22

8.2K 270 2
                                        

London, 3pagi

Farrid termangu seketika. Dia memandang telefon di tangannya untuk jangka waktu yang lama. Shafika marah ke? Salah dia ke?

Tiba-tiba Farrid teringat yang Shafika itu sedang mengandungkan anak mereka.

" Sengal kau Farrid Affiq! Shaff mestilah emosi dia tak stabil bila pregnant ni! Lepastu kau lepaskan stres kau dekat dia? Sakai Farrid! " Farrid menepuk dahi dia berkali-kali.

Rasa serba salah menjengah hati dia. Jari mula mendail nombor orang di sebelah sana. Risau jika apa-apa jadi pada isteri dan anak dia.

"Tut! Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..."

Farrid mengerang sakit hati. Kenapa tak angkat!?

Dia mengeluh bila teringat kenapa dia stress sepanjang dua minggu ni.

Flashback

Farrid memandang anak buahnya sambil menerangkan satu persatu jalan penyelesaian masalah mereka. Tiba-tiba semerbak bau minyak wangi dan dia tahu siapa yang mendekati mereka itu.

" Fiq, you dah breakfast? I laparlah.. Hm jom teman I makan.. " Sorfina berjalan mendekati Farrid sebelum melabuhkan duduk di sebelah lelaki itu.

Melihat perbuatan Sorfina , Farrid beranjak ke tepi sedikit. Nanti ada je perangai minah sotong ni nak keluar kalau dekat macam tu. Bukan sehari dua dia kenal minah sapi ni.

" Takpe. Aku dah breakfast tadi dengan Carl. Lepas subuh terus turun breakfast. Ke kau tak subuh pagi tadi? " perli Farrid.

Memang tadi lepas subuh, semua dah turun nak ambil breakfast awal sebab meeting mula pagi-pagi. Jadinya kebanyakan anak buahnya yang Muslim semua dah turun melainkan minah sebelah ni.

Sorfina mengetap bibirnya bila semua seakan-akan menahan gelak mereka apabila dia disindir oleh Farrid. Geram dengan perangai lelaki ini, dia terus membuat muka masam.

Farrid hanya memandang Sorfina sedikit sebelum menyambung perbincangan mereka tadi. Ingat dia nak pujuk ke? Memang taklah.

" Eyyy you memang taknak pujuk I ke?! " bengang je Sorfina sekarang ni. Ingatkan Farrid nak pujuk dia tapi hampeh!

Farrid tergelak sinis.

" Aku lebih rela pujuk Shafika, isteri aku tu daripada melayan perangai budak-budak kau ni. Aku banyak lagi kerja ni daripada melayan kau, so faham sendiri. " tegas Farrid. Dia paling pantang kalau dia tengah buat kerja, ada orang yang sibuk mengacau dia. Nanti kerja pun terbengkalai, hasil pun tak ada.

Kan senang kalau si Sorfina ini tidak ada dekat sini . Lagi mudah kerja dia nak siap lepas itu tidaklah menyemak depan dia hampir 24jam.

" Hish! Asyik-asyik perempuan itu je yang you sebut! " marah Sorfina bila Farrid asyik mengungkit nama Shafika .

Berdesing telinga Farrid bila Sorfina menggelarkan isteri dia dengan panggilan tidak sopan macam tu.Mukanya merah akibat menahan marah.

" Kau kalau rasa takde benda nak bincang selain kerja,lebih baik kau berambus balik Malaysia.Aku datang sini sebab nak siapkan kerja.Bukan nak dengar kau hina isteri aku,perempuan.." Farrid bangun menghadap Sorfina.

Berdepan dengan gadis ini membuatkan dia sering hilang kawalan dalam ketenangan dia.Kenapa mesti perempuan ini juga yang kena satu team dengan dia? Sakit hati betul!

Kalau setakat ikut tapi nak menghina isteri dia,lebih baik jangan tunjuk muka sebelum ada yang kena halau balik nanti.Ingat tahap kesabaran dia bagus sangat ke?Shafika itu isteri dia yang sah.Amanah yang dia kena jaga.Bila dengar orang cakap buruk pasal isteri sendiri,jadi bengang dia dibuatnya.

Sorfina mengetap bibir bila dengar kata-kata Farrid.Sampai hati lelaki itu memalukan dia depan orang ramai macam ini.Dengan perasaan marah,Sorfina terus bangun keluar.

Bam!

Berdentum pintu bilik itu dihempas oleh minah itu.

 Farrid meraup mukanya serba salah.Dia kena telefon Farah untuk memujuk Shafika sebab Farah je boleh ikutkan tantrum Shafika itu.Alahaii isteri,janganlah buat cik abang awak ini risau.

Dia pun satu hal! Dah stress itu tak payahlah lepaskan dekat Sahfika.Hish!

Sengal Farrid!

Tbc

Okay..Done update..

Mrs Farrid AffiqTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang