu ibarat permaisuri dalam rumah tu.
Shafika hanya tergeleng kepala dengan perangai suami dia sendiri. Pagi-pagi dah mengada. Nak pakai tie pun suruh oranglah, beg dia manalah, itu lah ini lah. Sengaja lah tu.
Shafika melambai sebaik sahaja kereta Farrid keluar dari rumah. Baik dia bersiap sekarang. Kejap lagi Farah sampai, mahu membebel mak cik tu kalau belum siap.
¤¤¤¤
" Serius nak jubah je masa tunang ni ? " Shafika memandang Farah yang fokus memandu itu. Dia agak terkebil juga bila si Farah ni tak tempah baju ke apa. Cuma jubah biasa je dia belinya.
" Ye serius. Tunang je kan. Tak payah nak terlebih bajet sangat. By the way nanti kita jumpa dia. Beli cincin " Farah terus fokus memandu . Nak pandang sebelah, kang ada yang hahh..
Shafika terus memandang Farah. She said what!?
" Kau belum beli cincin lagi!? Weh lagi dua hari woii kau nak tunang! Ya Allah " terjerit Shafika bila dengar pernyataan sahabat dia tu.
Farah tersengih kecil. Dia lupa sebab sibuk nak siapkan manuskrip nak hantar dekat publisher . Itupun lepas mamat tu call nak jumpa dia beli cincin. Dia pun okay jelah. Peh first time baru nak jumpa.
Shafika menepuk dahi. Boleh migrain dia tengok Farah ni. Nak tunang ke tak nak ni. Nasib baik dia ada nak jadi PA tak berbayar. Kalau tidak, nasib kaulah Farah.
" Amacam honeymoon? " Farah mengerling Shafika. Bukan main ceria mak cik kecil ni bila balik honeymoon.
Shafika tersenyum sendiri bila mengingatkan hal tu. Dia rasa bahagia sangat. Macam-macam hal dia buat dekat situ. Nak nak lagi hiking. One of the best activities at that island.
" Best. Farrid layan aku macam permaisuri weh dekat sana hahaha kau patut kahwin Farah. Baru tahu rasa bahagia kahwin itu macam mana " beria Shafika cerita sampai nampak sinar bahagia itu.
" Kira anak buah aku on the way lah ni? " Farah tergelak kecil bila Shafika bersemu merah.
Shafika terus malu. Apa tanya soalan macam tu! Ingat pergi honeymoon tu setakat buat anak je ke!
Farah terus tergelak besar bila Shafika menjeling dia. Bengang ke malu tak tahulah bila dah kena jeling macam tu. Lahaii tak sabar nak tengok junior of #ShaFiq. Hahahaah!
Zulaikha dan Qisha dah ada. Kira tinggal dia dan Shafika je. Dia sah sahlah lambat lagi hahahah!
" Diam Farah sebelum aku hempuk kau " geram Shafika. Kurang ajar je si Farah ni ketawakan dia.
Siap nanti bila minah ni kahwin!
Tbc
Let's start with sweetness of ShaFiq marriage life! 😂❤
YOU ARE READING
Mrs Farrid Affiq
Romansa[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...