10

8.8K 275 18
                                    

Seorang perempuan tersenyum lebar sebaik sahaja turun daripada kereta.Rasanya dah lama dia tidak balik ke sini sejak terakhir kali dia terima berita perkahwinan lelaki yang dicintainya dengan musuh ketat itu.Kali ini dia balik dengan tekad untuk rampas balik apa yang dia miliki dulu.

" Fin,kau tersenyum apa lagi? Jom naiklah , ingat aku kuli kau nak angkat semua ini. " Jane menunjuk beg pakaian gadis itu yang baru diturunkan dari belakang.

Fin atau dikenali sebagai Sorfina tersengih kecil bila dengar rungutan sahabatnya yang sejak dari sekolah lagi.Dia teruja sangat sampai lupa nak bawa beg dia semua itu.Nasib baik Jane tak lempar beg dia.

" Sabarlah hahah nak bawalah ni.Aku teruja sebab dah balik Malaysia " Sorfina menarik beg rodanya ke arah lif.Dia beruntung sebab Jane rela bagi dia duduk dekat penthouse gadis itu.Kalau tidak,merempatlah dia tepi jalan.

" Kau teruja balik sini ke teruja sebab nak kacau si Farrid Affiq tu ? Stoplah Fin.Dia dah happy dah pun dengan Shaff tu " Jane tergeleng kepala bila Sorfina buat kerja gila nak balik sini semata sebab nak rampas si Farrid tu.

Sorfina berdecit geram.Suka hati dialah nak buat apa pun.Bukan tak boleh pun Farrid kahwin lagi kan.

" Whatever Jane.Aku tetap dengan plan aku " Sorfina terus berjalan masuk ke dalam bilik sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam penthouse itu.

Jane mengeluh bila dia rasa dia gagal nak ubah pendirian Sorfina itu.Dia taknak lagi buat kerja jahat sebab mereka semua dah okay dengan dia sejak habis sekolah tapi melihat Sorfina ini,dia kena buat sesuatu bagi menghalang gadis itu.

****

Farah termenung memandang deretan cincin di kedai itu.Dia takde mood lepas itu dia mengantuk pun ada juga ni.

Adwan menggeleng kepala melihat Farah yang hampir nak tersengguk itu.Ini mesti kes lambat tidur walaupun dia dah tegah semalam supaya tidur awal.Jenis taknak dengar cakap orang betul.

" Jom kita pergi tambah tenaga dalam badan kau ni.Macam orang tak cukup nutrisi je aku pandang. " Adwan tersenyum kecil pada gadis yang melayan mereka itu sebelum menarik tali beg Farah.

Farah rasa dah tak larat nak bantah ke merungut ke sebab dia memang penat sangat ni.Dia rasa terus segar bila bau aroma kopi yang wangi ni.Dia memandang kafe yang dipilih Adwan.Gila style habis.Semuanya tema kayu ala hipster je ni.

" Kau duduk sini.Aku order kejap.Ye tahu latte caramel kan? Duduk dulu sini. " Adwan menekan bahu Farah perlahan supaya gadis itu duduk.Lesu sangat muka tu.

Tanpa membantah banyak,Farah duduk sambil memandang Adwan pergi belikan dia air.Mana lelaki itu tahu air kaffein kegemaran dia?Ni mesti family dia atau budak bertiga itu.Haih tapi dia terharu jugalah tengok keprihatinan Adwan terhadap dia.

" Nah "

Farah tersenyum lebar memandang air kegemaran dia itu.Namun kenapa ada red velvet ni? Dia mengangkat kepala memandang Adwan.Belum sempat bertanya,Adwan berkata..

" Farina cakap kau tak sempat ambil breakfast.So makanlah tu dulu.Nanti lunch makan nasi pula " ujar Adwan tanpa memandang Farah yang terkaku.

Ok Farah kaku kejap.Concernnya mamat depan dia ni.

" Thankyou " tanpa menunggu lama,Farah menyuap sedikit kek red velvet itu.

Adwan tersenyum kecil memandang gadis di hadapan dia ini makan.Sah memang lapar minah ni sebab bukan main cepat lagi habiskan makanan tu.Dah tu bukan nak pandang kiri kanan ke kalau makan macam setahun tak makan.Haih nasib kaulah Adwan Naufal oi.Gadis dia ni memang aneh.

Adwan terkedu.What did he think just now ?

Gadis..dia?

Wah sah kau gila ni Adwan.

Gadis di hadapan itu dipandang.

Lama kelamaan senyuman terlakar bila gadis itu tersenyum pada dia.

Akankah bahagia itu milik mereka?

Bercinta lepas nikah?

Sound interesting hmm..


Tbc

Mrs Farrid AffiqWhere stories live. Discover now