Terhenti langkah Farah sebaik sahaja nampak kelibat itu.Dia tak salah nampak kan ? Itu bukan ke Sorfina yang dulunya tiba-tiba menghilang ?
" Kau kenapa berhenti ni ? Barang ada yang tak cukup ke ? " Adwan memandang Farah yang kaku memandang ke depan.
Adwan menoleh apabila nama Farah diseru.Siapa gadis tak cukup kain ni? Lepastu tersenyum macam ada miang keladi dekat badan sambil tengok dia ni kenapa?
" Well Farah AzZahra . Lama tak jumpa kau. Siapa ni ? Taknak kenalkan dekat aku ke ? " Sorfina tersenyum sinis memandang muka tegang Farah.Ikutkan tadi dia nak masuk satu kedai ni tapi ternampak pula kawan gaduh sejak sekolah dulu tu.
" Perlu ke ? "
Adwan terkesiap dengar suara tegang Farah.Okay ni pertama kali dia dengar gadis itu bercakap dengan nada macam ni.Malah,dia pun rasakan aura gelap bila diri sebelah Farah.
Sorfina tergelak kecil.Nampak sangat rasa menyampah itu masih ada lagi dalam diri gadis itu.Dia memandang barang yang dibeli mereka berdua.
" Oh nak kahwin dah ke ? Aku ingatkan kau taknak kahwin atau memang takde orang nak.Well rupanya.. " belum sempat Sorfina habis berkata,ada suara mencelah.
" Mind your words,miss. Kau takde hak nak kutuk tunang aku depan aku. At least dia tahu juga macam mana nak jaga aurat dia di khalayak ramai. Bukan tayang sana-sini macam amal dah cukup. " ambil ! Berdas Adwan bagi.
Farah menekup mulut menahan gelak terhambur. Okay hilang segala rasa nak marah tadi bila dengar ayat Adwan ni. Bukan main pedas lagi dia tikam minah depan ni sampai kaku merah padam muka tu.
Adwan mengetap giginya geram dengan perangai perempuan depan ni.Apa sedap mulut main kutuk tunang dia macam dia ni tak wujud je sekarang.Dia pantang betul dengar orang kutuk orang penting dalam hidup dia.
Okay sekarang nak mengaku Farah orang penting dalam hidup kau lah ni Adwan Naufal ? Hahahah!
Sorfina rasa malu bila kena tegur dengan lelaki depan dia ini.Pedasnya kata-kata yang dikeluarkan lelaki itu.Selama ini tiada siapa pun berani tegur dia tapi lelaki ini senang gitu je cakap.
" Jom balik . Jangan buang masa layan langau " Adwan terus berjalan sambil menarik tali beg Farah.
Terkial-kial gadis itu nak ikut langkah tunang dia.Dalam hati dah berdekah gelakkan si sapi itu.Hahaha! Dia patut cerita semua ni pada sahabat-sahabat dia.
Sorfina menggenggam erat jari-jemari dia sambil menjeling Farah dan lelaki poyo itu.Jangan ingat dia dah mengalah okay . Tunggulah nanti balasan daripada dia.
Sebaik sahaja sampai di basement,Farah terus lepaskan gelak yang dia tahan.
" Hahahahah Ya Allah. Kau patut tengok muka dia tadi weh. Hahahah macam sotong kena rebus je . Hahahah eh pahal sotong? Patut ketam hahahah " Farah menekan perutnya menahan senak.
Adwan menggigit bibir menahan diri daripada turut tergelak.
" Tapi apapun thankyou sebab back up aku tadi " Farah meletakkan barang yang dibeli tadi ke seat belakang.
" Small matter . Aku back up sebab kau penting dalam hidup aku . Okaylah aku balik dulu.Jangan lupa makan . Assalamualaikum "
Adwan terus bergerak ke arah keretanya meninggalkan Farah yang tergamam itu.
Farah rasa macam terpinga kejap.Adwan cakap dia penting dalam hidup lelaki itu? Farah mengangkat wajah bila namanya diseru.
" I won't say this until we're married but this is first time . Next time lepas kahwin.So.. " Adwan berhenti seketika..
Farah menahan nafas.Dia boleh agak apa yang nak dikatakan oleh lelaki itu.Dan..
" I love you .. "
Ting!
Betul tekaan Farah.
Dia berdiri kaku sambil memandang Adwan pergi.
What was..
that!!!???
Confess dekat basement ?!
Seriously Adwan Naufal ?!
Tbc
YOU ARE READING
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...