13

7.4K 264 13
                                    

Farrid terkedu melihat susuk tubuh di hadapan dia. Manusia yang dah lama tak muncul tiba-tiba datang balik. Apa masalah yang bakal melanda dia pula ni?

" Haii Fiq "

Farrid tersenyum mengangguk. Kalau tak fikirkan Sorfina ni klient dia, memang tak hadaplah dia nak senyum ke apa.

Laila cuma diam berdiri di sebelah Farrid. Dia tak tahu kenapa riak wajah boss dia tu macam tak selesa dengan Cik Sorfina ni. Mesti ada pape yang jadi pada mereka sewaktu tika dahulu.

" Duduk lah. Hm Laila, awak buatkan air. Don't close the door " pesan Farrid pada PA dia. Laila mengangguk sebelum keluar.

Sorfina tersenyum lebar. Dia tak nafikan Farrid makin menarik hati dia walaupun dah lama tak jumpa. Hati dia makin berdebar dan itu membuatkan dia semakin tekad nak rampas Farrid.

" How are you? "

" Fine "

Hambar. Serius perbualan tu rasa hambar sangat pada Sorfina. Bahkan Farrid langsung tak pandang dia. Apa cantik sangat ke fail tu berbanding dia.

" Kita proceed mesyuarat kita " ujar Farrid sebaik sahaja Laila masuk. Dia taknak Sorfina lama-lama dekat sini.

¤¤¤¤

" Serius ke? Dia memang dah balik? " Shafika mengeluh.

Apa yang diceritakan Farah tu membuatkan hati dia tak sedap sangat. Nak nak lagi Sorfina tu bukan sembarangan. Musuh abadi gila sejak sekolah.

Tapi kenapa perempuan tu balik? Apa niat dia?

" Aku rasa dia ada niat lain. Tengok muka minah tu pun semacam. Kau kena jaga diri. Jaga Farrid tu sekali " nasihat Farah. Dia bukan nak menakutkan cuma dia tak boleh percayakan Sorfina aka sapi tu.

Shafika memandang Farah. Apa dia nak buat sekarang?

Tiba-tiba dia rasa perut dia macam menggelegak nak keluarkan sesuatu. Terus berdesup dia lari ke dalam bilik air.

Farah yang tak tahu apa-apa berlari mengikut Shafika. Makin seriau dia bila tengok minah tu terbongkok dekat singki tu.

" Kau okay tak ni? "

Shafika cuma mengangguk. Dia salah makan ke apa ni. Tapi sejak dua hari lepas dia rasa macam ni.

" Kau pregnant ke? "

Zzup!

Laju dia memandang Farah.

Killer question tu!

Tapi melihat muka serius Farah tu, dia menelan air liur sebab getar.

Takkanlah...

Farah mengeluh. Sah minah ni lambat pick up. Yelah tu agaknya tekaan dia.

" Jom duduk depan. Aku buatkan air hilangkan loya kau. Hish macam-macam " bebel Farah sambil memapah Shafika.

" Jangan nak membebel lah. Pening kepala aku "

Farah tergelak kecil. Orang risaukan dia , boleh pula merungut. Hahaha!

Nak tak nak dia kena paksa juga Shafika pergi klinik untuk check up. Takut je tekaan dia tu betul. Lagipun dah berapa lama dorang ni kahwin.

¤¤¤¤

Farrid memberi salam sebelum melilau mencari isteri dia. Apasal senyap je rumah ni? Nasib baik lampu semua dah buka.

" Shaf! "

" Shafikaa! "

Farrid melaungkan nama Shafika. Kemudian dia terdengar ada yang menyahut dari atas.

Kelihatan Shafika sedang menuruni tangga.
" Apa tak sabar ni? "

Farrid tersengih kecil. Dia menarik Shafika ke dalam dakapan dia sebaik sahaja kaki itu melangkah ke tangga terakhir.

Terkedu sekejap Shafika.

" Ni kenapa ni? "

" Takde apa. Just want to hug you " Farrid mengeratkan lagi pelukan. Kepulangan Sorfina membuatkan dia takut untuk kehilangan Shafika. Dia takut isteri dia kena apa-apa.

Shafika pelik. Semacam je nada si Farrid ni. Ada apa-apa dia tak tahu ke ni?

" Saya kena tahu apa-apa ke? Semacam je awak ni "

Farrid terdiam. Dia nak luah tapi sebaiknya tak payah. Jadi dia cuma mampu menggeleng.

Nak tak nak Shafika cuma mampu setuju meskipun hati dia kuat menyatakan Farrid sembunyikan sesuatu.

Tapi apa?

Tbc

Mrs Farrid AffiqTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang